Sedapnya Takoyakihomemade ni! Street food dari Jepun yang kini menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Tepi-tepi jalan pun ada gerai jual snek ni. Bagi anda yang gemar makan Takoyaki, saudari Norliza Razali bermurah hati berkongsi resipi Takoyaki yang boleh anda cuba hasilkan sendiri di rumah. Ini bukan sebarang resipi tau. Ini adalah resipi yang beliau guna sepanjang 9 tahun menjual snek enak ini. Moga perkongsian ini bermanfaat buat semua.
CARA MEMASAK: 1.Campurkan semua bahan-bahan tepung dalam bekas besar. Kacau dan sebatikan dengan whisk sampai semua larut. Tutup dan simpan dalam peti sejuk selama 1/2 jam. 2. Panaskan acuan takoyaki (dapatkan ACUAN TAKOYAKI disini) dan sapukan minyak masak di setiap lubang. 3. Tuang adunan tepung dalam lubang acuan hingga 3/4 penuh. 4. Letakkan inti sotong, udang, crab stick atau sosej di setiap lubang.
Ads
5. Taburkan hirisan lobak merah, daun bawang dan kubis dengan secukupnya. 6. Tuangkan lagi adunan tepung sampai agak-agak nak melimpah. 7. Pusingkan bebola Takoyaki sampai dapat bentuk bebola (adunan yang berlebih-lebih tu sumbat-sumbat masuk dalam lubang acuan)
8. Pusing dan teruskan pusing bebola Takoyaki sampai mendapat bentuk bulat. 9. Renjiskan minyak masak di celah acuan dari semasa ke semasa. Teruskan sampai nampak garing 10. Angkat takoyaki ke pinggan hidangan. 11. Untuk sos, campur semua bahan dalam periuk. Kacau sebati dan panaskan atas api sederhana hingga mendidih dan pekat. 12. Angkat, tambahkan madu dan gaul rata. 13. Bila sejuk masukkan sos ke dalam botol untuk mudah diratakan atas Takoyaki nanti. 14. Picit sos, mayones di atas Takoyaki dan taburkan bonito flakes dengan secukupnya.
15. Takoyaki homemade paling sedap sedia untuk dinikmati.
Sedapnya tengok hidangan laksa nyonya ni ye. Bukan main lagi terliur tengok banyak lauk sampingan.
Nak masak pun mudah je. Boleh cuba dengan resipi yang dikongsikan oleh Nazri Mat Zain ini.
LAKSA NYONYA
BAHAN-BAHAN:
3 biji bawang besar* 4 ulas bawang putih* 10 tangkai cili kering* 6 biji cili merah besar* ½ inci lengkuas* ½ inci halia* 4 biji kunyit hidup* 4 @5 biji buah keras* Minyak untuk menumis 2 batang serai | diketuk 2 kuntum bunga kantan | belah 4 Daun kesom (dalam 50 sen) 1kg santan Air secukupnya 1 keping asam gelugur
1. Masukkan bahan bertanda * ke dalam pengisar. 2. Kisar sehingga semuanya sebati. 3. Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan yang dikisar tadi (minyak jangan terlampau banyak ye).
4. Semasa tumis tu, masukkan serai yang telah diketuk dan bunga kantan yang telah dibelah empat serta daun kesum. 5. Masak sehingga pecah minyak. Setelah pecah minyak, masukkan santan dan air.
6. Kepekatan kuah ikut citarasa sendiri. 7. Masukkan fishball, tauhu fook (tauhu yang selalu orang buat begedil tu) dan sekeping asam gelugur.
8. Tauhu fook dan fish ball tu agak-agaklah ye. Ni sebab saya buat dalam kuantiti yang banyak. 9. Masukkan garam, ajinomoto dan gula secukup rasa.
10. Apabila sudah mendidih, tutup api. Siap untuk dihidangkan. Kuah ni boleh makan dalam 8-10 orang. 11. Terpulang sama ada nak guna mee kuning atau bihun. Tapi pastikan dicelur dulu. 12. Bahan sampingan macam laksa biasa seperti daun salad, bawang besar, timun, cili api potong dan telur rebus.
Kita masih dalam bulan Syawal kan haa jadi mesti ramai lagi saudara-mara atau rakan-rakan yang akan beraya di rumah. Kastad Tiramisu ni sangat sesuai dijadikan sebagai pencuci mulut untuk dihidangkan kepada para tetamu. Ia sangat mudah untuk disediakan dan pastinya sedap! Cuba taw!
Antara Dessert yang paling disukai ramai adalah bubur dan pengat. Lagipun menu ini antara yang mudah disediakan dan sangat sedap. Apa kata korang cuba aneka bubur dan pengat yang RASA kongsikan ini.
BUBUR BARLI DAN KELEDEK
BAHAN-BAHAN:
100gm barli
200gm keledek yang dipotong dadu
250gm gula pasir atau secukup rasa
250gm santan
600gm air
1 helai daun pandan
1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
Rebus barli dan keledek hingga kembang dan empuk.
Setelah empuk masukkan gula, garam dan daun pandan.
Kacau sebentar kemudian masukkan santan pekat.
Apabila kuah telah menggeleggak dan agak pekat, tutup api dan sedia untuk dihidang.
BUBUR ANEKA UBI
BAHAN-BAHAN:
50gm keledek berwarna oren yang dipotong dadu
50gm ubi keledek kuning yang dipotong dadu
50gm ubi kayu yang dipotong dadu
50gm ubi keladi yang dipotong dadu
250gm gula pasir atau secukup rasa
250gm santan
650gm air
1 helai daun pandan | simpul
1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
Rebus keledek, ubi kayu dan keladi hingga kembang dan empuk.
Setelah empuk masukkan gula, garam dan daun pandan.
Kacau sebentar, kemudian masukkan santan pekat.
Apabila kuah telah menggelegak dan agak pekat.
Tutup api dan sedia untuk dihidang.
BUBUR BUTIR NANGKA
BAHAN-BAHAN:
100gm tepung pulut
1-2 titis pewarna merah
1-2 titis pewarna hijau
1-2 titis pewarna kuning
250gm gula pasir atau secukup rasa
250gm santan
400gm air | kuah santan
600gm air | untuk rebus butir nangka
1 helai daun pandan |simpul
1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
Jerang air di dalam periuk hingga menggelegak.
Untuk membuat butir nangka; gaulkan tepung pulut bersama garam dan sedikit air.
Gaul hingga menjadi seperti doh.
Bahagikan kepada tiga bahagian dan titiskan pewarna kepada setiap bahagian. Gaul hingga warna sekata dan bentuk seperti butir nangka.
Masukkan butir-butir nangka tadi ke dalam air yg telah menggelegak. Tunggu sehingga butir nangka itu timbul barulah diangkat.
Redam butir nangka yang telah masak di dalam air sejuk supaya tidak melekat. Ketepikan.
Untuk kuahnya pula; rebus air sebanyak 400gm hingga menggelegak.
Kemudian masukkan butir nangka, gula, garam dan daun pandan. Kacau sebentar kemudian masukkan santan pekat.
Apabila kuah telah menggeleggak dan agak pekat, tutup api dan sedia untuk dihidang.
PENGAT PISANG CAMPUR MI SIPUT
BAHAN-BAHAN:
2 biji pisang nangka | bentuk bunga
1 keping mi siput
100gm gula pasir atau secukup rasa
50gm gula merah/melaka
250gm santan
650gm air
1 helai daun pandan
1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
Rebus mi siput sehingga agak kembang, kemudian masukkan pisang.
Biar ia mereneh sebentar kemudian masukkan gula, gula merah/Melaka, garam dan daun pandan.
Kacau sebentar kemudian masukkan santan pekat.
Apabila kuah telah menggelegak dan agak pekat, tutup api dan sedia untuk dihidang.
BUBUR ANAK LEBAH
BAHAN-BAHAN:
100gm tepung gandum
100gm pulut | rendam selama 1 jam, tos airnya
1-2 titis pewarna hijau
1-2 titis pewarna merah
100gm gula pasir atau secukup rasa
250gm santan
600gm air
1 helai daun pandan | simpul
1 sudu sudu teh garam
CARA MEMASAK:
Jerang air di dalam periuk hingga menggelegak.
Sementara itu, untuk membuat anak lebah; gaulkan tepung gandum bersama garam dan sedikit air.
Gaul hingga menjadi seperti doh.
Cubit sedikit doh tadi dan gentel-gentel masukkan ke dalam air yang telah menggelegak. Buatlah sehingga habis.
Tunggu sehingga tepung itu timbul dan terapung di permukaan air. Setelah itu masukkan gula, 1/2 sudu teh garam dan daun pandan.
Kacau sebentar kemudian masukkan santan pekat. Apabila kuah telah menggeleggak dan agak pekat, tutup api. Ketepikan.
Gaulkan garam pada pulut kemudian bahagikan kepada dua bahagian.Titiskan pewarna merah dan hijau. Gaulkan rata dan kukus sehinga pulut masak.
Apabila sejuk bolehlah dibentuk dan dicurahkkan sekali bersama kuah santan yang telah dimasak tadi.
Sedia untuk dihidangkan.
BUBUR BUAH DELIMA
BAHAN-BAHAN:
100gm biji buah delima
250gm santan pekat
450gm air
100gm gula atau secukup rasa
1 1/2 sudu teh tepung jagung
1/2 sudu teh garam
1 helai daun pandan | simpul
CARA MEMASAK:
Jerang air sehingga mendidih, masukkan biji delima, masaklah sehingga biji delima timbul. Angkat dan disejukkan. Ketepikan.’
Di dalam periuk satukan santan, air, gula, garam, tepung jagung dan daun pandan.
Kacau sehingga sebati kemudian hidupkan api. Kacau senantiasa sehingga kuah agak pekat, tutupkan api.
Setelah itu bolehlah dihidangkan dengan meletakkan santan dahulu di dalam bekas bubur kemudian barulah diletakkan biji delima utnuk mendapatkan rupa yang menarik.
BUBUR SOM-SOM
BAHAN-BAHAN:
100gm tepung beras
1/2 sudu teh garam
1 cawan santan pekat
1 1/2 cawan air
50gm gula merah/melaka
50gm gula pasir
CARA MEMASAK:
Di dalam periuk, renehkan air bersama gula melaka dan gula pasir sehingga agak pekat. Ketepikan.
Di dalam kuali kacau tepung beras, santan, air dan garam. Kacau hingga sebati dan beras tidak berketul.
Kemudian hidupkan api, kacau hingga tepung menjadi kental.
Masukkan ke dalam acuan yang sesuai untuk membentuknya, apabila sejuk bolehlah dihidangkan bersama air gula.
BUBUR JAGUNG DAN KIDNEY BEANS
BAHAN-BAHAN:
1 tongkol jagung manis | dihiris
100gm kidney beans |rebus hingga empuk
100gm gula pasir atau secukup rasa
250gm santan
400gm air
1 helai daun pandan | simpul
1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
Rebus rebus biji jagung lebih kurang 15 minit untuk mengeluarkan rasa jagung.
Kemudian masukkan kidney beans yang telah direbus
Setelah itu masukkan gula, garam dan daun pandan. Kacau sebentar kemudian masukkan santan pekat.
Apabila kuah telah menggeleggak dan agak pekat, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
BUBUR BEBOLA PULUT BERSAGU BERSAMA KELADI
BAHAN BEBOLA PULUT:
10gm tepung pulut
50gm kelapa parut
30gm gula merah/melaka
Sedikit air
Garam secukup rasa
1 sudu makan minyak masak
1 sudu teh tepung jagung
BAHAN UNTUK DOH:
1 helai daun pandan
100gm keladi yang dipotong dadu serta direbus
1/2 sudu teh garam
UNTUK KUAH:
250gm santan pekat
100gm gula pasir
50gm sagu mata ikan yang telah dibasuh dan ditoskan airnya
650ml air untuk merebus
CARA MEMASAK:
Untuk membuat inti kelapa; Campurkan kelapa parut, minyak masak, air sebanyak satu cawan, gula merah/melaka, daun pandan dan tepung jagung di dalam kuali dan kacau.
Kemudian hidupkan api masaklah sehingga kering. Sejukkan dan ketepikan.
Untuk membuat doh; Di dalam periuk, jerang air bersama daun pandan sehingga mendidih. Kemudian gaulkan tepung pulut bersama 1/2 sudu teh garam dan sedikit air.
Bancuh sehingga tidak melekat pada tangan dan boleh membentuk doh.
Ambil secubit tepung pulut sebesar duit syiling 0.50 sen, bentukkan bulat dan leperkan.
Masukkan inti kelapa yang telah disejukkan tadi, bentukkan bulat semula.
Didihkan air di dalam periuk, kemudian masukkan bebola pulut tersebut ke dalam air yang mendidih. Masak sehingga bebola pulut timbul di permukaan. Buatlah sehingga habis ke semua adunan tadi.
Untuk membuat kuah; Satukan keladi, gula, garam, santan pekat dan sagu mata ikan dalam satu periuk.
Masaklah sehingga kuah agak memekat.
Siap untuk dihidangkan.
BUBUR LABU DAN CHA-CHA
BAHAN-BAHAN:
100gm cha-cha
100gm labu yang telah dipotong
100gm gula pasir atau secukup rasa
50gm gula merah/melaka
250gm santan
600am air
1 helai daun pandan
1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
Rebus cha-cha sehingga agak kembang, kemudian masukkan labu. Masaklah sehingga empuk.
Setelah empuk masukkan gula, gula merah garam dan daun pandan.
Kacau sebentar kemudian masukkan santan pekat.
Apabila kuah telah menggelegak dan agak pekat, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
ASAM GUMPAL
BAHAN-BAHAN:
UNTUK INTI ASAM GUMPAL:
100gm kacang hijau
1 keping gula melaka
1 liter air
BAHAN SAGU MATA IKAN:
100gm biji sagu
2 1/2 cawan air suam
BAHAN UNTUK KUAH:
250gm santan pekat
2 cm halia yang dihiris halus
1/2 sudu teh halba
1/2 sudu teh garam
1 biji bawang merah yang dihiris
CARA MEMASAK:
Untuk membuat inti; Rebus kacang hijau hingga empuk masukkan gula melaka masaklah sehingga menjadi pes kacang hijau. Ketepikan.
Seterusnya gaulkan sagu mata ikan bersama 1/2 cawan air suam, bentukkan sagu mata ikan di tapak tangan. Masukkan inti dan bentukkan bulat.
Buatlah sehingga selesai. Kukus selama 20-30 minit atau sehingga masak.
Untuk kuahnya; Di dalam periuk masaklah santan bersama dua cawan air, halba, halia, bawang merah dan garam.
Apabila mendidih masukkan asam gumpal yang telah dikukus tadi.
Masaklah sehingga kuah agak memekat.
Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
BUBUR NANGKA BERSAGU DAN KELADI
BAHAN-BAHAN:
200gm keledek |potong dadu
200gm keladi |potong dadu
4-5 biji isi nangka |carik kasar
50gm sagu mata ikan |basuh dan ditoskan airnya
250gm gula pasir atau secukup rasa
250gm santan
600gm air
1 helai daun pandan
1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
Rebus keladi hingga empuk. Setelah empuk masukkan gula, garam dan daun pandan. Kacau sebentar kemudian masukkan santan pekat.
Apabila kuah telah menggelegak dan agak pekat, masukkan isi nangka dan kacau perlahan. Biar mereneh seketika dan tutup api.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.