Kenapa perlu bazirkan duit hingga beratus ringgit makan Nasi Arab di restoran atau oder online kalau anda boleh sediakan sendiri di rumah dengan cara paling simple dan sedap ikut selera anda sekeluarga. Bukankah cara ini lebih jimat sesuai dengan musim pendemik civid di mana kita semua tak perlu keluar rumah tanpa ada keperluan. Untuk resipi mudah itu, ini dikongsikan resipinya, mungkin anda boleh cuba hari ini atau esok.
NASI ARAB
BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras Basmathi | rendam dengan sedikit garam
2 paha ayam atas & bawah | rebus dengan rempah sup bunjut & simpan 3 cawan air rebusan
BAHAN PERAPAN AYAM:
1 biji bawang besar | kisar
3ulas bawang putih | kisar
1 inci halia | kisar
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil yogurt
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar madu | jika tiada guna gula melaka atau putih
BAHAN MASAK NASI:
1/2 biji bawang besar | kisar
2 ulas bawang putih | kisar
1 inci halia | kisar
1/2 bawang mesar | hiris
1 biji tomato | potong dadu
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 biji cili hijau
2 sudu makan mentega/ marjerin untuk menumis
1 sudu makan minyak masak
1 genggam daun ketumbar | cincang kasar
1 kiub pati ayam
Sedikit pewarna kuning/oren
CARA MEMBUAT:
- Untuk menyediakan ayam, rebus ayam dengan sup bunjut separuh masak. Simpan air rebusan dalam 3 cawan. Ketepikan.
- Cucuk-cucuk ayam dengan garpu kemudian gaulkan ayam dengan bahan perapan dan perap selama 30 minit.
- Selepas diperap boleh digoreng atau dibakar hingga masak. Jika bakar gunakan suhu 200C menggunakan api atas bawah lebih kurang 30 minit.
- Seterusnya cara sediakan nasi: Toskan beras yang direndam dan ketepikan.
- Panaskan kuali, masukkan mentega/marjerin dan minyak. Tumis rempah penumis.
- Setelah wangi masukkan hirisan bawang, kacau seketika masukkan pula bahan kisar.
- Tumis hingga pecah minyak, masukkan tomato dikuti serbuk lada hitam, ketumbar dan jintan manis dan putih. Gaul rata dan tambah sedikit air jika terlalu kering.
- Selepas 3-5 minit, masukkan cili hijau serta air rebusan ayam 2 1/2 cawan.
- Masukkan beras dalam periuk nasi dan tuangkan air tumisan tadi ke dalamnya, gaul rata, masukkan kiub pati ayam dan sedikit garam. Tabur daun ketumbar, tutup periuk dan masak macam biasa.
- Bila nasi sudah masak, titiskan pewarna kuning/oren dalam nasi, tutup semula periuk, bila nak makan baru gemburkan nasi dengan garpu perlahan-lahan. Elak nasi dari patah-patah.
- Nasi sedia dihidangkan bersama ayam yang dipanggang atau goreng tadi. Untuk hidangkan lengkap tambahkan salad dan sambal cilinya sekali.
INFO:
SUKATAN AIR UNTUK MASAK BERAS BASMATHI: 1 cawan beras = 1 dan 1/4 atau 1/2 cawan. Jangan lebih. Tak kisahlah air itu dicampur santan atau susu cair. Dalam resipi ini digunakan air rebusan ayam sahaja.
SAMBAL CILI: 3 biji cili merah + 5 biji cili padi+1 biji tomato +1 sudu makan jus lemon + edikit daun ketumbar + sedikit garam dan gula.Campurkan semua bahan ini dalam pengisar dan kisar, kemudian perasakan dengan sedikit garam dan gula.
UNTUK SALAD: 1/2 batang timun dipotong dadu + 2 biji tomato + beberapa helai daun salad (sebarang salad) hiris kasar + sedikit daun ketumbar cincang halus + 2-3 sudu makan yougrt/ moyones + 1 sudu makan jus lemon + sedikit garam halus dan guna. Campur semua bahan ini dalam mangkuk dan gaul rata. Sedia dihidangkan.
OLEH KHAIRUNNISA MOHAMMAD
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI