Masak Sendiri Udang Goreng Ala Thai Yang Sedap & Mudah Ni.

Share

Penggemar makanan laut mesti suka Udang Goreng Ala Thai ni, Menu ni ringkas tapi sedap, korang hanya ambil tidak sampai 15 minit untuk menyediakan memasaknya. Tak pro pun boleh buat ye, apa tunggu lagi, korang boleh cuba menu ni.


UDANG GORENG ALA THAI
BAHAN-BAHAN:

  • 250gm udang saiz XL | buang kulit
  • 1/2 cawan tepung goreng ayam
  • 1 sudu teh pati ayam
  • 6 ulas bawang putih | cincang
  • 2 biji cili merah | cincang
  • 1 sudu makan chili flakes
  • 1/2 cawan daun ketumbar | hiris halus
  • Sedikit daun bawang | hiris halus
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis

CARA MEMASAK :

  1. Panaskan minyak goreng udang hingga bertukar warna kemerahan. Angkat dan toskan.
  2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
  3. Masukkan cili merah dan Chilis Flakes, kacau rata hingga pecah minyak.
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  5. Lengkapkan rasa dengan serbuk pati ayam.
  6. Kecilkan api, masukkan udang yang telah digoreng bersama daun ketumbar dan daun bawang. Tutup api dan kacau rata.
Published by
Norasida Myasin