Bila sebut Pais, terbayang ikan. Rupanya Pais Sotong pun sedap juga tau. Isi sotong yang lembut, digaul dan dimasak dengan rencah yang cukup rasa, memang enak. Yang baru pertama kali rasa pun pasti suka. Jom cuba masak guna resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ni. Pasti puas hati. Oh ya… Resipi ini tidak semestinya hanya menggunakan sotong. Kalau nak guna udang, ikan puyu, ikan sepat atau apa-apa sahaja jenis ikan kegemaran pun boleh. Tiada masalah. Selamat mencuba!

 

RESIPI PAIS SOTONG ALA UTARA

Masak Pais Sotong Ala Utara, Nak Guna Udang @ Ikan Pun Boleh

BAHAN UTAMA:

  • 1kg sotong – bersihkan dan kelar jangan sampai putus

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 15 tangkai cili kering – potong, buang biji, rendam air panas sekejap & toskan (jika guna cili padi pun sedap, boleh guna 25 biji)
  • 2 biji bawang merah besar beli online disini
  • 5 ulas bawang putih beli online disini
  • 2 sudu teh biji ketumbar beli online disini
  • 2 sudu teh jintan manis beli online disini
  • 2 batang serai
  • 1/2 sudu besar serbuk kunyit beli online disini
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 2 helai daun kunyit – hiris nipis
  • 1/2 sudu besar gula
  • 1 1/2 sudu teh garam
  • Sedikit air asam jawa (cair sahaja, dalam 1/2 cawan) 
  • Sedikit bahan perasa
  • 1/2 senduk minyak masak

 

CARA MEMASAK:

1.Kisar halus cili kering, bawang merah besar, bawang putih, serai, jintan manis, ketumbar, serbuk kunyit, air asam jawa dan sedikit air.

  1. Masukan kelapa parut dan kisar sekejap sahaja.
  2. Panaskan minyak masak dalam kuali. Masukkan bahan kisar diikuti gula, garam dan sedikit bahan perasa.
  3. Masak hingga garing menggunakan api sederhana. Pastikan sentiasa dikacau.
  4. Apabila sudah garing dan sambal kelapa elok masak, masukkan sotong dan hirisan daun kunyit. Kacau rata.

Masak Pais Sotong Ala Utara, Nak Guna Udang @ Ikan Pun Boleh

6. Apabila sotong sudah lembut, sesuaikan rasa dengan menambah perasa yang kurang mengikut citaras masing-masing. Sedia untuk dihidang.

Masak Pais Sotong Ala Utara, Nak Guna Udang @ Ikan Pun Boleh

INFO: Jika nak lagi sedap, bila tumisan sambal kelapa sudah elok masak, gaulkan dengan sotong. Kemudian ambil sotong, balut dengan daun pisang, letak dalam kuali dan tutup kuali dengan tudung periuk. Masak guna api perlahan hingga masak sempurna.

 

Kredit resipi & foto: Mariana Zainal

 

Ads

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Kuetiau Goreng Sedap, Resipi Simple Tanpa Perlu Letak Garam & Gula

Resipi Roti Jagung Air Fryer, Sangat Sedap & Mengenyangkan

Ads

Resipi Paprik Sardin & Telur Dadar Gebu, Lauk Simple Tapi Sedap!

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

https://www.dailymotion.com/video/x8bmvbv

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI