Menu kampung membuka selera, yang mana mudah disediakan bila tiba musim durian dan petai sahaja. Bagi peminat Sambal Tempoyak Bilis Petai, pastinya tidak asing lagi dengan cara-cara penyediaan sajian ini. Masing-masing ada cara yang tersendiri. Namun untuk yang sekali sekala memasak dikala teringin, anda pastinya tercari-cari resipi yang mudah dan sedap untuk dicuba. Saudari Tengku RosElyza ada kongsikan resipi Sambal Tempoyak Bilis Petai terbaik yang ada boleh cuba. Pedas menyengat dan tentunya enak. Bolehlah cuba. Pasti anda puas hati akan rasanya.
CARA MEMASAK: 1.Panaskan minyak, tumis bahan kisar @ tumbuk sehingga wangi dan masak.
2. Bila bahan kisar sudah kelihatan pecah minyak, masukkan petai. Kacau rata.
3. Seterusnya masukkan tempoyak, tambah air sedikit demi sedikit ikut kepekatan yang disukai.
4. Tambahkan juga garam dan gula secukup rasa. Masak lagi sambal sehingga pecah minyak dan mendidih. 5. Bila sambal kelihatan pekat, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Asyik makan junk food bila menonton tv masa cuti ni. Beralihlah kepada cookies buatan sendiri, kan lebih mengujakan dan sedap dikunyah. Lebih best lagi boleh buat jualan untuk puasa nanti.
Tak payah tunggu raya pun biskut berperisa coklat mampu memuaskan keinginan anda untuk makan coklat. Lebih coklat dan koko lebih sedap biskut tu nanti. Ni min kongsikan 4 jenis biskut coklat yang sedap sungguh ni..
1.TART WITH CHOCOLATE FILLING
BAHAN-BAHAN :
250 gm mentega
60 gm gula aising300 gm tepung gandum | diayak
1/2 biji telur
120 kepingan coklat mini (mini bar)
Bahan hiasan :
Coklat urai hijau dan putih secukupnya.
CARA MEMASAK :
Pukul mentega dengan gula aising hingga kembang. Masukkan telur dan gaul rata.
Masukkan pula tepung dan adunkan menjadi doh.
Setelah doh menjadi lembut, masukkan kepingan coklat di dalamnya sebagai inti.
Bentukkan ikut suka, bulat-bulatkan.
Panaskan oven dan bakar dalam suhu 170 darjah celcius selama 18 minit.
Saiz hidangan : 100 – 120 keping
Waktu memasak : 18- 20 minit
Cara Memasak : Bakar
Jenis masakan : Biskut
Keistimewaan : Inti coklat pasti memenuhi selera penggemar coklat.
INFO CHEF : Selain bar mini coklat susu biasa , anda boleh juga menggunakan bar coklat badam, gajus atau coklat lain kesukaan anda.
2. DAISY CHOCOLATE COOKIES
BAHAN-BAHAN :
250 gm mentega
110 gm gula aising
50 gm tepung ubi | diayak
20 gm serbuk coklat | diayak
300 gm tepung jagung | diayak
50 gm tepung kastad | diayak
1 sudu teh perisa coklat
1 biji telur
Bahan hiasan :
Manik gula warna perak secukupnya
CARA MEMASAK :
Pukul mentega bersama gula aising hingga kembang.
Kemudian masukkan telur, pukul rata.
Kemudian masukkan semua jenis tepung, adunkan menjadi doh.
Kemudian masukkan doh dalam acuan berbentuk bunga dan tekan di atas dulang pembakar yang telah digriskan dengan mentega.
Susun manik sebiji di atasnya.
Panaskan oven dan bakar dalam suhu 170 darjah celsius selama 15 minit
Saiz hidangan : 120 – 150 keping
Waktu memasak : 15 minit
Cara Memasak : Bakar
Jenis masakan : Biskut
Keistimewaan : Rasa penuh bercoklat
INFO CHEF : Biskut ini mudah rapuh dan lembut berderai kerana penggunaan tepung jagung dan kastad.
3. BROWNIES COOKIES
BAHAN- BAHAN :
200 gm mentega
300 gm tepung gandum | diayak
50 gm serbuk koko | diayak
100 gm perang
10 gm serbuk penaik | diayak
20 gm coklat cip
1biji telur
Bahan hiasan :
Cip coklat secukupnya
Coklat cair untuk dipaipkan atas biskut
CARA MEMASAK :
Cairkan mentega, kemudian masukkan gula perang dan telur.
Kemudian masukkan serbuk koko dan serbuk penaik, gaul rata.
Adunkan menjadi doh dan terap mengikut acuan yang disukai.
Hiaskan dengan cip coklat.
Panaskan oven dan bakar dalam suhu 180 darjah celcius selama 18 minit.
Sejukkan di atas redai, dan paipkan dengan coklat .
Saiz hidangan : 100 keping
Waktu memasak :18 – 20 minit
Cara Memasak : Bakar
Jenis masakan : Biskut
Keistimewaan : Brownies lembut kaya dengan rasa coklat
Anggaran kos : RM 50
INFO CHEF : Jika mahukan rasa yang rangup bakar lama sedikit 18-20 minit, dan jika mahukan rasa ‘chewy’ pendekkan masa membakarnya kepada 15 mini
4. ALMOND COFFEE COOKIES
BAHAN-BAHAN :
250 gm mentega
120 gm gula perang
400gm tepung kotak | jika ‘superfine’ tak perlu ayak
100 gm serbuk badam
50 gm serbuk coklat | diayak
20gm serbuk penaik
1 biji telur
1 sudu teh perisa kopi
100 gm hirisan badam
Bahan hiasan :
Coklat putih secukupnya
Hirisan badam secukupnya
CARA MEMASAK :
Pukul mentega bersama gula perang hingga kembang.
Masukkan telur diikuti dengan serbuk coklat.
Kemudian masukkan tepung, perisa kopi dan serbuk badam
Masukkan pula hirisan badam, adun sehingga menjadi doh. Hiaskan hirisan badam di atasnya juga.
Panaskan oven dan bakar dalam suhu 170 darjah celcius selama 18 minit
Sejukkan dan paipkan dengan coklat putih sebagai hiasan.
Saiz hidangan : 120 – 150 keping
Waktu memasak : 18 minit
Cara Memasak : Bakar
Jenis masakan : Biskut
Keistimewaan : Gabungan rasa kopi dan badam yang sedap
INFO CHEF : Anda boleh juga menggunakan pes serbuk kopi menggantikan perisa kopi.
Mi rebus Terengganu. Paling mudah nak buat. Campak-campak je bahan dalam periuk. Siap! Yang penting, sedap.
Sesuai dimasak pada musim perayaan macam ni. Kalau ada yang nak datang ke rumah, masak je mi rebus ni. Daripada budak sampai orang dewasa boleh makan. Tak ada masalah.
Mi pula boleh pilih sama ada nak masukkan terus dalam kuah atau celur dan asingkan. Kalau tetamu datang berperingkat, elok asing. Kecuali memang nak makan terus. Bukan apa, takut mi kembang, tak sedap pulak.
Boleh cubs resipi yang dikongsikan oleh Encik ImZek Zack ini ye. Ini versi beliau. Orang lain mungkin ada versi mereka tersendiri. Selamat mencuba!
Tumis bawang dan bawang putih sampai pecah minyak. Masukkan daging dan ayam. Masukkan sos tiram, lada hitam, kiub ayam, serbuk Secukup Rasa dan gula.
Bila daging nampak empuk, masukkan air secukupnya. Setelah kuah mula menggelegak, masukkan fish ball, batang sawi, bunga kubis, baby corn, lobak merah, kemudian masukkan telur. Ketika masukkan telur, jarakkan sedikit dan jangan kacau. Biarkan telur mengeras.
Masukkan sayuran lembut, udang, sotong dan tamoto. Perasakan dengan garam secukup rasa. Nak rasa lebih ‘umph’, boleh letak lada sulah. Biarkan mereneh. Siap.
Tapi kalau nak masukkan sekali mi kuning pun boleh je. Kalau tak, celur mi berasingan. Nak lagi sedap boleh perah sedikit limau nipis ketika nak makan.
Sedapnya Lasagna Roti ni. Biasanya rotisandwicyang hampir tamat tempoh biasanya sudah sedikit keras dan tidak enak dimakan. Nak dibiarkan begitu sahaja, sayang pula lebih-lebih lagi jika roti masih lagi banyak. Usah buntu kerana ada pelbagai sajian yang anda boleh hasilkan menggunakan roti ini. Salah satunya ialah Lasagna Roti perkongsian saudari Mis Julie Biz ni. Memang sedap. Bukan rasa yang biasa-biasa tau. Jom cuba!
RESIPI LASAGNA ROTI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1 pek roti – digelek
400gm daging kisar
2 biji bawang besar – potong dadu
2 ulas bawang putih – cincang
1 botol Sos Spageti Leggo’s (napoletana) 575gm
Sayur campur secukupnya
Sedikit serbuk lada hitam & serbuk lada putih
Sedikit tepung gandum
1 sudu kecil oregano/mix herbs (optional)
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit tepung jagung
Air secukupnya
2 keping Keju cheddar
Keju mozarella untuk topping
CARA MEMASAK KUAH LASAGNA (MERAH): 1. Tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu. 2. Masukkan daging kisar, kacau hingga masak dan berubah warna. 3. Masukkan sos spageti. Tambah air dalam botol sos spageti tadi sebanyak 1 botol dan tuang sekali. 4. Masukkan serbuk lada hitam, serbuk lada putih dan oregano @ mix herbs. 5. Setelah mendidih, masukkan sayur campur. Tambah tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air untuk pekatkan sikit kuah tadi. 6. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masak sekejap. Tutup api, ketepikan.
CARA MEMASAK KUAH PUTIH: 1. Tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu. 2. Masukkan sedikit tepung gandum. Kacau sampai warna sedikit perang. 3. Masukkan air secukupnya ( anggaran 1 cawan atau lebih. Boleh gantuikan dengan susu.) Masukkan juga serbuk lada hitam, serbuk lada putih, garam dan gula. 4. Tambahkan 2 keping keju cheddar. Masak sekejap sampai mendidih dan pekat. Tutup api, ketepikan.
CARA MEMASAK LASAGNA ( GUNA LOYANG SAIZ 8×8): 1. Sudukan sedikit kuah lasagna di dasar loyang. Kemudian sedikit sos putih. 2. Susun roti yang digelek atas kuah dan sos tadi. 3. Letak semula kuah lasagna, kemudian sos putih atas roti yang disusun dalam loyang tadi. 4. Ulang lagi langkah hingga roti, kuah lasagna dan sos putih habis. Pastikan lapisan atas sekali ditutup dengan kuah lasagna dan sos putih. 5. Taburkan keju mozarella di atas lapisan terakhir.
6. Bakar dalam ketuhar selama 20-30 minit. Waktu memasak mungkin berbeza mengikut jenis dan saiz ketuhar masing-masing. 7. Setelah lasagna masak, keluarkan dan sedia untuk dinikmati.