Singgang Daging merupakan sajian tradisi orang Kelantan. Daging yang direbus dan dimasak bersama bahan-bahan yang serba ringkas sahaja namun kombinasi rasanya yang masam, masin dan sedikit pedas menjadikan hidangan ini sangat enak sekali. Selain daging singgang juga boleh dimasak menggunakan ikan atau ayam, namun sedikit berbeza dari segi bahan yang digunakan. Nak cuba masak Singgang Daging untuk keluarga? Saudari Tengku Syazwanieada kongsikan resipinya. Selamat mencuba.
RESEPI SINGGANG DAGING KELANTAN
BAHAN-BAHAN: 1 keping daging – hiris nipis 1 inci halia – hiris 1 inci lengkuas – hiris 1 biji bawang merah – hiris 2 ulas bawang putih – hiris 5-6 tangkai cili /lada kering – hiris/potong kecil – beli online disini 1 sudu teh biji ketumbar – tumbuk kasar – beli online disini 2 keping asam gelugur – beli online disini 1 sudu teh budu – jika tiada, boleh abaikan Garam dan perasa secukupnya Air secukupnya
Ads
CARA MEMASAK: 1. Daging ditumis bersama bahan-bahan hiris & bahan tumbuk terlebih dahulu tanpa dimasukkan air. (Proses ini dipanggil proses mati awas) agar rasa bahan masuk ke dalam daging. Ia penting dan rahsia kesedapan singgang.
2. Bila daging sudah kelihatan meresap sempurna, masukkan air dengan secukupnya dan juga asam keping. Rebus sampai daging empuk.
3. Bila daging sudah empuk dan lembut, masukkan budu, garam dan perasa dengan secukupnya. Budu membuatkan kuah singgang rasa lebih enak. Jika tiada, boleh abaikan. 4. Singgang Daging sedia untuk dinikmati.
Sos tomato antara sos yang sentiasa ada di rumah. Banyak masakan menggunakan sos ini dan apa yang menarik ia juga boleh dihasilkan sendiri secara homemade. Rasanya lebih asli kerana tiada penggunaan bahan kimia.
Bagi yang teringin merasai sos tomato homemade atau lebih gemar menggunakan bahan tanpa pengawet boleh cuba buat sendiri menggunakan panduan perkongsian Dr Maryam Aziz.
Sos tomato homemade
Sos tomato adalah antara bahan yang banyak sangat food additives. Jadi, ini pilihan mudah untuk buat sos tomato sendiri di rumah.
Bahan-bahan:
2kg tomato segar
Minyak zaitun
Garam
Gula kabung
Basil
Cuka putih
Tepung jagung (kalau nak pekat)
Cara-caranya:
1. Beli tomato yang dah ranum, lembik sedikit pun ok.
2. Rebus dalam 5 minit sampai kulitnya mengelupas
3. Lalukan bawah air sejuk dan buang kulitnya.
5. Kisar tomato sehingga hancur. Kemudian masukkan gula kabung, separuh bulatan.
6. Letak dalam 2 sudu olive oil, sedikit basil.
7. Masukkan secubit garam dan tambah dalam 3-4 sudu besar cuka. Masak sambil kacau selama 30 minit sehingga jadi separuh dari isi padu asal. Kalau masih rasa cair boleh tambah sesudu tepung jagung. Rasa dan adjust supaya cukup masin manis.
8. Separuh yang sudah masak akan bekukan untuk dijadikan perencah masakan. Separuh lagi dalam bekas kecil untuk dihabiskan dalam tempoh 1-2 minggu (letak dalam fridge).
Ayam antara menu mudah diolah dan tidak perlu dimasak lama dan boleh dipelbagaikan menu yang boleh dimakan bersama nasi impit, ketupat, lemang mahu pun aneka nasi bertumis seperti Nasi Briani atau Nasi Minyak. Untuk anda, berikut disertakan tiga lauk ayam sesuai dijadikan lauk raya untuk anda nikmati bersama ahli keluarga.
AYAM BRIANI BAHAN-BAHAN: 1 ekor ayam | potong sederhana dan bersihkan 2 biji tomato | belah empat 2 biji cili hijau | belah dua tak putus 2 biji cili merah | belah dua tak putus 5 sudu makan rempah beriani 5 sudu makan sos tomato 3 sudu makan puri tomato 3 sudu makan bawang goreng 1 tangkai daun ketumbar | hiris 1/2 cawan kismis 1 cawan susu cair Air | ikut keperluan Garam dan gula secukupnya 1 biji bawang besar | hiris 3 sudu makan minyak masak 2 sudu makan minyak sapi BAHAN KISAR: 6 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 3cm halia 4 biji cili hijau semua bahan dikisar 2 tangkai daun ketumbar | hiris
CARA MEMASAK:
Ayam dibersihkan dan digaul bersama kunyit dan garam.
Kemudian goreng setengah masak. Angkat dan ketepikan.
Menggunakana kuali lain,panaskan minyak masak bersama minyak sapi.
Tumis bawang besar dan bahan yang dikisar hingga wangi.
Masukkan rempah Beriani, sedikit air dan kacau sebati.
Kacau rata. Masukkan ayam dan susu cair sambil kacau hingga ayam masak.
Perasakan garam dan gula secukupnya.
Akhir sekali masukkan tomato, cili dan daun
Sedia dihidang.
AYAM KURMA BAHAN-BAHAN:
1kg ayam | potong sederhana dan bersihkan
4 cawan santan
4 sudu makan rempah kurma
2 sudu makan serbuk badam
1 sudu makan serbuk lada sulah
2 biji buah tomato | belah empat
2 biji kentang | belah empat
3 biji cili besar hijau dan merah| hiris serong besar
2 biji bawang besar | belah empat
1 biji lemon | ambil jus sahaja
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
2 sudu makan minyak sapi BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
6 kuntum buah pelaga BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
6 ulas buah keras
3cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak bersama minyak sapi dalam kuali.
Tumiskan rempah penumis, tumis hingga wangi.
Kemudian masukkan bahan kisar, kacau sehingga berbau harum dan kekuningan.
Setelah itu, masukkan pula rempah kurma yang dibancuh dengan sedikit air, dan kacau sehingga pecah minyak.
Masukkan ayam, kacau sebati dan biarkan ayam kecut dan masak.
Setelah itu, masukkan kentang serta santan, dan masaklah sehingga kentang empuk.
Kemudian masukkan jus lemon, serbuk lada sulah dan serbuk badam, kacau rata.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa,
Akhir sekali masukkan potongan bawang besar tomato serta cili besar tadi.
Apabila cukup rasa, tutup api dan kurma sedia dihidangkan.
AYAM MASAK KUZI BAHAN-BAHAN:
1 kg ayam | potong sederhana dan bersihkan
2 biji kentang | belah empat
2 sudu makan rempah kuzi
1/4 cawan buah kismis | goreng sekejap
1/4 cawan hirisan badam | goreng sekejap
5 biji bawang besar | hiris nipis dan goreng garing & kisar
1/2 cawan puri tomato
1/2 tin susu cair
2 cawan air | jika ingin berkuah boleh tambah
3 sudu makan minyak masak
2 sudu makan minyak sapi
Garam dan gula secukup rasa BAHAN KISAR:
10 biji bawang merah
5 biji bawang putih
1/2 inci halia
Sedikit safron BAHAN PERAPAN AYAM:
5 biji bawang merah | kisar
2 biji bawang putih | kisar
2cm halia |kisar
Sedikit Safron
2 sudu makan cuka
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan ayam yang telah dibersihkan dengan bahan perapan. Perap selama 30 minit.
2. Panaskan minyak dan goreng ayam (jangan terlalu garing), angkat dan ketepikan.
3. Menggunakan kuali lain, panaskan minyak yang dicampurkan dengan minyak sapi.
4. Tumiskan bahan kisar hingga naik bau, baru masukkan rempah kuzi.
5. Biarkan rempah naik minyak baru masukkan sos tomato di ikuti air dan susu. Kacau sebati,
6. Masukkan ayam yang telah di goreng tadi bersama kentang.
7. Setelah mereneh masukkan pula bawang besar yang telah digoreng dan ditumbuk.
8. Masukkan air tambahan jika perlu, garam serta gula secukupnya.
9. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Akhir sekali masukkan kismis dan badam tadi.
10. Tutup api bila sudah secukup rasa. Angkat dan hidangkan bersama nasi atau roti jala.
Masakan Melayu lama-lama sekarang ni dah jarang-jarang jumpa sekarang, tetapi percayalah soal rasa memang comfirm sedap. Jangan pandang pada rupa, cuba rasa dulu baru tahu. Kalau tak percaya cuba tiga menu yang RASA kongsikan ini, rasanya memanh sedap, nak masak pun senang, gerenti jadi punyalah.
.SAMBAL JERING BERDAGING BAHAN-BAHAN:
500gm jering tua | belah dua & buang kulit ari.
200gm daging | rebus dan hiris nipis
6 sudu makan pes cili kering
2 batang serai | titik
1 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
3 biji cili merah
4 ulas bawang putih
2cm halia muda
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, kemudian goreng jering separuh masak.
2. Titik jering yang telah digoreng. Ketepikan.
3. Seterusnya panaskan lebih kurang 4 sudu makan minyak, tumis bahan kisar bersama serai hingga wangi.
4. Masukkan pes cili kering dan terus kacau hingga tumisan pecah minyak.
5. Masukkan hirisan daging rebus bersama jering yang telah dititik tadi.Gaul rata seketika.
6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Setelah cukup rasa, titik api.
8. Sambal jering sedia dihidangkan.
.GULAI LEMAK DAGING BAKAR DAUN SELOM BAHAN-BAHAN:
500gm daging yang sudah dibakar | hiris nipis
500ml santan
200gm daun selom | celur dalam air mendidh dan toskan
1 keping asam gelugor
2 batang serai | titik
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
3cm kunyit hidup
15 biji cili padi
3 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
1. Masukkan santan bersama bahan kisar dalam periuk. Kacau rata.
2. Tambah dengan serai dan asam gelugor. Biarkan mereneh.
3. Seterusnya masukkan hirisan daging dan daun selom.
4. Biarkan terus mereneh lebih kurang 4-5 minit.
5. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Tutup api dan gulai sedia dihidangkan.
.SAMBAL TERUNG PIPIT BERSAMA DAGING
250gm terung pipit | buang tangkai
150gm hirisan daging rebus
1 sudu makan air asam jawa
3 sudu makan pes cili kering
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
10 biji cili padi
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng terung hingga berubah warna. Ketepikan.
2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
3. Tumiskan bahan kisar hingga wangi. Masukkan pes cili kering.
4. Kacau rata hingga pecah minyak.
5. Masukkan daging dan terung tadi, kacau lagi.
6. Kecilkan api, perasakan dengan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
7. Setelah cukup rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan.