Ikan masin talang yang dihiris nipis-nipis dan dimasak sangat ringkas sesuai untuk yang ingin cepat dan bosan makan hidangan yang berat. Boleh makan bersama ikan masin dan nasi panas, jika suka boleh tambah kicap atau telur goreng.
IKAN MASIN TALANG TUMIS CILI KERING
BAHAN-BAHAN:
100gm Ikan talang masin | rendam seketika dan goreng seketika
1/2 biji bawang besar | dihiris halus
2 ulas bawang merah | dihiris halus
4 tangkai cili kering | dihiris
Sedikit air asam jawa
Sedikit minyak masak
Gula secukup rasa
Bahan perasa secukupnya
Ads
CARA MEMASAK:
Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Masukkan ikan masin dan cili kering. Goreng seketika.
Masukkan bahan yang dihiris halus. Kacau sehingga sebati.
Masukkan air asam jawa dan biarkan mendidih.
Masukkan gula dan bahan perasa secukupnya.
Tutup api dan hidangkan ketika masih panas.
Info chef: Enak dinikmati bersama nasi panas.
Ads
Saiz hidangan: 5-6 orang
Waktu memasak: 20 minit
Ads
Jenis hidangan: Melayu
Keistimewaan: Enak berperisa
Jenis penyediaan: Lauk pauk
Cara memasak: Tumis
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bagi penggemar lauk pauk pedas dan bersambal, resipi Cencaru Sambal Goreng Pedas perkongsian saudari Tengku RosElyza Raja Muhammad antara yang boleh dicuba. Sedap dan tentunya hangat. Namun bagi penggemar lauk bercili, tentunya berasa nikmat. Selain ikan cencaru, boleh juga guna ikan lain ataupun ayam. Sesuaikan sahaja ikut selera masing-masing. Selamat mencuba!
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak dan goreng ikan sampai garing. Angkat dan ketepikan.
2. Kisar kasar belacan, bawang merah, bawang putih, cili api, ikan bilis dan cili merah. Pastikan kisaran tidak terlalu halus.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan tumisan. Masukkan juga serai yang diketuk dan teruskan masak hingga pecah minyak. (minyak perlu lebih supaya bahan tumisan tidak kering dan tumisan akan jadi cantik).
4. Masukkan air asam @ asam keping, garam dan gula secukup rasa. Sebatikan.
5.Bila sudah cukup rasanya, tuang sambal di atas ikan.
6. Ikan Cencaru Sambal Goreng Pedas sedia untuk dihidang.
Di Kelantan, bila tibanya bulan puasa, lauk pauk seperti Gulai Ikan Masin @ Ikan Kering yang guna kunyit dan lengkuas ni memang popular. Sedap dan punya rasanya yang tersendiri. Tak cair, tak pekat, sedang-sedang sahaja. Perangat 2-3 hari pun masih elok dan enak. Nak cuba resipi perkongsian Puan Zatul Hernani ni? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI GULAI IKAN MASIN @ IKAN KERING SEDAP VERSI KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
3-4 ekor ikan kering | dibasuh
Timun | dibelah kecil
5-6 biji cili hijau
1 -2 keping nanas | dipotong dadu
Santan secukupnya – ikut jumlah kuah yang anda nak & jumlah ikan yang digunakan
Garam, gula dan perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3-4 tangkai cili kering
1 biji cili merah
2-3 biji cili padi – jika nak rasa pedas
2 inci kunyit segar
Sedikit lengkuas
CARA MEMASAK:
Masukkan santan dan bahan kisar ke dalam kuali. Buka api dan biarkan mendidih. Pastikan santan selalu dikacau bagi mengelakkan kuah berketul.
Kemudian masukkan ikan kering, hirisan nanas, lada/cili hijau dan timun.
Perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya. Jangan letak garam terlalu banyak kerana ikan kering sudah memberikan rasa masin.
Asam keping juga tidak digunakan kerana nanas sudah memberikan rasa masam pada kuah.
Biarkan gulai mendidih sekali lagi dan boleh padamkan api.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!