Melalui paparan gambar dan video masaknya dan mempunyai ramai pengikutnya di Instagram, mengerakkan hati penulis untuk lebih dekat dengan pemilik akaunnya iaitu Datin Isma Rohaiza. Ternyata beliau seorang yang suka memasak dan memasak adalah sebahagian dari rutin hariannya. Itulah yang dikhabarkan sebaik berkesempatan menghubungi beliau melalui telefon.
Bila hajat awal untuk menyunting Datin Isma bagi mengisi slot Air Tangan VIP dipenuhi namun beliau meminta shooting dan interview hanya boleh dibuat pada hujung minggu kerana hari-hari biasa beliau agak sibuk dengan urusan menghantar, mengambil anaknya yang bersekolah.
Tiba hari dijanjikan, Datin Isma menyambut kami dengan ramah, biarpun baru pertama kali bertemu. Keramahan itu menjadikan kami tidak kekok untuk berbual mesra dan berpeluang mengikutinya ke ruang dapur untuk menyiapkan hidangan.
“Sorrylah dapur saya agak bersepah sikit, inilah rupanya bila saya masuk dapur. Tapi di sinilah saya berkarya dalam masakan. Untuk hari ni, kat dapur santan untuk kuah Sagu Gula Melaka sudah siap. Ayam percik pun dah siap bakar tinggal celup dengan kuah perciknya lagi,”
ujar Datin Isma sambil tangannya terus tangkas mengemas dapurnya untuk member ruang kepada juru gambar menghalakan lensa kameranya.
Lebih kurang 15 minit, beliau yang dibantu oleh puterinya, Nik Amelia berserta adik beliau Isma Syarani telah siap menyusun atur meja hidangan. Penuh meja dengan menu utamanya set Nasi Kerabu yang lengkap dengan segala ulam-ulaman, Sambal Tumis, Serunding Kelapa, Ayam Percik, Telur Asin, Sambal Cili dan budu. Tak cukup dengan itu, beliau sempat juga menyediakan roti jala dengan Kuzi Kambing, Pulut Kuning dipadankan dengan Rendang Daging serta Sagu Gula Melaka.
“Sebenarnya saya ni seorang suri rumah dan ibu kepada dua orang anak. Pengasas produk itu, hanya atas kertas kerana yang mengendalikan bisnes adalah suami, Datuk Nik Azman. Saya lebih tumpukan kepada urusan rumah tangga dan anak-anak. Sebab itulah bila duduk di rumah saya suka ke dapur masak sendiri untuk suami dan anak-anak.
“Tentang followers di instagram, semuanya berlaku secara tidak sengaja. Ketika itu saya mengikut suami ke London selama sebulan, memang tak laratlah makan western hari-hari. Lagipun bahan mentah ada jadi saya masak sendiri hari-hari kemudian pose gambar kat instagram. Tak sangka ramai yang mengikutinya dan bertanyakan resipi baru. Paling terharu apabila ada seorang ibu tunggal yang berjaya berniaga Nasi Goreng Ayam Berempah dengan menggunakan resipi yang saya kongskan dalam instagram”
Walaupun ramai yang sarankan beliau buka restoran, tetapi beliau tidak mahu ada komitmen dengan restoran bimbang tidak memang tangan. Penyelesaiannya, beliau sarankan adik dan anaknya buka satu lagi akaun instagram dengan nama Masak with Passion khas untuk segala pose resipi, gambar dan video masakan. Masa yang sama mereka buka oder untuk followers,” Datin Isma mengakhiri perbualan.
RESIPI KUZI
BAHAN PERAPAN:
BAHAN REMPAH (GORENG DAN KISAR):
BAHAN KISAR:
CARA MEMASAK:
1. Perap daging yang telah dihiris bersama bahan perapan selama 15-20 minit. Ketepikan.
2. Panaskan minyak sapi dan sedikit minyak minyak masak. Goreng bahan yang dikisar, kacang badam dan kismis sehingga kekuningan. Kemudian masukkan bahan rempah.
3. Apabila kesemua bahan kelihatan agak sebati, masukkan daging, susu cair, sos tomato, air, garam dan gula Melaka secukup rasa. Masukkan juga jus limau nipis. Biarkan sehingga daging empuk.
4. Apabila kuah kuzi kelihatan pekat dan pecah minyak, masukkan cili hijau, tomato. Gaul rata dan biarkan seketika.
5. Angkat dan hiaskan dengan daun ketumbar
INFO CHEF: Jika suka boleh masukkan biji gajus yang telah digoreng tanpa minyak
Saiz hidangan : 10 orang
Waktu Memasak: 45 minit
Cara Memasak: Goreng dan tumis
Jenis Masakan: Lauk pauk
Keistimewaan: Enak dan sedikit rasa manis
Anggaran kos: RM35
AYAM PERCIK KUAH PUTIH:
BAHAN-BAHAN:
BAHAN PERAP:
CARA MEMASAK:
INFO CHEF: Ada juga orang yang meletakkan sedikit tepung gandum untuk memekatkan kuah.
Saiz hidangan : 10 orang
Waktu Memasak: 15 minit
Cara Memasak: Bakar dan reneh
Jenis Masakan: Lauk Pauk
Keistimewaan: Enak dinikmati panas-panas.
Anggaran kos: RM25