Nasi Ulam, Hujung minggu ni teringin makan Nasi Ulam dengan lauk pauk kampung, korang boleh je masak sendiri kerana sekarang bahan-bahan mentah senang je nak dapat nak-nak hari Sabtu, banyaka pasar tadi yang menjual pelbagai sayur kampung, ikan dan daging segar yang boleh korang jadikan menu Nasi Ulam dengan dua tiga jenis lauknya. Alang-alang masak lebih, bolehlah jemput tetamu datang makan tengahari atau malam di hujung minggu ni. Untuk resipi jangaan risau ada dikongsikan di sini.
NASI ULAM
BAHAN-BAHAN:
4 mangkuk nasi putih
1 potong ikan masin Tenggiri | goreng dan kisar kasar
1 biji bawang besar | mayang halus
1 batang bunga kantan | mayang halus
2 batang serai | mayang halus
1 sudu makan lada hitam | kisar halus
2 sudu makan kerisik
Garam secukup rasa
BAHAN ULAM ULAMAN DIMAYANG HALUS:
Ads
Sedikit ulam Raja
Sedikit daun Selom
Sedikit pucuk Gajus
Sedikit daun Mengkudu
Sedikit daun Limau Purut
Sedikit daun Kesum
Sedikit daun Pegaga
Sedikit daun Kaduk
CARA MEMASAK:
1. Masukkan nasi dalam mangkuk besar, kemudian taburkan isi ikan masin yang dikisar kasar bersama lada hitam dan kerisik. Gaul rata.
2. Kemudian masukkan pula hirisan bawang, serai, bunga kantan, serta hirisan ulam-ulaman, gaul rata dan perasakan dengan sedikit garam jika kurang masin.
3. Setelah siap, Nasi Ulam sedia dihidangkan.
DAGING PASAMAH
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging batang pinang | hiris
1 sudu makan serbuk kas-kas
3 sudu makan rempah daging
Rempah penumis | kulit kayu manis, bunga lawing & buah pelaga
1 keping Gula Melaka
2 sudu makan kerisik
2 biji bawang besar | belah 4
Garam dan gula secukup rasa
5 sudu makan minyak masak
BAHAN GORENG DAN KISAR:
6 tangkai cili kering
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi .
2. Kemudian masukkan rempah kari dan serbuk kas-kas yang dibancuh dengan sedikit air, tumis hingga pecah minyak.
3. Seterusnya masukkan daging, kacau rata dan tambah sedikit air. Biarkan mereneh hingga daging empuk.
4. Apabila kuah agak kering masukkan kentang pula
5. Setelah kuah pekat masukkan pula kerisik, Gula Melaka, bawang besar.
6. Perasakan dengan garam dan sedikit lagi gula secukup rasa.
7. Kecilkan api dan biarkan mereneh 2-3 minit lagi baru tutup api.
8. Daging sedia dihidangkan.
IKAN BAWAL MAS MASAK CUKA
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan Bawal Emas | bersihkan dan potong 3
2-3 sudu makan cuka makan
1 sudu teh biji sawi
1/2 sudu teh serbuk kunyit
10cbiji cili padi | belah tidak putus
5-6 ulas bawang merah | buang kulit dan biarkan sebiji-sebiji
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis
BAHAN HIRIS DAN TUMIS:
Ads
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 cm halia
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Sementara itu, gaulkan ikan bersama sedikit garam halus dan serbuk kunyit.
3. Goreng ikan hingga masak, angkat dan ketepikan.
4. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
5. Tumis halia, kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih.
6. Tumis hingga naik bau, kemudian masukkan pula biji sawi,cili padi, bawang merah biji, serbuk kunyit, cuka dan sedikit air. Kacau sektika.
7. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa sebelum masukkan ikan.
8. Gaul rata dan tutup api
9. Ikan Masak Cuka sedia dihidangkan.
KERABU TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
2 -3 biji telur masin | rebus dan buang kulit
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
1 sudu teh sos ikan
1 biji cili merah | hiris
3 biji cili padi | hiris
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN DADU HALUS:
Ads
1/2 batang timun Jepun
1/2 batang lobak merah
1/2 bawang besar
Sedikit hirisan daun ketumbar atau daun kesum
CARA MEMASAK:
1. Campurkan sos ikan, jus limau nipis, garam dan gula dalam mangkuk kecil.
2. Kacau rata secukup rasa.Kemudian campurkan bancuhan sos ini ke dalam mangkuk bahan hirisan. Gaul rata lagi sehingga secukup rasa.
3. Setelah itu, masukkan bahan kerabu di atas piring.
4. Diikuti dengan hirisan telur masin di atasnya dan tuang lebihan isi kerabu di atasnya.
5. Kerabu Telur Masin sedia dihidangkan.
–
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Bila masuk aje bulan puasa ni, menu bubur lambuk memang dicari. Bagi warga kota KL ni ada yang sanggup yang sanggup beratur panjang kat Masjid Kampung Baru yang cukup terkenal dengan bubuk lambuknya yang sedap, dan yang bestnya percuma pulak tu.
Bubur lambuk ni resipinya ada macam-macam versi . Jika di Terengganu banyak sayur ulam di dalamnya tetapi di Selangor dan KL ni bubur lambuk daging dan ayam lebih popular. Nak-nak kalau guna daging tetel memang terangkat lah rasanya.Ada macam-macam resipi, tapi Min rasa ni lebih mudah dan gerenti jadi.
Resipi perkongsian dari Jamal dan Asmahan via FB mahn (masak apa hari ini)
BUBUR LAMBUK
BAHAN-BAHAN :
2 mug beras | rendam dalam 20 minit
1/2kg daging | campur yang berlemak (daging tetel)
1 bungkus kecil rempah sup
250ml santan
3 sudu makan lada hitam
3 biji bawang merah | dikisar
8 ulas bawang putih | dikisar
1.5sm halia | dikisar
1kiub pati kiub lembu | jika suka
Kentang secukupnya | dipotong kiub
Lobak merah | dipotong kiub
Daun sup | untuk ditabur
Bawang goreng | untuk ditabur
CARA MEMASAK :
Pijarkan minyak dan tumis bawang-bawang dan halia hingga agak garing
Masukkan rempah sup, tumis hingga naik minyak dan masak.
Masukkan daging, gaul sebati dan masukkan beras.
Gorengkan beras seketika, dan masukkan air
Rebus beras sehingga nampak lembut.
Masukkan santan dan garam secukup rasa.
Masukkan lada hitam dan pati kiub lembu,Masukkan juga kentang dan lobak merah
Bila sayur dah lembut, taburkan daun sup dan bawang goreng
Siap untuk dihidang
Mudah dimasak, semua pun masuk dalam satu periuk aje. Boleh ulang makan banyak kali, kalu beli tapi ‘umat’ kat rumah tu ramai mana puas makan sekali aje kan. Jadi selamat mencuba, try sekarang nanti puasa boleh buat lagi.
Resipi apam kampung ni perlu kita jaga sebab ianya sejenis hidangan tradisional yang sedap dan disukai ramai. Kalau tak dijaga, bimbang nanti makin dilupakan. Apam yang dimasak gebu memang selalunya mencuit selera. Lagi-lagi kalau dimakan dengan kelapa parut. Lemak manis jadinya. Ini apam yang sangat basic. Nama pun kampung. Tapi kalau dah makan, memang teringat-ingat. Apam yang manis dimakan dengan kelapa parut masin, memang amat mengasyikkan.
APAM KAMPUNG
BAHAN-BAHAN
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
Sehelai daun pandan
1 1/2 cawan air
3 cawan tepung gandum
1/2 peket mauripan (mauripan + air setengah cawan kembangkan)
Kelapa parut putih + garam
CARA MEMBUAT
1. Masak gula merah, gula pasir, daun pandan bersama air 1 1/2 cawan tadi. Sejukkan.
2. Sediakan loyang, masukkan tepung, mauripan yg direndam tadi dan air gula yang disejukkan.
3. Kemudian bancuh rata. Perap 1 jam.
4. Panaskan pengukus sehingga air mendidih. Kukus adunan selama setengah jam. Siap.
5. Hidangkan dengan kelapa parut.
Ayam goreng Korea menu kegemaran anak-anak. Sangat sesuai untuk dimasak musim cuti sekolah ni. Puas hati dapat buat banyak-banyak untuk dimakan bersama keluarga.
Rupanya nak bagi rangup dan lebih sedap ada petuanya sendiri. Goreng dua kali jika nak bagi ayam rangup diluar dan berjus di dalam.
Bahan-bahan yang digunakan juga mudah untuk didapati. Guna sos yang dibeli di kedai Eco pun dah boleh buat menu ini menjadi sedap macam makan di restoran-restoran terkenal yang menjual hidangan seumpama ini.
Ayam Goreng Korea Sedap
BAHAN PERAPAN AYAM:
Ayam bahagian drummet atau wing
Tepung jagung
Tepung gandum
Bawang putih – tumbuk halus
Halia – tumbuk halus
Serbuk perasa
Minyak untuk menggoreng
BAHAN SOS:
Bawang putih – hiris halus
Serbuk cili
Sos Daebak Sweet Chili Sauce
Madu
Lemon
Bijan
CARA MEMASAK:
1.Ayam diperap selama 1/2 jam dengan halia Dan bawang putih yang dah ditumbuk halus. Tambahkan serbuk sedap GILER bagi mengantikan garam dan perasa. Setelah diperap, ayam digaul dalam bancuhan kering secawan tepung jagung yang digaul dengan 2 sudu tepung gandum.
2.Gaul ayam dengan tepung
Pastikan ayam disalut dengan tepung sepenuhnya.
Goreng ayam sehingga masak dan angkat. Rehatkan selama tiga minit.
Goreng ayam kali kedua sehingga garing.
sejukkan ayam dan ketepikan.
CARA BUAT SOS:
1.Tiga ulas bawang putih di hiris halus dan ditumis hingga keperangan. Masukkan sedikit air dan masukkan sesudu serbuk cili. Gaul rata.
Masukkan dua paket sos Daebak Sweet Chili Sauce.
Tambahkan 1 sudu besar madu dan perahkan sedikit lemon. Kacau sebati.
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira