Sedapnya Mee Wantan Kicap ni. Ia merupakan salah satu hidangan mi ringkas yang membangkitkan selera dan menjadi kegemaran ramai. Penyediaannya cukup mudah dan ringkas namun rasanya sangat memukau. Dihidangkan pula bersama sup dan kicap cili. Fuhhh….Memang sangat sempurna dan mengenyangkan. Nak cuba? Saudari Sue Abdullah ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba.
BAHAN SUP: Bebola ikan Kek ikan Tauhu pok /tauhu kering Serbuk lada sulah – beli online disini Serbuk pati ayam – beli online disini Minyak bawang putih Air secukupnya
Ads
BAHAN MINYAK BAWANG PUTIH: 1 labu bawang putih – potong halus – beli online disini 1 cawan minyak masak
BAHAN SAMPINGAN: Cili padi potong Kicap cair Sawi- dicelur
CARA MEMASAK:
1. Didihkan air dengan minyak dan sedikit garam.Bila air sudah mendidih, masukkan mee wantan satu persatu (segulung demi segulung) dan tapiskan.
2. Dalam pinggan lain, gaulkan mee wantan yang telah dicelur tadi dengan kicap pekat, kicap cair, kicap manis dan minyak bijan. Ulang bahan dan langkah yang sama untuk rebusan mee wantan yang lain.
3. Untuk menyediakan sup, masukkan air secukupnya ke dalam periuk. 4. Tambahkan hirisan bebola, kek ikan dan tauhu kering. Perasakan dengan serbuk lada sulah, serbuk pati ayam dan minyak bawang putih dengan secukupnya. Biarkan mendidih. Padamkan api.
5. Untuk membuat Kicap Cili, cili padi potong halus dan dicampurkan bersama kicap cair.
6. Untuk sawi celur pula, guna sawi jenis tidak pahit supaya rasanya lebih enak. Boleh guna (Pak Choy)
7. Untuk menyediakan minyak bawang putih, satukan minyak masak dan bawang putih di dalam kuali. Goreng guna api perlahan hingga garing.
8. Untuk menghidang, masukkan mee wantan ke dalam mangkuk, tambahkan sayur, sup dan bahan-bahan lain. Sedia untuk dinikmati.
Menu cepat dan murah disediakan bila kita tengah lapar. Sesuai untuk sarapan pagi atau makan malam.
TELUR HANCUR
BAHAN-BAHAN:
Telur
Bawang merah-dihiris
Bawang putih-dihiris
Cili merah-dihiris
Cili hijau-dihiris
Kubis bunga-potong kecil
Garam
Gula
Serbuk kunyit
Serbuk perasa/kiub pati ayam
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan-bahan seperti sedikit bawang merah, cili merah, cili hijau, kubis bunga dengan telur. Agak-agak berapa banyak telur bersalut dengan bahan-bahan lain.
2. Perasakan dengan garam, gula, sedikit serbuk kunyit dan serbuk perasa.
3. Tumiskan bawang putih dan merah sehingga agak garing. Angkat dan ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak. Masukkan telur yang sudah disatukan dengan bahan-bahan lain ke dalam kuali. Goreng sampai telur sebati.
4. Selepas itu masukkan bawang yang digoreng tadi. Kacau sampai sebati.
INFO:
Jika suka boleh lebihkan bawang dan tukar cili besar ke cili padi untuk lebih pedas.
Spageti aglio olio boleh dijadikan pilihan untuk hidangan ketika mengadakan rumah terbuka. Ia boleh dimasak dalam kuantiti banyak dalam satu masa. Jimat masa dan tenaga kan?
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Nafsiah Rahim ini ye. Tiap orang ada cara tersendiri masak. Ini cara puan Nafsiah. Cubalah.
1) Mula-mula, rebuskan spageti bersama sesudu minyak masak. Rebus selama 7-8 minit dan tapiskan. Simpan sikit air rebusan tu untuk digunakan kemudian.
.2) Dalam kuali yang yang lain, masukkan minyak masak dan tumis bawang putih yang telah dihiris. Agak dah naik bau, baru saya letak cili kering yang telah dipotong. Saya letak lambat sikit takut hangit.
.3) Kemudian,masukkan udang, sotong dan sosej. Masak selama 1 minit. Lepas tu masukkan pula sedikit air rebusan spageti tadi.
.4) Seterusnya, masukkan serbuk cili flakes, serbuk lada hitam, serbuk oregano, keju dan kiub ayam. Masak seketika.
.5) Lepas tu bolehlah masukkan spageti, tomato ceri dan lada benggala. Gaul sehingga rata.
Okay dah siappp!! Bagi yang sukakan pedas, boleh ejas lebih sikit chili flakes dengan lada hitam tu.
Sesekali, selera kita pasti berubah-ubah kan? Asyik makan nasi, nak juga rasa makan pasta. Kali ini kami tampilkan resipi ringkas tapi bukan main sedap lagi iaitu Angel Hair Goreng Cili Padi. Kalau ikutkan, pasta memang tidak pedas. Tapi kita ubah sedikit untuk sesuaikan dengan cita rasa tempatan. Letak cili padilah baru syok!
ANGEL HAIR GORENG CILI PADI
BAHAN-BAHAN
2 sudu makan minyak masak| untuk menumis
5 ulas bawang putih | cencang halus
10 tangkai cili padi | tumbuk kasar
300 gram daging | hiris nipis
1 sudu makan sos tiram
1 peket pasta angel hair | celur dan toskan
1 batang lobak merah | parut kasar
¼ biji kobis | hiris halus
1 sudu teh MAGGI CUKUP RASA
1 sudu teh serbuk lada hitam
Lada sulah secukup rasa
Cencangan daun bawang – hiasan
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang putih sehingga wangi. Kemudian masukkan cili padi.
2. Masukkan hirisan daging dan sos tiram. Goreng sehingga daging masak.
3. Masukkan pasta angel hair dan gaul sebati.
4. Masukkan lobak merah dan kobis. Kaup-balikkan semua bahan sehingga sebati.
5. Tambah MAGGI CUKUP RASA, lada hitam dan lada sulah secukup rasa.
6. Tabur cencangan daun bawang sebagai hiasan.
* Selepas menggunakan MAGGI CUKUP RASA, anda tak perlu masukkan garam kerana segalanya sudah cukup dalam setiap penggunaan serbuk MAGGI CUKUP RASA. Senang, kan?
Nak tengok video masak Angel Hair Cili Padi? Jom tengok di sini.