Sedapnya Kengsom Siakap ni. Maklumlah sajian Thailand memang enak dan kena dengan cita rasa orang Malaysia. Masam, pedas dan cukup rencahnya menjadikan hidangan-hidangan dari sana cukup popular. Salah satu menu yang sedap dan unik yang wajib dicuba ialah Siakap Kengsom ni. Sedap! Siap ada kangkung lagi. Jom try resipi yang dicuba oleh saudari Nina Mahdar ni. Pertama kali cuba pun pasti puas hati.
RESIPI SIAKAP KENGSOM SEDAP
BAHAN-BAHAN: 1 ekor ikan siakap – bersihkan dan potong kecil Air secukupnya Air asam jawa secukup rasa – beli online disini 1 biji tomato – belah 6 1 biji limau nipis – ambil jus Nanas masak secukupnya Kangkung secukupnya
BAHAN KISAR: 3 tangkai cili merah – buang biji Beberapa biji cili api – ikut kepedasan yang diingini 1 sudu teh serbuk kunyit @ kunyit hidup – beli online disini 1 biji bawang merah besar – beli online disini 4 ulas bawang putih – beli online disini 1 batang serai 1 inci belacan – beli online disini 1 inci halia
CARA MEMASAK 1. Kisar bahan-bahan bertanda kisar kemudian masukkan ke dalam periuk.
2. Masukkan air diikuti serbuk kunyit. Kacau rata. Biarkan mendidih.
Ads
3. Seterusnya masukkan hirisan nanas.
4. Masak bahan tadi hingga mendidih kemudian tambahkan air asam jawa dengan secukupnya. 5. Seterusnya masukkan potongan ikan siakap dan juga tomato. Biar hingga masak.
6. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. 7. Akhir sekali, masukkan kangkung dan juga perahan jus limau nipis. Padam api dan sedia untuk dinikmati.
Sebut sahaja ayam tandoori, terbayang keenakan hidangan ini. Nyum!!! Andai ke kedai mamak untuk makan roti nan, hidangan ayam ini pastinya menjadi pilihan untuk digandingkan bersama. Memang sedap lebih-lebih lagi jika dimakan panas-panas. Kena pula dengan hirisan bawang serta sedikit perahan limau nipis, perghhh..memang padu! Jika dibeli, harganya pastinya agak mahal. Oleh itu, boleh cuba buat sendiri di rumah secara homemade. Lebih bersih dan boleh makan puas-puas.
BAHAN A:
4 keping paha ayam ( whole leg) | basuh, buang kulit & kelar kasar
2 sudu makan minyak masak
BAHAN B:
1 sudu teh serbuk cili
1/4 sudu teh garam
1 sudu makan jus limau nipis atau lemon
BAHAN C:
6 sudu teh yogurt asli ( pekat)
2 sudu teh campuran pes halia bawang putih | 5 ulas bawang putih dan 3cm halia yang dikisar lumat.
2 sudu teh serbuk cili
1/2 sudu teh garam masala
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/4 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh pewarna merah
CARA MEMASAK:
Satukan bahan B hingga sebati dan lumurkan pada ayam. Pastikan sapu rata pada kelaran dan isi ayam keseluruhan. Perap seketika.
2. Dalam bekas berlainan, campur semua bahan C. Pastikan campuran pekat sedikit dan jangan tambah air.
3. Lumur campuran bahan C pada ayam. Masukkan 2 sudu makan minyak masak. Perap semalaman ataupun paling kurang 4 jam sebelum dibakar.
Untuk membakar Ayam Tandoori, biasanya di kedai, ia akan dibakar di dalam tandoor ( dapur khas untuk membakar yang menyerupai tempayan besar). Jika tiada, boleh gunakan ketuhar. Caranya ialah:
Susun hirisan lobak merah atau saderi di permukaan dulang pembakar. Ia bertujuan ayam yang dibakar nanti tidak melekat pada dulang dan membina ruang diantara dulang dan isi ayam kerana ayamakan mengeluarkan air yang banyak sewaktu dibakar.
Bakar ayam tandoori tadi pada suhu 230C selama 25-30 minit.
Semasa membakar, selepas 20 minit pertama, periksa ketulan ayam dan sapukan sedikit minyak di permukaannya. Masa memasak mungkin berbeza bergantung kepada saiz ayam yang digunakan juga jenis ketuhar.
Sekiranya ada pemanggang, setelah ayam masak bolehlah dipanggang seketika bagi mendapatkan kesan terbakar / hangus pada permukaan isi ayam tandoori.
Angkat, sedia untuk dinikmati mengikut citarasa masing-masing.
Info: Selain dinikmati bersama roti naan, ayam ini juga sesuai dihidangkan bersama nasi. Untuk memudahkan proses memasak, anda juga boleh hasilkan perapan lebih awal.
Gyeran Mari or Korean Omelette Roll ~ Telur dadar gulung ala Korea. Bahan-bahan nak buat ni tak banyak, cara nak membuatnya agak tricky dan kena hati-hati supaya gulungan telur terbentuk elok dan tak pecah. Bahan-bahan dalam gulungan telur ni boleh letak apa saja yang dirasakan sesuai. Kalau nak cuba buat, resipinya di bawah.
GYERAN MARI @ KOREAN OMELETTE ROLL Bahan-bahan: 8 biji telur – gred A 1 pokok daun bawang – cincang halus 1 biji cili merah – buang biji & cincang kecil 1 labu bawang besar – cincang halus 1 sudu teh lada sulah Garam secukup rasa
Cara memasak: 1.Di dalam mangkuk, pukul telur dengan garfu. 2. Masukkan semua bahan-bahan lain dan kacau sebati. 3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali (jika boleh guna kuali empat segi, saya guna magic pan). 4. Tuang sedikit bancuhan telur dan ratakan (nipis saja). Masak dengan api yang kecil (takut hangit) untuk seminit, gulung telur dadar dari bahagian hujung kuali, kemudian tarik ke depan dengan membiarkan sedikit dadar tidak bergulung. 5. Tambah bancuhan telur pada penghujung dadar yang tak bergulung tadi lalu masak setengah minit dan ulangi proses menggulung. 6. Lakukan proses yang sama berulang-kali hingga semua bahan habis dan bentukkan gulungan telur tadi menjadi persegi dan pastikan gulungan telur bergulung sempurna (guna 2 spatula untuk membentuk gulungan). 7. Angkat gulungan telur yang telah masak sempurna secara berhati-hati dan letakkan atas papan pemotong. Potong gulungan telur dengan pisau yang tajam mengikut ketebalan yang digemari. 8. Hidangkan panas. *Saya tambah cincangan bayam brazil dan parutan halus lobak merah dalam bancuhan telur. Kalau suka, boleh tambah parutan keju kegemaran, cincangan kecil sosej, salami atau apa saja yang difikirkan sesuai. Kredit : Sue M Arukin
Menu berasaskan daging sememangnya menjadi kesukaan ramai orang. Namun kalau tidak pandai memasaknya, daging akan rasa liat dan kurang enak. Masak daging perlu kreatif agar dagingnya terasa superb! Cuba 5 resipi ini dan nikmati keenakannya.
DAGING GORENG SOS TIRAM BERSAMA KACANG PIS
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Daging:
500gm daging ] hiris nipis
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1 sudu teh kicap
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung
Bahan Sos:
1 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan air rebusan stok ayam
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan gula
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung
Tumis:
4 ulas bawang putih ] cincang halus
1 biji bawang besar ] dadu kecil
3cm halia hiris halus memanjang
Bahan-Bahan Lain:
3 sudu makan minyak masak
400gm kacang pis ] bersihkan
1/2 biji cili benggala
Garam gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Untuk perapan daging, campurkan semua bahan, daging, garam, gula, kicap, tepung jagung, dan minyak bijan. Gaul rata dan perapkan lebih kurang 15-20 minit.
Untuk bahan sos: Campurkan kicap, stok ayam, sos tiram dan minyak bijan dalam mangkuk kecil dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan tumis hingga wangi.
Seterusnya masukkan daging yang diperap, kacau rata sehingga keperangan (lebih kurang 4-5 minit).
Kemudian masukkan kacang pis dan hirisan cili benggala, kacau hingga kacang layu (2-3 minit).
Tuangkan bahan sos dan kacau rata. Jika kurang masin, tambahkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali tutup api, angkat dan hidangkan panas-panas.
DAGING GORENG BABY KAILAN
BAHAN-BAHAN: Bahan Perapan Daging:
300gm daging ] hiris nipis
1 sudu teh kicap
2 sudu teh minyak sayur
1 sudu teh tepung jagung
Sedikit garam dan gula
Bahan Sos:
2 sudu makan air
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung
Bahan Tumis:
3 pokok anak kailan ] potong 3-4cm & celur angkat
2 sudu makan minyak
1 biji cili merah ] hiris serong
2 biji bawang merah ] hiris
6 ulas bawang putih ] cincang kasar
3 sudu minyak masak
Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan daging bersama semua bahan perapan ke dalam mangkuk. Gaul dan perap lebih kurang 30 minit.
Sambil itu sediakan sos. Di dalam mangkuk kecil campurkan semua bahan sos. Kacau rata dan ketepikan.
Panaskan air dalam periuk, kemudian celur anak kailan lebih kurang satu minit, angkat dan toskan.
Untuk menumis daging, panaskan sedikit minyak masak, Masukkan bawang putih, bawang merah hingga wangi.
Kemudian masukkan daging yang telah diperap tadi.
Gaul rata, sehingga daging masak dan bertukar warna keperangan.
Seterusnya, masukan hirisan cili dan kailan yang telah dicelur tadi, kacau seketika.
Masukkan sos yang telah disediakan tadi, sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan sedia dihidangkan.
BEBOLA DAGING SOS MENTEGA KEJU
BAHAN-BAHAN:
20 biji bebola daging
1 cawan susu cair
3 sudu makan mentega
2 keping keju
4 ulas bawang putih | cincang
1 biji bawang besar | cincang
2 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
1/2 biji cili benggala | hiris memanjang
6 biji cili padi | hiris
4 biji cendawan shitake |dadu kecil
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng bebola daging
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, goreng bebola daging hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
2. Gunakan kuali lain, tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan.
3. Kemudian masukkan cendawan shitake, hirisan cili padi, cili benggala, daun kari.
4. Apabila naik aroma wangi masukkan susu cair, diikuti bebola daging yang telah digoreng.
5. Setelah mendidih, kecilkan api, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Sebelum tutup api masukkan keju dan kacau lagi seketika.
7. Bebola Daging Sos Mentega Keju sedia dihidangkan.
DAGING PAPRIKA CENDAWAN
BAHAN-BAHAN:
250gm daging | hiris, cuci dan tos
150gm cendawan shitake
1 biji cili merah | hiris
1 biji cili hijau |hiris
1sudu makan paprika
1 sudu makan sos tomato
1 sudu teh serbuk oregano
1 biji bawang besar |hiris
3 ulas bawang putih | cincang halus
2cm halia | hiris halus
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak | untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, kemudian tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga wangi.
2. Masukkan daging, kacau lagi hingga daging berubah warna.
3. Kemudian masukkan pula cendawan, sos tomato, hirisan cili merah dan hijau .
4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
5. Sebelum angkat taburkan serbuk oregano dan paprika.
Panaskan minyak, tumis semua bahan yang dikisar iaitu rempah kari, bawang besar, bawang putih, dan halia bersama-sama bunga lawang dan kayu manis hingga naik baunya atau hingga pecah minyak
Masukkan dua cawan air rebusan daging tadi dan air asam jawa.
Masukkan juga daging yang telah direbus tadi. Kemudian masukkan kentang yang dibelah empat. Biarkan kentang empuk seketika.
Kemudian Masukkan santan. Kecilkan api. Biarkan mendidih. Boleh tambah air jika suka kari daging yang agak cair.