Sesekali nak rasa kelainan, cuba masak nasi mentega. Rasanya macam nasi ayam tapi ada rasa lemak sedikit sebab guna mentega. Memang sedap. Paling menarik, nasi ini boleh dimasak menggunakan periuk nasi elektrik. Senang saja.
Bahan-bahan
150 gram mentega
5 ulas bawang putih hiris nipis
2 helai daun pandan
4 cawan beras (basuh bersih)
Garam secukup rasa
Setengah kiub pati ayam
Cara membuatnya
1. Panaskan kuali dan masukkan mentega. Kacau sehingga cair.
2. Masukkan bawang putih dan daun pandan. Kacau sekejap saja.
3. Masukkan beras yang telah dibasuh, serbuk perasa, garam dan kiub pati ayam. Kacau rata.
4. Tambah sedikit air. Kacau beras sehingga air kering sedikit. Nasi akan masak sedikit.
5. Apabila air sudah kering, masukkan beras ke dalam periuk nasi dan masukkan air seperti masak nasi biasa.
6. Tekan button cook dan biarkan sehingga nasi masak.
Resipi oleh Azlan Syazani Adanan dari Telegram KakiMakan