Masak Sendiri Kepak Ayam Ala 4Fingers Di Rumah. Sangat Mudah!

Share

Sedapnya Kepak Ayam Ala 4Fingers ni. Kalau beli, agak mahal harganya. Malah tidak semua tempat ada cawangan restoran ni. Bagi anda yang teringin nak rasa boleh cuba resipi perkongsian saudari Aznida Aziz ni. Mudah, sedap dan lebih jimat. Sekali buat, satu keluarga boleh makan. Paling penting, dijamin halal. Berbaloi kan? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan dan bolehlah cuba buat nanti. Pasti puas hati.

RESIPI KEPAK AYAM ALA 4FINGERS

BAHAN-BAHAN:
1kg kepak ayam – belah 2
Tepung jagung secukupnya – beli online disini

BAHAN-BAHAN PERAPAN:
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam secukupnya – beli online disini
Sos tiram secukupnya – beli online disini
Mix herbs

CARA MEMASAK:
1. Perap kepak ayam bersama bahan perapan.
2. Celup ayam ke dalam tepung jagung. Pastikan kepak ayam disalut sepenuhnya dengan tepung jagung jangan ada bahagian yang tidak disalut.3. Panaskan minyak masak dan gorengkan kepak ayam dengan cara double fried.
4. Cara nak goreng secara double fried adalah, pertama sekali, goreng kepak ayam selama 4 minit (separuh masak). Angkat dan toskan.
5. Bersihkan bekas minyak goreng tadi dari lebihan tepung semasa menggoreng kepak ayam.
6. Biarkan minyak panas semula dan goreng kepak ayam tadi sekali lagi hingga masak sempurna dan garing.
7. Semasa menggoreng pastikan minyak masak tidak terlalu besar atau terlalu kecil.

BAHAN-BAHAN SOS:
Bawang putih dicincang halus – beli online disini
Mentega bergaram (salted butter) secukupnya
2 sudu sos tiram
3 sudu gula perang – beli online disini
3 sudu madu – beli online disini


Chilli flakes secukupnya – beli online disini

CARA MEMASAK:
Panaskan mentega dan tumis bawang putih cincang. Jika guna mentega tidak bergaram (unsalted butter), boleh tambah sedikit garam.
Masukkan sos tiram, gula perang, madu dan emping cili (chilli flakes). Gaul sebati dan matikan api.
Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul rasa bersama sos.
Angkat dan sedia untuk dinikmati.

TIP: Untuk rasa ayam yang lebih sedap, boleh tabur keju parmesan, emping cili dan parsli.

SELAMAT MENCUBA!

 

Kredit resipi & foto: Aznida Aziz

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nadzirah Rashid