Enaknya andai dapat menikmati sepinggan Nasi Goreng Daging. Cukup rasa dan sangat membuka selera. Hidangan nasi goreng memang menjadi pilihan ramai sama ada untuk sarapan pagi, makan tengahari mahupun makan malam. Ada pelbagai versi nasi goreng dan campuran bahan-bahannya boleh ikut suka hati. Apa kata hari ini anda cuba pula resipi Nasi Goreng Daging perkongsian saudari Asmida Asman. Pasti puas hati. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
1. Rebus daging sehingga empuk dan hiris nipis dan kecil-kecil.
2. Bawang dihiris nipis. Kacang panjang dipotong kecil. Jika ada lobak merah pun boleh masukkan sekali.
3. Sediakan satu mangkuk besar nasi.
4. Gunakan minyak lebihan goreng ikan untuk menumis hirisan bawang tadi sampai agak garing.
Ads
5. Masukkan bahan tumbuk. Masak sampai garing dan masukkan sedikit kicap manis.
6. Masukkan daging. Gaul sekata.
7. Masukkan nasi dan kacau rata.
8. Masukkan kacang panjang dan ikan bilis goreng. Kacang panjang goreng dulu dengan minyak yang betul-betul. Goreng sekejap sahaja kemudian toskan minyak. Warna kacang panjang akan kekal hijau dan rasanya tetap sedap walaupun sudah sejuk.
Sajian Asia memang banyak aneka rasa dan persembahan hidangannya. Tetapi tetap ada persamaannya terutamanya penggunaan rempah ratus yang menjadi kesukaan orang Asia. Memang patut ler sajian dari Negara Asia menepati citarasa rakyat Malaysia.
Malah sebahagian darinya sudah sebati selera orang kita. Jom semak resipi dari 6 negara Asia iaitu Indonesia, Thailand, Filipina, Burma, India dan Korea.
1. OPOR AYAM (INDONESIA)
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam /dipotong 12 bahagian
500 gm santan segar
3 batang serai /diketuk
4 helai daun salam
6 helai daun limau purut /dicarik
2 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk lada sulah
Bahan dikisar:
3 sm lengkuas
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
6 biji buah keras
1/2 sudu teh biji jintan
2 sudu makan gula merah
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar, serai dan daun salam. 2. Kemudian masukkan serbuk ketumbar, lada sulah dan kacau sehingga sebati. 3. Masukkan potongan ayam dan gaul hingga sebati. 4. Masukkan pula santan sehingga mendidih. 5. Kecilkan api dan apabila kuah sudah mula pekat, perisakan dengan garam dan gula merah. 6. Opor ayam boleh dihidangkan.
Saiz hidangan : 2- 3 orang makan Masa memasak :25 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh Jenis masakan : Lauk pauk Keistimewaan : Opor ayam cukup terkenal di kalangan masyarakat Jawa. Di Johor sajian ini juga adalah di antara sajian tradisi negeri ini.
INFO CHEF: Lauk ini banyak menggunakan santan, jadi untuk menjaga kualiti santan campurkan sedikit garam dan sebiji cili padi jika mahu menyimpan.
2. GAENG KIAW WAN (Daging Masak Kari Hijau), THAILAND
BAHAN-BAHAN :
Bahan tumis (pes hijau) :
1 batang serai /dikisar halus
2 ulas bawang putih /dikisar halus
1.5 sm lengkuas /dikisar halus
6 biji cili hijau besar / dikisar halus
20 gm belacan /dibakar dan kisar
1/2 sm kulit kayu manis
1/2 sudu teh ketumbar
1/2 sudu teh lada hitam
1 biji kulit limau purut /disagat
4 helai daun limau purut / dihiris halus
200 gm daging /dihiris nipis
20- 30 gm daun selasih
1 biji terung bulat/panjang dibelah dua
10 gm kubis bunga/ dihiris
3 batang kacang panjang/ dipotong pendek
2 sudu teh gula
2 sudu makan kicap sotong @ ikan
62 ml air rebusan daging
100 ml santan
Garam secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dalam periuk. Setelah pijar masukkan semua bahan untuk menumis yang telah dikisar halus tadi biarkan ia garing dan pecah minyak. 2. Masukkan daging serta air rebusan ayam serta kacau rata dan biarkan mendidih. 3. Apabila daging mulai lembut masukkan sayur-sayuran, kicap sotong dan santan. 4. Biar mendidih dengan api sederhana dan kacau selalu. 5. Masukkan santan selepas beberapa minit mereneh. Masukkan daun selasih dan padamkan api. 6. Kari hijau sedia dihidang
Saiz hidangan : 2 orang Masa memasak : 20 minit Jenis masakan : Lauk utama Cara memasak : Tumis dan reneh Keistimewaan : Daun selasih memberi rasa istimewa pada lauk kari hijau Thai ini.
INFO CHEF: Anda boleh buat pes hijau lebih untuk digunakan lagi. Supaya lebih tahan tumiskan dengan minyak sampai garing dalam 6- 7 minit, guna api kecil dan kacau selalu. Kemudian sejukkan dan simpan dalam botol. Bila nak guna ambil dan tak perlu tumis.
3. AYAM PAKORAS DENGAN PUDINA CHUTNEY (INDIA)
BAHAN-BAHAN :
800 gm peha ayam dan kaki /dibuang tulang
Bahan dikisar (A) :
200 gm tepung kacang kuda
50 gm serbuk kunyit
120 gm serbuk cili
50 gm serbuk jintan putih
80 gm halia
120 gm bawang putih
Garam secukup rasa
30 gm chat masala (campuran serbuk rempah dan masala)
1 cawan minyak masak
Bahan pudina chutney @ acar :
250 gm daun pudina /dikisar
100 gm daun ketumbar
30 gm serbuk jintan putih
150 ml yogurt biasa (tanpa perisa)
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Kisar bahan A sehingga menjadi ‘batter’ 2. Perap ayam dengan campuran batter ini semalaman 3. Kisar bahan pudina chutney dan ketepikan 4. Goreng ayam yang diperap ke dalam minyak penuh yang sudah dipanaskan. 5. Hidangkan bersama pudina chutney dan taburkan serbuk chat masala
Saiz hidangan : 8- 9 orang Masa memasak : 15 minit Cara memasak : Goreng Jenis masakan : Lauk tradisional India Keistimewaan : Ayam goreng rangup berempah dengan pudina chutney,sajian terkenal di Gujarat, India Utara
INFO CHEF : Chat masala biasa dihidang dalam masakan India, Bangladesh, Punjab (Pakistan) dan Sindh, Pakistan. Chat masala ialah campuran rempah berasal dari India, terdiri daripada serbuk mangga kering, jintan putih, ketumbar, halia kering, garam, lada hitam, asafoetida (sejenis gam dari herba) dan serbuk cili.
4. EOMUK/ODENG (CUCUK KEK IKAN ), KOREA
BAHAN-BAHAN :
200gm kek ikan Korea | ada dijual di pasaraya utama
1 ikat daun bawang dihiris halus
1 sudu makan kicap
1 sudu teh bawang putih | yang dicincang
1 sudu teh lada hitam
Garam secukup rasa
6 cawan air
30 gm ikan bilis
10 gm rumpai laut kering
100gm lobak putih
CARA MEMASAK : 1. Didihkan 6 cawan air bersama rumpai laut kering dan ikan bilis di atas api sederhana. 2. Keluarkan rumpai laut dan masukkan lobak putih yang dihiris halus. 3. Kemudian tapis , ambil hanya air rebusan tadi. 4. Potong kek ikan dan cucukkannya menggunakan lidi makanan. 5. Didihkan semula air rebusan bersama kicap, bawang putih dan garam 6.Akhir sekali masukkan kek ikan dan daun bawang ke dalam air didihan. Biarkan kek ikan direbus seketika. 7. Sedia untuk dimakan
Saiz Hidangan : 2 Orang Waktu Memasak : 30 minit Cara Memasak : Rebus Jenis Masakan : Sajian Korea Keistimewaan : Sedap dimakan bersama air rebusan
Info Chef:Boleh juga mengunakan air didihan atau rebusan berperisa tomyam untuk kek ikan, ikut citarasa anda.
5. BURMESE CHICKPEA TOFU SALAD (BURMA)
BAHAN-BAHAN:
2 tiub tofu telur
30 gm kacang kuda (kering)
12 gm suhun | direndam
1 biji limau nipis
2 helai daun limau purut | dihiris halus
5 gm halia | dimayang halus
3 gm kunyit hidup | dikisar
2 biji tomato | dipotong dadu bersaiz kecil
5 gm cili padi merah | dihiris
10 gm bawang merah kecil | dimayang halus
1 sudu kecil empingan cili kering (chilies flakes)
5 gm daun ketumbar
2 biji telur ayam
1 sudu makan bijan putih | disangai
1 sudu makan air asam jawa
2 cawan minyak masak
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Kisar kering kacang kuda hingga halus dan ketepikan. 2. Potong tofu telur mengikut ketebalan yang dikehendaki. 3. Pecahkan telur didalam mangkuk, kacau dan masukkan tofu ke dalam telur kemudian angkat dan masukkan pula ke dalam kacang kuda yang telah dikisar. 4. Panaskan minyak masak, kemudian goreng tofu telur yang telah di salut dengan kisaran kacang kuda tadi sehingga menjadi keperangan. Angkat, toskan dan ketepikan seketika. 5. Setelah tofu sejuk, masukkan ke dalam mangkuk yang sederhana besar, kemudian masukkan semua bahan bahan yang lain kecuali suhun. Perasakan dengan menggunakan perahan limau nipis, garam, gula, air asam jawa, dan ukur tahap rasa masam, pedas, manis dan masinnya. 6.Toskan suhun yang direndam tadi, dan gaulkan dengan garam, sedikit empingan cili kering, daun ketumbar dan gulung atau letakkan sahaja di atas pinggan. 7. Kemudian susun tofu tersebut di atas suhun mengikut kreativiti dan kehendak anda. 8. Selepas itu, dengan menggunakan sudu kecil, letakkan bahan bahan yang digaul tadi di atas tofu. 9. Hiaskan dengan hirisan limau nipis atau daun ketumbar ataupun dengan apa apa daun salad yang menjadi kegemaran anda. Sajian sedia dihidang 10. Hidang sejuk, dengan nasi putih ataupun boleh menikmatinya begitu sahaja sebagai makanan pembuka selera.
Saiz hidangan: 2 orang Waktu memasak: 30 minit Jenis masakan: Burma Cara memasak : Goreng Keistimewaan: Satu hidangan pembuka selera yang menyelerakan dan sihat.
Info Chef :Hidang sejuk, dengan nasi putih ataupun boleh menikmatinya begitu sahaja sebagai makanan pembuka selera.
2 sudu makan bawang besar warna putih (sweet onion) | dicincang
1/2 sudu makan halia | yang diparut/cincang
1/4 cawan minyak kacang
2 1/2 sudu makan jus limau nipis
7 sudu makan kicap soya
1 sudu makan jus lemon
1/4 cawan air
Garam secukup rasa
Lada hitam secukup rasa
Nasi kukus sebagai hidangan bersama sajian ikan
CARA MEMASAK : Cara menyediakan pesto : 1. Satukan minyak kacang, sos tiram dan air dalam mesin pengisar. Masukkan pula daun bawang, daun ketumbar, halia serta bawang putih , kisar hingga halus menjadi puri. Cara menyediakan vinaigrette : 2. Satukan lada benggala, daun bawang, daun ketumbar, lobak putih, bawang dan halia di dalam mangkuk atau periuk. Panaskan minyak kacang di dalam kuali hingga berasap. 3. Tuangkan minyak panas ke atas sayur-sayuran tadi sehingga berdesir. 4. Gaulkan rata, dan tambahkan halia, kicap soya, jus lemon dan 1/4 cawan air , jus limau. 5. Perasakan dengan garam dan lada hitam , dan ketepikan. Cara penyediaan masakan : 6. Sapu rata setiap belah kepingan siakap dengan pesto dan letakkan dalam bekas yang muat dalam pengukus. 7. Biarkan air mendidih dalam pengukus , kemudian masukkan bekas berisi ikan tadi. 8. Kukus 4 hingga 5 minit hingga masak, alihkan ke dalam pinggan. 9. Letakkan nasi kukus di atas atau di bawahnya 10. Siramkan dengan vinaigrette sajian itu.
Saiz hidangan : 1 orang Masa penyediaan : 5 minit Cara memasak : Kukus Jenis masakan : Sajian Filipina Keistimewaan : Sos vinaigrette yang masam dan pesto menyebabkan ia begitu lazat.
Info Chef: Bahan asas vinaigrette adalah minyak yang dicampur dengan jus lemon dan limau/cuka. Resipi aslinya adalah wain beras, tetapi boleh diganti dengan jus limau untuk rasa masam dan berperisa lazat.
Jom cuba resipi Kari Ayam tanpa santan. Selalunya bila masak kari, mesti masukkan santan untuk menjadikan rasa berlemak dan sedap.Rupanya, boleh juga masak kari tanpa menggunakan santan dan rasanya tetap sedap dan berlemak! Malah boleh tahan lama lagi tau.
Resipi kari ayam tanpa santan yang dikongsikan Hajar Mohd ini, sesuai buat mereka yang inginkan hidangan secara sihat dan menjaga kesihatan.
1. Panaskan minyak. Tumis daun kari, serai, bawang besar, jintan manis dan cili kering sampai garing.
2. Bila dah garing yang tumis tadi. Masukkan bahan kisar macam dalam gambar ya.
3. Bila dah masak bahan kisar tu sampai terbit minyak, masukkan pes kari kari tadi. Nanti pinggan tu kan ada saki baki pes kari kari tu kan, letak sikit air goyang-goyang dan masuk air tu dalam periuk ya. Waktu ni guna api perlahan. Kita tidak mahu rempah hangit nanti tak sedap.
4. Bila kari dah masak. Terbit minyak gitu, masukkan ayam dan ubi kentang. Saya guna ayam sebelah jer. 5. Nak bagi cepat masak isi ayam, tutup periuk ya. Ni teknik kawalan haba je. Kalau tak ada penutup pun tak apa.
6. Sekali sekala kena tengok supaya tak hangit ayam. Nampak dah nak kering tu, bolehlah tambah air. Biarkan masak sempurna ya.
7. Sempurnakan rasa dengan garam dan perasa yang anda suka. Anda suka masam, bolehlah letak asam keping atau asam jawa. Saya tak letak asam pun. 8. Anda boleh ganti asam asam tu dengan perahan lemon. 9. Kemudian, masukkan tomato. Potong dan masukkan. Kacau-kacau sekejap. Bila Kari Ayam tanp santan dah masak, boleh tutup api.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.