Suka makan Kacang Kuda Tumis Kari macam ni? Biasa kudapan ini boleh dibeli di pasar malam kan? Sangat sedap lebih-lebih lagi jika dimakan sambil menonton tv. Ralit dibuatnya. Tapi jika dibeli, tak puas makan. Tengah sedap menyuap, dah habis. Alahai… Jangan risau kerana saudari Atiqah Zakiada kongsikan resipi yang boleh anda cuba. Nah… Masak sendiri lagi puas hati. Sekali buat, modal tak sampai RM5 tapi dapat banyak. Barulah puas makan.
1.Kacang kuda direndam semalaman kemudian rebus sampai lembut dan toskan airnya.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah serta bawang putih sampai kekuningan.
Ads
3.Masukkan cili kering dan daun kari. Kacau-kacau.
4.Seterusnya masukkan bancuhan serbuk kari. Gaul sikit kemudian masukkan air. Jangan banyak sangat, cukup sekadar untuk buat salut kacang.
5.Bila sudah mendidih, masukkan garam dengan secukupnya. Kacau-kacau.
6.Masukkan kacang. Gaul sampai sebati.
7. Masak hingga puas hati kemudian tutup api dan sejukkan kacang terlebih dahulu sebelum dinikmati.
INFO: Lebih sedap kalau kacang disimpan di dalam peti sejuk terlebih dahulu sebelum dimakan. Ia akan menyebabkan salutan meresap ke dalam kacang dan jadi lebih enak. Kalau baru masak, rasa rempah belum cukup meresap.
Jika suka, boleh letak ikan bilis sebagai penambah rasa.
Anak-anak sangat sukakan snek. Jika beli yang ready made atau sejuk beku, kandungan yang terkandung ada kalanya tinggi lemak, garam serta punya MSG. Jom belajar buat Cheesy Ball secara homemade. Lebih sihat, sedap dan bersih. Kandungan garam pun puan-puan boleh kawal.
CHEESY BALL
BAHAN-BAHAN:
5 biji ubi kentang
1 blok keju mozarella | dipotong kiub
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan minyak masak
3 biji telur | dipukul
CARA MEMASAK:
1. Kupas ubi kentang dan rebus. Setelah empuk, lenyekkan hingga hancur. Letak sedikit garam jika perlu.
2. Kemudian masukkan minyak dan tepung gandum. Uli. Jika terlalu lembik, tambah tepung gandum sedikit demi sedikit.
3. Cubit adunan tepung tadi dan leperkan. Kemudian isikan dengan keju.
4. Bulatkan adunan sebegini.
5. Celup bebola ke dalam bancuhan telur.
6. Kemudian golekkan di dalam bekas beriswi serbuk roti hingga rata.
7. Celup sekali lagi dalam adunan telur.
8. Salutkan sekali lagi dalam serbuk roti. Ulang proses sehingga semua bahan habis.
9. Panaskan minyak dan goreng bebola keju menggunakan api sederhana sehingag kekuningan.
Bepang kacang adalah salah satu kuih orang lama. Ia sejenis makanan manis dan rangup yang sedap dimakan, diperbuat daripada kacang yang bersalut gula cair.
Bepang sedap dimakan begitu sahaja sebagai kudapan waktu tengah bersantai. Sebenarnya tak susah mana pun nak membuat kuih bepang kacang ini. Apatah lagi pada zaman sekarang payah juga nak dapat yang sedap. Buat sendiri lagi puas hati.
Resipi ini telah dikongsikan oleh puan Kallthom Mohamed. Selamat mencuba!
Sangai bijan hingga agak kekuningan warnanya. Ketepikan.
Kemudian sangai kacang tanah. Bila cukup masak /rangup, masukkan ke dalam lesung dan tumbuk tapi jangan sampai hancur ye. Asingkan kulit dan ketepikan.
Masukkan gula ke dalam kuali dan panaskan. Caranya lebih kurang sama seperti kita nak cairkan untuk buat gula hangus.
Bila semua gula telah cair / larut, tambah minyak masak ke dalamnya dan masukkan kacang serta bijan. Gaul sebati.
Bila dah sebati cepat-cepat masukkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak. Tekan-tekan adunan (alas dengan plastik dan kain) supaya padat dan nipis.
Potong adunan yang masih panas dengan menggunakan pisau yang telah disapukan sedikit minyak. Boleh guna pemotong pizza, lebih mudah rasanya.