Enaknya andai dapat menikmati sepinggan Nasi Goreng Daging. Cukup rasa dan sangat membuka selera. Hidangan nasi goreng memang menjadi pilihan ramai sama ada untuk sarapan pagi, makan tengahari mahupun makan malam. Ada pelbagai versi nasi goreng dan campuran bahan-bahannya boleh ikut suka hati. Apa kata hari ini anda cuba pula resipi Nasi Goreng Daging perkongsian saudari Asmida Asman. Pasti puas hati. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
1. Rebus daging sehingga empuk dan hiris nipis dan kecil-kecil.
Ads
2. Bawang dihiris nipis. Kacang panjang dipotong kecil. Jika ada lobak merah pun boleh masukkan sekali.
3. Sediakan satu mangkuk besar nasi.
4. Gunakan minyak lebihan goreng ikan untuk menumis hirisan bawang tadi sampai agak garing.
5. Masukkan bahan tumbuk. Masak sampai garing dan masukkan sedikit kicap manis.
6. Masukkan daging. Gaul sekata.
7. Masukkan nasi dan kacau rata.
8. Masukkan kacang panjang dan ikan bilis goreng. Kacang panjang goreng dulu dengan minyak yang betul-betul. Goreng sekejap sahaja kemudian toskan minyak. Warna kacang panjang akan kekal hijau dan rasanya tetap sedap walaupun sudah sejuk.
Pernah makan Nugget Pisang Berkeju? Mesti ramai yang belum rasakan, dan ramai yang rasa macam pelik. Tapi kalau korang nak tau, nugget pisang ni sedap yang amat dan sangat mudah dibuat. Kalau rajin boleh buat lebih dan frozenkan. NUGGET PISANG BERKEJU
CARA MEMASAK: 1. Lenyekkan pisang hingga lumat. Ketepikan 2. Dalam mangkuk adunan campurkan telur, susu pekat manis, gula dan secubit garam. 3. Kacau rata, kemudian tambahkan esen vanilla, kacau lagi. 4. Masukkan pisang yang telah dilenyek, kacau. 5. Tambahkan keju dan kacau rata. 6. Diikuti tepung sedikit demi sedikit hingga mendapat tekstur yang diingini. 7. Masukkan dalam loyang, kemudian kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan. 8. Kukus lebih kurang 20 minit, kemudian tutup api dan sejukkan. 9. Setelah sejuk potong seperti bentuk nugget. 10. Bancuh tepung jagung sedikit cair. 11. Panaskan minyak dalam kuali. 12. Celupkan nugget dalam bancuh tepung jagung tadi kemudian gaulkan dalam bekas serbuk roti.
Korang semua dah tengok Rasa Projek Gerenti Jadi Episod 7, memang rare menu yang dimasak oleh tetamu udangan Rozita Che Wan dan Aunty Aini ni. Apa taknya, kedua-duanya memang pakar memasak, Chef Yang Jamil memang otai. Syanie pulak terkenal sebagai selebriti pandai memasak. Memang kacanglah setakat masak untuk makan 100 orang kan.
Korang mesti tak pernah dengarkan menu Ikan Sardin Sayur Pindang, bunyi macam pelik tapi sedap tau. Kalau Ayam Masak Cuka mungkin pernah dengarkan? Yang penting dua-dua menu ni sedap sesangat dan cara memasaknya sangat senang. Pendek kata sesuai sangat dijadikan menu rewang, bahan senang dapat dan murah je.
Seronoknya bila Che Ta dan Aunty Aini kecuh dengan dua tetamunya memasak menu rewang mereka. Tapi semuanya berjalan lancar dan ceria dek kesepakatan semua yang terbabit memasak.
SAYUR PINDANG
BAHAN-BAHAN:
2kg pucuk seriyai | ambil pucuk dan daun muda saja
10kg pucuk paku | petik pucuk dan daun muda sahaja
7kg pucuk ubi | ambil pucuk
30 helai daun kunyit | dicarik-carik
6 kuntum bunga kantan | hiris halus
1kg daun kesum | ambil pucuk dan daun muda sahaja
5kg ikan sardin | bersihkan dan rebus dan ambil isi sahaja
1kg asam gelugor
5kg santan
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR:
2 kg bawang merah
1/2kg halia
20 batang serai
1 1/2kg cili padi
200gm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Panaskan air dalam kawah, celur pucuk ubi, pucuk paku dan daun seriyai satu persatu.
Kemudian angkat dan tos. Ketepikan.
Di dalam kawah atau periuk besar, masukkan santan, isi ikan yang telah diasingkan dari tulangnya dan bahan kisar kacau rata.
Renehkan atas api sederhana hingga mendidih.
Masukkan asam gelugor daun kunyit, daun kesum dan hirisan bunga kantan.
Seterus masukkan pula daun-daun yang telah dicelur tadi.
Perasakan dengan garam secukup rasa.
Setelah cukup rasa, tutup api.
Ikan Sardin Sayur Pindang sedia dihidangkan.
AYAM MASAK CUKA
BAHAN-BAHAN:
8 ekor ayam | potong 14 setiap ekor
2kg bawang merah |kisar
400gm bawang putih |kisar
2 inci halia | kisar
1kg cili kering | kisar
400ml cuka
1 jug air
Garam dan gula secukup rasa
300gm minyak masak
BAHAN MAYANG HALUS:
1kg bawang besar
200gm bawang putih
2 inci halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kawah atau periuk besar.
Tumiskan bahan-bahan yang dimayang halus hingga wangi dan garing
Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan halia kisar.
Kacau rata, masukkan cili kering kisar. Terus kacau hingga pecah minyak.
Kemudiaan masukkan ayam yang telah dicuci bersih tadi.
Kacau rata supaya bahan tumisan dan ayam bercampur, biarkan hingga ayam kecut
Sekali sekala kacau.
Masukkan cuka dan air secukupnya.
Setelah mereneh, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah masak tutup api dan Ayam Masak Cuka sedia dihidangkan.
Untuk mendapatkan menu-menu lebih menarik lagi, pastikan temujanji korang dengan Rasa Projek Gerenti Jadi bersama hos duo, Rozita Che Wan dan Aunty Aini dengan tetamu undangan yang lain di episod seterusnya setiap hari Isnin, jam 12.00 tengahari hanya di slot Dewi di saluran Astro Prima (105) dan Astro Prima HD (121).
Hidangan mi memang menjadi kesukaan ramai. Ada yang suka mi berkuah dan ada yang suka digoreng. Hari ni untuk minum petang teringin pula mi goreng daging yang dah lama tak buat. Stok daging pun masih ada. Air daging yang direneh melazatkan lagi mi goreng ini nanti.