Sambal Sardin adalah sejenis lauk ringkas yang boleh dimakan dengan pelbagai jenis makan utama. Misalnya nasi, roti atau lempeng. Boleh juga dijadikan pencecah makan dengan ubi kayu rebus. Sardin dalam tin ni umpama bahan masak penyelamat dikala buntuk memikirkan menu atau tatkala kehabisan stok lauk basah dalam peti ais. Ada macam-macam cara memasak Sambal Sardin yang sedap dan mudah. Kali ini RASA kongsikan resipi Sambal Sardin yang dimasak menggunakan cili padi perkongsian saudari Linda Mohd. Nampak sedap! Jom cuba.
RESIPI SAMBAL SARDIN KENTANG CILI PADI
BAHAN-BAHAN: 1 tin sardin – beli online disini 2-3 biji bawang merah – kisar / tumbuk – beli online disini 1-2 ulas bawang putih – kisar / tumbuk – beli online disini Cili padi secukupnya – ikut kepedasan yang disukai – kisar / tumbuk 1-2 biji cili merah – kisar / tumbuk 1-2 biji ubi kentang – beli online disini Garam, gula & perasa secukupnya Limau nipis – jika suka
CARA MEMASAK:
1.Satukan bawang merah, bawang putih, cili padi dan cili merah. Tumbuk atau kisar.
Ads
2. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ikan sardin yang telah diasingkan dari sosnya hingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
3. Kemudian dengan menggunakan minyak yang sama, goreng ubi kentang yang telah dihiris kecil.
4. Kemudian tumis bahan kisar tadi namun jangan tumis hingga terlalu garing. Masukkan bersama sedikit air dari balang pengisar. Jika guna lesung, masukkan air dalam lesung sahaja.
5. Jika suka, boleh masukkan juga sedikit sos sardin. Perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya. 6. Bila kuah kelihatan sempurna dan pecah minyak, masukkan sardin dan kentang yang telah digoreng tadi. Gaul rata dan sedia untuk dihidang. Untuk rasa lebih padu, boleh perah sedikit jus limau nipis.
Sambal belacan kalau masak sikit senang aje anggarannya. Tapi kalau untuk makan ramai sukar jugak bagi orang yang tak pandai menganggar ni.
Ni resipi yang dikongsikan Suriani Mohd yang mendapat resipi ini dari arwah kakak iparnya (arwah Kak Ton), bagi yang tak tahan pedas boleh kurangkan cili api dan lebihkan cili besar merah. Jom cuba resipinya, masak lebih boleh simpan dalam peti sejuk dan makan berulang.
SAMBAL BELACAN UNTUK BUAT STOK
.
BAHAN-BAHAN:
20 biji cili merah besar 20 biji cili api merah 20 biji cili api hijau
.
3 biji tomato 1/2 belacan (kalau guna belacan tg dawai) *bakar dulu Garam sikit je tau Ajinomoto sikit 3 sudu makan gula (gula secukup rasa) 10 biji air perahan limau kasturi Pati air asam jawa (secukupnya)
CARA MEMBUAT :
1. Blender semua bahan-bahan guna pati air asam jawa + perahan air limau sahaja (Tak guna air kosong). Tak digoreng ye.
2. Suriani suka buat banyak-banyak simpan dalam peti ais. InsyaAllah sebulan pun tak rosak. Lagi bertambah sedap.
Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat Shapitah binti Ishak @ Awang .
Kredit: Suriani Mohd (MAHN)
ANDA SEDANG MENCARI PERKAKAS DAN PERALATAN DAPUR YANG BARU, JOM LAYARI LINK DI SINI.
Sedapnya Pau Sambal ni. Kalau makan masa minum petang, aduhhh…alangkah nikmatnya. Malah ia juga sesuai dijadikan menu sarapan. Bagi anda yang nak cuba buat kuih ni, resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ini antara yang berbaloi untuk dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT PAU SAMBAL HOMEMADE
BAHAN A:
1 1/2 cawan air suam kuku
1 paket yis kering
2 sudu makan gula pasir
(Satukan semua bahan dalam satu bekas. Kacau dan biarkan anggaran 5 – 6 minit)
BAHAN B:
4 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu makan mentega
2 sudu makan susu pekat manis
1 sudu teh double action baking powder (guna baking powder biasa pun boleh)
1/2 sudu teh baking soda (untuk effect rangup pada kulit pau)
(Satukan semua bahan B. Gaul hingga jadi seakan serbuk)
CARA MEMASAK:
1. Masukkan larutan yis (bahan A) ke dalam bahan B. Gaul rata dan uli sebati selama 8–10 minit. Peram dalam bekas bertutup selama 10 minit. 2. Tabur tepung dalam talam. Bulat-bulatkan doh ikut saiz yang dikehendaki. 3. Tekan sikit atas doh tu. Susun dalam talam dan buat hingga siap dan habis adunan tepung. Peram lagi doh selama 18-20 minit.
4. Panaskan minyak dengan banyak dan goreng doh hingga garing dan keperangan menggunakan api sederhana. Sentiasa balik-balikkan supaya doh masak sekata.
RESIPI SAMBAL BILIS (khas untuk burger Malaysia sahaja)
BAHAN-BAHAN:
2 genggam ikan bilis – digoreng & toskan
1 biji bawang besar – hiris
2 sudu makan sos cili
1 1/2 sudu makan gula
Sedikit garam
Bahan perasa jika perlu
1/2 cawan air
1 1/2 senduk minyak masak untuk menumis
BAHAN KISAR:
10-12 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
3- 4 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar hingga garing. 2. Masukkan gula. Tumis lagi hingga pecah minyak dan cili berubah warna. 3. Masukkan sos cili. Kacau seketika. Masukkan bawang hiris, ikan bilis serta air. 4. Bila sambal sudah agak pekat, masukkan garam dan bahan perasa dengan secukupnya. 5. Angkat dan sejukkan. Hidangkan bersama pau yang dimasak tadi.
Sebut je sambal cili padi tidak kiralah untuk apa masakan apa sekalipun, ia memang sedap dan terbaik. Apa lagi kalau dipadankan dengan ikan goreng. Cukup asam garamnya, memang terangkat sedap, biarpun pedas ia tetap menjadi pilihan sebagai hidangan pemikat selera. Tak Percaya kena cuba.
KERISI GORENG CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
5 ekor ikan kerisi | buang sisik dan bersihkan
1 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis
20 biji cili padi | hiris
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji cili merah
2cm halia
1 batang serai
CARA MEMASAK:
Gaulkan ikan kerisi yang telah dibersihkan dengan garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
Panaskan minyak goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar hingga wangi, kemudian masukkan hirisan cili, kacau rata.
Masukkan pula air asam jawa, kecilkan api dan terus kacau.
Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Tutup api dan masukkan ikan dan gaul rata.
Ikan sedia dihidangkan panas-panas.
SAMBAL KERING IKAN SELAR
BAHAN-BAHAN:
8-10 ekor ikan selar | siang dan bersihkan
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR KASAR:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah
15 biji cili padi
1 batang serai
CARA MEMASAK:
1.Gaulkan ayam dengan garam halus dan serbuk kunyit. Ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumikan bahan kisar hingga garing, kemudian masukkan air asam jawa.
Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali tutup api, masukkan ikan dan gaul rata.
Ikan sedia dihidangkan panas-panas.
IKAN TONGKOL SAMBAL CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
4-5 ketul ikan tongkol yang telah direbus
BAHAN KISAR:
15 biji cili padi
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 batang serai
CAR MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumis bahan kisar kasar hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan air asam Jawa, garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali masukkan ikan tongkol yang telah digoreng tadi.
Gaul rata dan tutup api.
Ikan tongkol sambal sedia dihidangkan.
IKAN BILIS BESAR GORENG CILI BAWANG
BAHAN-BAHAN:
200gm ikan bilis besar | basuh dan toskan
1 biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih titik
2 biji cili merah
8 biji cili padi
Sedikit gula
Garam jika perlu
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit, tumis bawang putih, bawang merah serta cili merah dan cili padi.
Tumis hingga wangi dan layu.
Masukkan ikan masin. Kacau rata.
Jika kurang masin tambahkan sedikit garam bersama gula secukupnya.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.