Masak Sambal Ayam Cili Hidup Ringkas Tapi Sedap Pedas Menyengat

Share

Pencinta makanan pedas pasti menyukai resipi yang sangat sedap ini. Ayam digoreng terlebih dahulu dan disaluti pula dengan sambal pedas yang menyelerakan. Cukup makan sepinggan nasi putih dengan ulam sayur yang segar.

SAMBAL AYAM CILI HDUP

BAHAN-BAHAN:

  • 8-10 ketul daging ayam
  • 15 biji cili api ] ditumbuk
  • 3 ulas bawang kecil ] ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih ] ditumbuk
  • 2 biji bawang besar ] dihiris Sedikit serbuk kunyit sedikit
  • Minyak untuk menggoreng
  • Garam secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan ayam/ Gaul dengan garam dan kunyit dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan goreng ayam. Tidak perlu terlalu garing.
  3. Keluarkan sedikit minyak dan masukkan bahan tumbuk hingga sedikit garing. Kemudian masukkan garam dan serbuk perasa
  4. Kemudian masukkan ayam goreng dan bawang besar tadi dan kacau rata.
  5. Sesuaikan rasa dan angkat. Sedia dihidangkan

 

Saiz hidangan: 5 orang
Waktu memasak: 15 minit
Jenis hidangan: Melayu
Keistimewaan: Enak pedas manis
Jenis masakan: Sambal
Cara memasak: Goreng

Published by
Zera Naim