Uncategorized

Masakan Nyonya Ada Keunikan Rasa Dan Tarikan Tersendiri

Share

Masakan nyonya memang punya tarikan tersendiri. Ramai yang menyukainya. Apa kata cuba tiga resipi masakan nyonya ini di rumah.

KETAM SAMBAL NYONYA

BAHAN-BAHANNYA:

3 ekor ketam  (bersihkan)

Sedikit garam – boleh beli online di sini

Serbuk kunyit – boleh beli online di sini

Minyak masak secukupnya – boleh beli online di sini

BAHAN-BAHAN TUMIS:

4 biji bawang merah (hiris nipis) – boleh beli online di sini

3 ulas bawang putih (hiris nipis) – boleh beli online di sini

1 sudu makan serbuk kari ikan 

Sesudu makan taucu – boleh beli online di sini

2 tangkai daun kari

BAHAN-BAHAN LAIN:

½  mangkuk air asam jawa – boleh beli online di sini

Minyak untuk menggoreng – boleh beli online di sini

Garam – boleh beli online di sini

Gula secukupnya – boleh beli online di sini

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ketam dengan garam dan kunyit. Kemudian goreng ketam seketika dan angkat. Ketepikan.
  2. Tumis bahan-bahan tumis seperti bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga terbit bau. Kemudian masukkan taucu dan serbuk kari ikan.
  3. Biarkan ia masak seketika dan masukkan air asam jawa.
  4. Apabila ia mereneh, masukkan perasa seperti garam dan gula secukup rasa.
  5. Akhir sekali masukkan ketam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati.
  6. Angkat dan sedia dihidangkan.

KARI BEBOLA NYONYA

BAHAN-BAHAN:

UNTUK BEBOLA IKAN:

500gm isi ikan Tenggiri

1 sudu makan tepung jagung 

Air garam secukupnya 

BAHAN-BAHAN TUMIS:

5 biji bawang merah (kisar halus) – boleh beli online di sini

3 ulas bawang putih (kisar halus) – boleh beli online di sini

½ inci halia (kisar halus) – boleh beli online di sini

1 inci lengkuas (kisar halus) – boleh beli online di sini

4 batang cili merah (kisar halus)

1 mangkuk air asam jawa – boleh  beli online di sini

Sesudu makan serbuk ketumbar

1 sudu makan jintan manis

Minyak untuk menggoreng secukupnya – boleh beli online di sini

Garam dan gula secukupnya

BAHAN-BAHAN SAYURAN:

1 batang terung (potong panjang)

2 biji tomato (belah 4)

5 batang bendi

CARA MEMASAK:

  1. Kikis kulit ikan tenggiri, ambil isi ikannya sahaja.
  2. Kemudian hancurkan isi ikan tenggiri dengan lumat dan masukkan air garam serta tepung jagung. Adun hingga boleh membentuk doh untuk membuat bebola ikan. Ketepikan.
  3. Untuk membuat kari; tumis bahan-bahan yang telah dikisar halus seperti bawang merah, bawang putih, cili merah, halia dan lengkuas ke dalam periuk.
  4. Selepas itu masukkan serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis dan kacau sehingga naik bau.
  5. Kemudian masukkan air asam jawa dan biarkan ia mereneh seketika.
  6. Bentukkan bebola ikan dan masukkan ke dalam renehan tumisan tadi.
  7. Setelah bebola itu terapung ke atas bermakna bebola itu sudah masak.
  8. Kemudian masak masukkan sayur-sayuran seperti terung, tomato dan bendi sehingga separuh masak.
  9. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Angkat dan sedia dinikmati.

Info chef:  Boleh juga masukkan cili hijau untuk lebih sedap.

IKAN TENGGIRI CHUAN CHUAN

BAHAN-BAHAN:

3 keping ikan tenggiri

Serbuk kunyit – boleh beli online di sini

Garam secukupnya 

Minyak untuk menggoreng – boleh beli online di sini

BAHAN-BAHAN TUMIS:

3 biji bawang merah (hiris) – boleh beli online di sini

2 ulas bawang putih (hiris) – boleh beli online di sini

1 biji cili merah (hiris)

1 sudu makan taucu – boleh beli online di sini

½ mangkuk air asam jawa – boleh beli online di sini

BAHAN-BAHAN HIASAN:

Bawang goreng secukupnya – boleh beli online di sini

Hirisan daun bawang secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Lumur ikan dengan kunyit dengan garam. Goreng ikan tenggiri sehingga garing. Ketepikan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan tumis seperti bawang merah, bawang putih dan hirisan cili merah sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan taucu dan masukkan air asam jawa.
  4. Biarkan kuahnya pekat sedikit. Apabila pekat, masukkan sedikit gula dan sedikit garam secukup rasa. Kacau sekata.
  5. Setelah masak. tuangkan kuah ke atas ikan tenggiri yang telah digoreng tadi.
  6. Akhir sekali tabur bawang goreng dan daun bawang sebagai hiasan. Rasa taucu sudah masin. Tidak perlu tambah garam jika anda seorang yang kurang masin.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

Published by
Nurul Azwa