Sedapnya Kuetiau Sup ala Kopitiam ni. Nak masak pun sangat mudah. Kalau nak tahu, selain dinikmati bersama kuetiau, anda juga boleh menggantikan dengan bihun, suhun atau mi. Memang sedap dan layan habis! Resipi yang dikongsi oleh saudari Cik Puan Zee ini sesuai dijadikan sajian keluarga pada bila-bila masa. Pasti kena dengan selera. Jadi selamat mencuba!
RESIPI KUETIAU SUP ALA KOPITIAM YANG SEDAP & MUDAH MASAK
BAHAN-BAHAN:
2 labu bawang putih – dicincang
1 cawan minyak masak
3 ketul dada ayam
2 kiub pati ayam – beli online disini
2-3 keping kek ikan
1 mangkuk bebola ikan
Minyak bijan – beli online disini
Air untuk merebus secukupnya
Garam secukup rasa
Kuetiau – cuci sekejap dengan air panas
Sawi pak choy – dicelur
Cili padi – dipotong
Kicap manis/masin secukupnya – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan minyak bawang putih, panaskan minyak masak guna api kecil dan goreng bawang putih cincang hingga keperangan. Ketepikan.
2. Bilas kuetiau menggunakan air panas untuk membuang minyak yang melekat pada mi.
2. Untuk membuat kuah sup, masukkan air dan kepingan ayam ke dalam periuk yang bersesuaian. Renehkan sehingga ayam masak. Angkat ayam sahaja dan ketepikan.
3. Masukkan hirisan kek ikan, bebola ikan dan kiub pati ayam ke dalam periuk tadi. 4. Titiskan minyak bijan dengan secukupnya dan perasakan kuah dengan memasukkan garam dengan secukup rasa.
5. Masak kuah dan biarkan sehingga mendidih. Siap.
6. Carik isi ayam yang direbus tadi halus-halus.
4. Untuk melengkapkan rasa, campurkan cili padi potong bersama kicap. Sebatikan. Hidangkan Kuetiau Sup bersama sambal kicap, isi ayam carik dan minyak bawang putih.
Kredit resipi & foto: Cik Puan Zee
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official