Masak Sendiri Mac & Cheese Sedap Tanpa Guna Sos Dalam Tin

Share

Anda dan keluarga suka makan Mac & Cheese? Nah…Resipi homemade yang sangat mudah perkongsian saudari Noratiqah Nordin ni antara yang boleh dicuba. Masak je sendiri guna resipi ni. Persis sajian dari restoran. Pasti puas hati dengan rasanya. Istimewanya ia tidak menggunakan sos pasta segera yang dijual di pasaraya. Wow…Pastinya lebih enak ni. Jom cuba!

 

RESIPI MAC & CHEESE SEDAP

BAHAN-BAHAN:

3 cawan makaroni beli online disini


Air secukupnya untuk rebus makaroni
Sedikit minyak untuk rebus makaroni
3 keping keju
1 cawan serbuk keju (cheese powder) beli online disini
1 sudu parsley beli online disini
1 sudu basil beli online disini
1 sudu oregano beli online disini
3 cawan susu segar
Keju mozzarella – jika mahu rasa lebih sedap

CARA MEMASAK:
1.Rebus makaroni dengan air secukupnya dan juga minyak.

2. Masak hingga makaroni kembang begini.

3. Dalam kuali, masukkan susu segar.

4. Kemudian masukkan kepingan keju.

5. Masukkan pula serbuk keju (cheese powder). Ini rahsia kesedapan makaroni cheese.

6. Seterusnya masukkan herba parsley, basil dan oregano. Sebatikan.

7. Akhir sekali, masuk makaroni yang sudah direbus

tadi.

8. Gaul-gaul makaroni hingga sebati dan bersalut dengan sos. Makaroni Cheese siap untuk dinikmati. Jika mahukan kuah yang banyak, lebihkan susu.

9. Jika mahukan rasa Makaroni Cheese yang lebih mantap, tambahkan parutan keju mozzarella. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Noratiqah Nordin

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Nur