Untitled design - 2021-02-11T105302.549

Ayam goreng sememang menjadi kesukaan ramai. Namun lebih enak jika dihidangkan berkuah seperti menu ayam goreng cili halia masam manis ini. Boleh dihidang untuk makan bersama keluarga. Jika anda tidak suka pedas boleh kurangkan kuantiti cili yang digunakan.

AYAM GORENG CILI HALIA MASAM MANIS

Masakan Ayam Goreng Cili Halia Masam Manis Untuk Sekeluarga Nikmati
Bahan-bahan :
1/4 ekor ayam (potong garam kunyit & goreng) ketepikan
3 biji bawang merah (sederhana besar)
2 biji bawang putih
1 inci halia
1/2 inci belacan
4 biji lada merah
6 biji cili padi
1 atau 2 keping asam keping
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh cuka
1 sudu teh sos ikan
1 batang serai- diketuk
Hirisan bawang besar
Minyak untuk menggoreng
Garam gula / gula merah (jika suka)

Cara memasak:
1.Kupas dan kisar (saya tumbuk jangan lumat sangat) bawang merah/ putih, halia, cilipadi, lada merah & belacan.
2.Masukkan dalam minyak yang dipanaskan (api sederhana) goreng hingga naik bau.
3.Masukkan sedikit air supaya tak kering sangat sambil masukkan garam, kacau sekejap dan masukkan gula 1/2 sudu teh saja dan sedikit gula merah.

4.Masukkan sos ikan, sos tiram, asam keping, cuka dan serai yang diketuk tadi.

5.Goreng sampai naik bau. Kalau kering sangat letakkan air sedikit mengikut keadaan.Masukkan ayam dengan hirisan bawang besar gaul sehingga bawang tu layu dan boleh padamkan api.

IKLAN

Selamat mencuba.

Kredit: angelic.argan

INGIN MEMBELI KUALI NON STICK , BOLEH LIHAT DI SINI.

IKLAN

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa: 

Resipi Ayam Kicap Madu Pedas Yang Rangup & Mudah Nak Buat

Resipi Ayam Bakar Ala Kenny Rogers Sedap & Tak Guna Banyak Bahan

IKLAN

Sedap & Tak Muak. Ini Tip Masak Ayam Buttermilk Mudah Tanpa Guna Banyak Bahan

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI