Menu Simple Jer, Masak Ikan Talang Masin Dah Boleh Pecah Selera!

Share

Ikan masin talang yang dihiris nipis-nipis dan dimasak sangat ringkas sesuai untuk yang ingin cepat dan bosan makan hidangan yang berat. Boleh makan bersama ikan masin dan nasi panas, jika suka boleh tambah kicap atau telur goreng.

IKAN MASIN TALANG TUMIS CILI KERING

BAHAN-BAHAN:

  • 100gm Ikan talang masin | rendam seketika dan goreng seketika
  • 1/2 biji bawang besar | dihiris halus
  • 2 ulas bawang merah | dihiris halus
  • 4 tangkai cili kering | dihiris
  • Sedikit air asam jawa
  • Sedikit minyak masak
  • Gula secukup rasa
  • Bahan perasa secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Masukkan ikan masin dan cili kering. Goreng seketika.
  2. Masukkan bahan yang dihiris halus. Kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan air asam jawa dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan gula dan bahan perasa secukupnya.
  5. Tutup api dan hidangkan ketika masih panas.

 

Info chef: Enak dinikmati bersama nasi panas.

Saiz hidangan: 5-6 orang

Waktu memasak: 20 minit

Jenis hidangan: Melayu

Keistimewaan: Enak berperisa

Jenis penyediaan: Lauk pauk

Cara memasak: Tumis

Published by
Mastura Abu Kassim