Masak Pad Kra Pao Daging Resipi Dari Orang Pattani

Share

Sedapnya Pad Kra Pao Daging ni. Bagi penggemar sajian Thailand, pasti tidak asing lagi dengan menu yang satu ni. Ia merupakan salah satu sajian Thailand yang tersohor yang dimasak menggunakan daun thai basil atau daun selasih. Sangat wangi dan membuka selera. Nak cuba? Saudari Nur Haziqah ada kongsikan resipinya. Istimewanya resipi ini dipelajari dari orang Pattani, Thailand sendiri. Wow… Pasti best. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan serta cara memasaknya.

RESIPI PAD KRA PAO DAGING SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:
200gm daging cincang
Daun selasih secukupnya – cincang
1/2 biji bawang holland – hiris beli online disini
3-4 ulas bawang putih – cincang beli online disini
Cili padi secukupnya – ikut kepedasan yang disukai – hiris
1 sudu makan kicap manis beli online disini
1 sudu makan sos tiram beli online disini
1 sudu makan sos ikan beli online disini
Gula secukupnya 
Sedikit minyak masak

CARA MEMASAK:
1.Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bawang putih cincang hingga kekuningan.


2. Kemudian masukkan daging cincang. Boleh guna daging segar yang dihiris nipis dan dicincang untuk rasa lebih enak. Gaul hingga daging masak.


3. Seterusnya masukkan hirisan bawang holland, daun selasih, cili padi, kicap manis, sos tiram, sos ikan dan juga gula secukupnya. Gaul rata.


4. Rasa Pad Kra Pao jika cukup semua perasa, padamkan api dan sedia untuk dinikmati bersama nasi putih dan juga telur mata.

Kredit resipi & foto: Nur Haziqah

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Nur