Untitled design (55)

Seperti yang disiarkan dalam Astro Awani malam semalam DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Hj Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ada bertitah mengenai lauk kegemaran baginda Masak Taucu.

Masak Taucu Jadi Popular, Netizen Nak Merasa Lauk Kegemaran Yang di-Pertuan Agong

Jadi kalau ada yang teringin nak masak lauk pauk taucu bolehlah mencuba resipi yang min kongsikan ini. Tapi rasanya taklah sama dengan air tangan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar. Air tangan baginda tentulah lebih istimewa .

Namun keenakan tempias rasanya pastilah ada. Kalau nak tahu taucu adalah kacang soya yang telah direbus dan diperam. Digunakan sebagai rencah dan penyedap dalam masakan. Sebenarnya terdapat pelbagai variasi lagi lauk pauk sedap yang boleh masak menggunakan taucu ni.

Masak Taucu Jadi Popular, Netizen Nak Merasa Lauk Kegemaran Yang di-Pertuan Agong
  1. TAUCU TENGGIRI

Masak Taucu Jadi Popular, Netizen Nak Merasa Lauk Kegemaran Yang di-Pertuan Agong

BAHAN-BAHAN:

  • Ikan Tenggiri yang dah digoreng
  • 1 inci halia – dihiris
  • 4 biji bawang merah – dihiris
  • 1 biji bawang holland – dihiris
  • Lada besar – dihiris panjang
  • Cili api
  • Air ikut citarasa masing-masing

BAHAN PES ( GAUL SEBATI):

  • 3 sudu makan taucu
  • 6 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu makan serbuk kari ikan
  • 2 sudu makan sos tomato

CARA MEMASAK:

Ads
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, halia dan bawang putih hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan bancuhan taucu dan air. Biarkan mendidih sedikit.
  3. Seterusnya masukkan ikan, lada, cili api dan bawang holland.
  4. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya ( jika perlu.)
  5. Jika suka pedas, masa nak makan baru picit cili api.

Kredit resipi & foto: Norhidayah Mohd Aripin

  1. TAUCU PETAI

Masak Taucu Jadi Popular, Netizen Nak Merasa Lauk Kegemaran Yang di-Pertuan Agong

BAHAN-BAHAN:

  • Petai
  • 1 biji bawang besar – hiris
  • 10 biji cili api hijau – tumbuk
  • 2 biji cili merah – tumbuk
  • 2 sudu makan taucu
  • Sedikit belacan
  • Gula dan perasa secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Tumis bawang besar, cili-cili tumbuk dan belacan.
  2. Setelah layu, masukkan taucu.
  3. Seterusnya masukkan sedikit air, perasa, gula dan petai. Tak perlu letak garam kerana taucu dah rasa masin.
  4. Gaul rata dan angkat. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Ida Filzati

3. IKAN BILIS SAMBAL TAUCU


Masak Taucu Jadi Popular, Netizen Nak Merasa Lauk Kegemaran Yang di-Pertuan Agong

BAHAN-BAHAN:

  • 1 genggam ikan bilis – pilih yang saiz sederhana atau kecil. Basuh & tos.
  • 3 biji bawang merah – dipotong
  • 3-4 ulas bawang putih – dipotong halus
  • 1/2 biji bawang holland – dipotong kasar
  • 1/2 mangkuk kecil air asam jawa
  • 2 biji cili hijau – dipotong
  • 2 biji cili merah – dipotong. Tak nak letak pun boleh.
  • 4 biji cili padi merah – potong halus
  • 4-5 sudu makan taucu – sebaiknya guna taucu yang tak hancur untuk elakkan rasa masin yang melampau.
  • Minyak untuk menumis
  • Gula dan perasa secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Tumis ikan bilis dengan sedikit minyak. Setelah ikan bilis separuh garing, masukkan semua bawang dan cili.
  2. Setelah naik bau, masukkan air asam jawa dan tambah sedikit air agak-agak hingga tenggelam separuh bahan-bahan tadi. Tunggu ia mereneh dan lembut sekejap.
  3. Masukkan taucu danperasakan dengan sedikit gula serta Tak perlu letak garam.
  4. Biarkan mereneh sekali lagi dan sedia untuk diangkat.

Kredit resipi & foto: Nina Lee Daud

4. AYAM KUKUS MASAK TAUCU PEDAS

Ads


Masak Taucu Jadi Popular, Netizen Nak Merasa Lauk Kegemaran Yang di-Pertuan Agong

BAHAN-BAHAN:

  • 6 ketul paha ayam – bersihkan dan potong kecil
  • 1 biji bawang holland – dicincangkan
  • 1 labu bawang putih – dicincangkan
  • 6 cili merah dicincangkan – nak pedas boleh guna cili api
  • 1 sudu besar taucu tamin
  • 1 sudu besar gula perang ganti gula putih
  • 4 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu kecil serbuk pati ayam
  • Sedikit lada sulah
  • Garam secukup rasa – jika perlu
  • 1 batang daun bawang – hiris kecil

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ayam bersama bahan-bahan lain ( kecuali daun bawang) hingga rata.
  2. Panaskan kukusan dan kukus ayam selama 30 minit.
  3. Buka kukusan dan taburkan hirisan daun bawang. Gaul rata dan kukus kembali selama 10 minit.
  4. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Mary Teo Lee Na

  1. TIMUN MASAK TAUCU

Masak Taucu Jadi Popular, Netizen Nak Merasa Lauk Kegemaran Yang di-Pertuan Agong

Ads

BAHAN-BAHAN:

  • 1 batang timun – hiris panjang
  • 3-4 biji cili padi
  • 2 ulas bawang putih – hiris
  • 3 biji bawang merah – hiris
  • 1-2 sudu makan taucu
  • Minyak untuk menumis
  • Sedikit ikan bilis
  • 1 keping asam keping/ gelugor
  • 1 sudu makan cuka
  • Gula secukup rasa
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih bersama ikan bilis. Masukkan taucu.
  2. Kemudian masukkan timun dan cili padi. Tambah air sedikit.
  3. Seterusnya tambahkan asam keping, cuka dan gula secukup rasa.
  4. Tumis sampai timun sedikit lembut. Jika nak kuah lebih, tambahkan air.
  5. Angkat dan enak dinikmati bersama ikan bakar atau ikan goreng.

Kredit resipi & foto: Fizah Nasir

CARA MEMASAK: Kredit resipi & foto: Fadhilah Alattas Syed Mahusin

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI