Wow… Fish & Chipsperkongsian saudara Wan LuQman ni nampak sedap dan menyelerakan. Jangan takt ahu, semua ini dimasak ‘from scratch’ termasuklah ubi kenatng. Semuanya dihasilkan secara homemade menggunakan bahan-bahan yang mudah untuk kita beli. Hidangan sebegini andai dinikmati di restoran, tentunya mahal. Nah… Masak sendiri di rumah dengan kos yang jauh lebih murah dan jimat. Pasti puas hati.
RESEPI FISH AND CHIPS SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN: 2 keping isi ikan Dori Salad / Kale Lemon 2-3 biji ubi kentang – beli online disini Serbuk perisa BBQ
BAHAN SOS TARTAR: 1-2 ulas bawang putih – dicincang halus – beli online disini Sedikit bawang holland – dicincang halus – beli online disini 5 sudu makan mayones – beli online disini Timun jepun Saderi Jus lemon Parsli Sedikit garam dan lada sulah
CARA MEMASAK: 1. Pertama sekali, kupas ubi kentang dan potong jejari. Rendam sekejap dalam air untuk membuang kanji.
2. Kemudian rebus dalam 5 minit. Tos dan tapis. Ketepikan. 3. Ambil isi ikan Dori. Harga 2 keping begini dalam RM12.
4. Potong dua. Kemudian potong lagi 2 untuk setiap 1 keping tu.
Ads
5. Potong kecik macam ni. Akan dapat 8 keping tau. Boleh makan untuk 4 orang dengan isi ikan yang harga RM12 tadi.
6. Satukan bahan-bahan untuk tepung salutan ikan. Masukkan air sedikit demi sedikit.Bancuh hingga dapat tekstur yang tidak cair dan juga tidak terlalu pekat. Ketepikan.
7. Untuk membuat Sos Tartar, satukan semua bahan di dalam mangkuk yang bersesuaian. Sebatikan.
8. Sos Tartar ini versi ringkas. Sepatutnya kena ada pickles, capers dan dill. Tapi disebabkan tak ada, gantikan sahaja dengan daun parsli, saderi, dan sedikit lemon thyme. Lemon thyme tu tak wajib pun ya. Timun jepun dan saderi tu sekadar untuk dapat rasa rangup dan segar.
9. Sos Tartar versi ringkas yang siap disediakan. Nak rasa lagi sedap, boleh tambahkan sedikit susu pekat manis.
Ads
10. Goreng ubi kentang tadi hingga garing dan keperangan. Angkat dan toskan. Kemudian boleh gaul dengan serbuk perisa BBQ jika suka.
11. Panaskan minyak dalam kuali, celup kepingan ikan Dori ke dalam bancuhan tepung dan goreng fillet ikan sehingga garing.
12. Susun Kentang, filet ikan dan sos tartar di dalam pinggan bersama salad dan juga hirisan lemon.
13. Fish & Chips homemade sedap sedia untuk dinikmati.
Ramai yang menggemari hidangan Kuetiau Goreng kuali besar yang biasa dijual di pasar malam. Ringkas sahaja menu dan cara masaknya namun terasa sangat enak bila dinikmati. Aroma Kuetiau Goreng yang dibungkus dengan kertas, dimakan pula dengan cili jeruk serta perahan jus limau nipis, memang sangat membuka selera. Nak cuba masak sendiri hidangan ini untuk keluarga. Saudara Emee Sham ada kongsikan cara-caranya. Selamat mencuba!
CARA MASAK KUETIAU GORENG ALA PASAR MALAM
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus kuetiau – leraikan
5 ulas bawang putih – cincang halus
10 ekor udang – buang kulit (kulit udang direbus, ambil stok air rebusan)
Ikan talang kering masak asam pun boleh. Kalau selalu dibuat gulai atau dimasak sambal cuba pula masak cara ini.
Lauk ringkas sebegini memang sedap dimakan dengan nasi panas dan sambal belacan tanpa perlu banyak lauk, memang cukup kena dengan selera jika teringin hidangan simple.
Ikan talang kering masak asam
Bahan-bahan
Ikan talang kering – dipotong kecil dan direndam sekejap untuk kurang masin
4 ulas bawang merah – dihiris
3 ulas bawang putih- dihiris
20 tangkai cili padi
Air asam jawa secukupnya
Minyak untuk menggoreng dan menumis
Cara memasak
1. Rendam ikan talang kering dalam air sekejap supaya rasa masinnya berkurang. Kemudian cuci bersih.
2. Panaskan sedikit minyak, goreng ikan talang sekejap hingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Dalam minyak lebihan gorengan ikan tadi, tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau dan sedikit garing.
4. Masukkan cili padi dan air asam jawa, kacau rata.
5. Masukkan ikan talang goreng tadi, kacau dan biar mendidih sekejap supaya semua bahan sebati.
Siap untuk dihidang!
TIP
Rendam ikan talang kering supaya rasa masin berkurangan dan tak terlalu kuat bila dimasak.
Tidak perlu tambah garam kerana ikan talang sudah masin.
Kalau nak lebih pedas, tambah cili padi ikut selera.
Tambah sedikit hirisan halia jika suka
Lauk ini sangat sesuai dimakan dengan nasi putih panas dan ulam-ulaman segar.
Resipi sambal ikan kayu ini antara lauk ringkas yang mudah disediakan. Sedap dimakan bersama nasi panas, ulam-ulaman dan telur dadar.
Kombinasi rasa pedas, masam dan lemak manis daripada sambal yang direneh lama, digandingkan dengan ikan kayu goreng yang banyak isi memang puas hati. Lauk ini juga buatlah berulang kali tetap tak jemu dimakan.
Resipi sambal ikan kayu
Bahan-bahan
Ikan kayu -dipotong dan digaul dengan garam dan kunyit
1 biji gula Melaka (gula gerek)
3 keping asam keping
1 biji bawang besar – dihiris hiasan
Bahan kisar
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering – direbus hingga lembut
Belacan – sebesar ibu jari
Cara Penyediaan
1. Panaskan minyak goreng ikan hingga garing. Ketepikan seketika.
2. Gunaan minyak gorengan ikan tadi, masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik bau dan pecah minyak. Tumisan yang sempurna akan menghasilkan sambal yang lebih sedap dan tahan lama.
3. Masukkan gula Melaka dan asam keping ke dalam sambal. Kacau hingga larut sepenuhnya. Tambah sedikit air untuk memastikan sambal tidak terlalu pekat dan tidak cepat hangus.
4. Biarkan sambal direneh atas api kecil selama beberapa minit supaya semua bahan sebati dan minyak naik ke permukaan.
5. Masukkan ikan kayu yang telah digoreng tadi ke dalam sambal. Gaul perlahan-lahan agar ikan tidak hancur. Biarkan sambal menyerap ke dalam isi ikan.
6. Akhir sekali, tabur bawang besar yang dihiris ke atas sambal. Biarkan seketika atas api hingga bawang sedikit layu. Tutup api apabila sambal sudah agak kering.
TIP
Gunakan ikan kayu bersaiz sederhana supaya isinya lebih banyak dan senang menyerap sambal.
Kalau suka manis, boleh tambah sedikit gula pasir. Kalau nak lebih pedas, tambah cili padi semasa kisar.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!