Ayam Panggang Blackpepper memang antara perisa kegemaran bagi penggemar sajian ayam panggang. Di musim ayam serba mahal ini, jika terasa nak makan, lebih baik masak sendiri. Jika dibeli, seekor kecil sahaja saiznya namun harga boleh tahan. Memang tak cukup jika ahli keluarga ramai. Apa kata masak je sendiri. Lebih jimat & sedap! Anak-anak pun boleh makan dengan puas. Sangat berbaloi-baloi. Ni ada resipi Ayam Panggang homemade yang dikongsi oleh aaudari Ema HidaYah. Jom lihat cara-caranya. Selamat mencuba!
1. Satukan semua bahan rempah kemudian lumurkan pada ayam. Sebaiknya perap seketika supaya bahan rempah meresap ke dalam isi. Boleh juga letak ubi kentang, bawang atau sayuran.
Ads
2. Panaskan ketuhar pada suhu 200C. Bakar ayam selama 1 jam 30 minit atau hingga ayam masak sepenuhnya. Waktu memasak mungkin berbeza mengikut saiz ayam.
3. Jika suka, boleh tabur mix herbs selepas ayam masak. Memang harum dan enak. Isi pun empuk. Selamat mencuba!
Ada kala kita hilang selera makan. Tak lalu nak makan lauk yang beria-ia sangat misalnya rendang atau masak lemak cili padi.
Ketika ada masalah selera makan, cuba masak sambal yang simple-simple saja. Ini kerana sambal yang sebegini biasanya boleh meningkatkan selera.
Hanya perlu tumis-tumis sahaja. Bahan yang digunakan pun sangat minimum.
SAMBAL GORENG KENTANG BERBILIS
BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menggoreng
2 biji kentang (potong kecil)
1 genggam ikan bilis
1 labu bawang besar (hiris nipis)
2 ulas bawang putih (hiris nipis)
2 tangkai cili kering (basuh dan potong-potong)
10 tangkai cili padi (hiris kecil)
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dalam kuali.
2. Goreng kentang. Kemudian angkat dan ketepikan.
3. Goreng pula ikan bilis. Angkat dan ketepikan.
4. Kurangkan minyak masak. Tinggalkan secukupnya untuk menumis saja.
5. Tumis bawang besar dan bawang putih.
6. Masukkan cili kering dan cili padi. Tumiskan lagi.
7. masukkan kentang dan ikan bilis yang telah digoreng tadi.
8. Perasakan dengan garam. Gaul sebati.
9. Siap. Boleh dihidang.
Hari ni bercadang nak masak lauk ayam? Ini ada tiga menu ayam masak ala kampung yang sedap RASA kongsikan untuk anda semua cuba. Apa yang penting menu ini ringkas je cara memasaknya, gerenti anak-anak suka.
AYAM MASAK PUTIH
BAHAN-BAHAN
350gm isi dada ayam | potong dadu
200gm santan pekat
2 cawan air
1 tin cendawan butang
6 biji cili padi hijau
6 biji cili padi merah
1batang serai | titik
1 tin cendawan butang. | belah dua
6 cili api hijau | hiris
6 cili api merah | hiris
Garam dan perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 biji buah keras
1batang serai
CARA MEMASAK:
Bersihkan ayam, kemudian masukkan dalam periuk bersama bahan kisar.
Tambahkan air dan masak atas api sederhana.
Bila ayam separuh masak masukkan cendawan, hirisan cili padi dan serai.
Setelah mendidih dan ayam masak, masukkan santan.
Sentiasa kacau supaya santan tidak pecah minyak,
Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya.
Tutup api, ayam sedia dihidangkan besama nasi.
AYAM PINDANG TUMIS BUNGA KANTAN
BAHAN-BAHAN:
500gm ayam | potong besar
2 keping asam gelugor
4-5 tangkai daun kesum
1 kuntum bunga kantan
2 batang serai | titik
1 inci lengkuas | titik
4-5 biji tomato ceri jika suka
Garam, gula dan perasa secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
10 tangkai cili kering
2 biji cili merah
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci bawang putih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga wangi.
Masukkan air secukupnya, asam gelugor, serai titik, lengkuas.
Setelah mereneh, masukkan ayam,biarkan mereneh hingga ayam masak.
Masukkan daun kesum, bunga kantan, tomto ceri, garam, gula dan perasa secukup rasa.
Apabila ayam empuk dan cukup rasa. Tutup api.
Ayam pindang sedia dihidangkan, panas-panas.
AYAM GORENG KASTURI
BAHAN-BAHAN:
1ekor ayam saiz kecil | belah empat
3 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
250ml santan
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN KISAR:
2 inci kunyit hidup
2 ulas bawang putih
1 inci halia
3 batang serai
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan bahan kisar hingga rata.
Masukkan dalam periuk, kemudian tambahkan santan, daun kunyit,limau purut.
Renehkan atas atas api sederhana.
Perasakan dengan garam dan kunyit secukup rasa.
Tutup periuk dan kecilkan api. Biarkan mereneh lebih kurang lima minit.
Setelah ayam masak, tutup api dan toskan ayam.
Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng ayam hingga garing.
Setelah garing, angkat dan ayam sedia dihidangkan panas-panas dengan nasi panas serta sambal pencicah.
Menu asam pedas ni memang tidak boleh ditolak kalau dihidangkan. Lain tempat lain pula caranya. Asam pedas orang Melaka caranya berbeza berbanding orang Johor. Walau bagaimanapun kedua-duanya mempunyai keenakkan yang tersendiri. Sebagaimana asam pedas yang dikongsi oleh Yatie Kitchen ini rahsia penyedap asam pedasnya ialah ikan bilis dikisar dan dimasukkan dalam ramuan juga bahan ditumis lima kali bagi memastikan cili benar-benar masak. Boleh ikut cara ini kalau nak asam pedas yang power rasanya.
Asam Pedas Bahan-bahan: Ikan 1 ulas bawang merah-kisar 3 ulas bawang putih -kisar 1 inci kunyit hidup-kisar Secubit belacan -kisar Secubit ikan bilis-kisar Kiub ikan bilis 3-4 senduk cili kisar 1 sudu kecil pes asam jawa Daun kesum Bendi Garam secukupnya Mushroom seasoning
Cara memasak: 1.Kisar halus bawang, kunyit, belacan dan ikan bilis. Pastikan air kena sama level dengan paras bahan kisar. 2.Panaskan minyak tumis bahan kisar, masuk cili kisar dalam 3-4 senduk, masuk pes asam jawa, biarkan sampai pecah minyak. 3.Masuk air dalam blender pengisar 1/2 blender ( bekas kisar bawang tadi jangan buang), bila pecah minyak masuk air blender tu sikit, ulang langkah yang sama 5 kali, kalau merecik tutup periuk tapi bukak sikit saja ,sendalkan dengan senduk supaya tak tutup rapat. 4.Dah habis ulang 5 kali , cili dah betul-betul garing , tuang semua air dalam blender tu, kalau kurang masuk air 1 cawan , biarkan mendidih, baru masuk ikan. 5.Kuah mendidih lagi last baru masuk daun kesum dan bendi. 6.perasakan dengan garam dan mushroom seasoning ( kalau agak-agak tak pasti,mulakan dengan 1 sudu kecil garam ) dan rasa
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!