Masak Nasi Goreng Cabai Tumbuk, Tetap Lejen Guna Lesung

Share

Sarapan nasi goreng memang sedap. Lebih lagi, buat nasi goreng cabai tumbuk. Bahan-bahan pun menggunakan bahan yang ringkas sahaja, tapi hasilnya lagi sedap! Paling penting, bahan utama mesti ada cabai atau cili kering.

Menurut Farid Rashidi yang berkongsi resipi Nasi Goreng Cabai Tumbuk ini, meskipun ada pengisar, tapi tetap nak tumbuk bahan-bahan buat nasi goreng menggunakan lesung sebab rasanya lagi ummph!

Fuh! Tak cukup sepinggan bila makan dengan ikan goreng panas-panas. Jom kita buat.

NASI GORENG CABAI TUMBUK

BAHAN-BAHAN:

Nasi sejuk

Bawang merah – Boleh beli online di sini

Bawang putih

Cili atau cabai kering – Boleh beli online di sini

Sedikit belacan (jika mahu)

Sedikit kunyit

Kicap – Boleh beli online di sini

Garam

Ikan bilis – Boleh beli online di sini

Telur

Sayur

CARA MEMASAK:

Tumbukkan bawang merah, bawang putih, cili atau cabai kering dan kunyit.

Boleh letakkan sedikit belacan jika mahu.

Tumiskan bahan tumbuk tadi.

Kemudian, masukkan ikan bilis ke dalam bahan tumisan.

Masukkan pula kicap dan pecahkan telur.

Akhir sekali, masukkan sayur dan perasakan dengan garam.

Dah siap.

Kredit: Farid Rashidi

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Fazida