Betul orang tua kata, ketika masak jangan pula berangan. Mungkin ada masanya fikiran menerawang ke mana-mana, tak pasti sama ada lauk sudah diletak garam atau tidak.
Maka ditambahkan lagi garam, bila dirasa masin jadinya. Nak dibuang sayang pula, jadi apa cara nak atasinya? Boleh ikut langkah ini memberi keseimbangan rasa pada masakan itu semula.
1. Perhatikan Bahan Yang Digunakan
Pastikan anda lihat karakteristik tiap bahan yang akan diolah.Jika memasak menggunakan bahan seperti kicap asin atau keju, sebaiknya penambahan garam
cukup sedikit saja.Ini kerana bahan tersebut sudah mengandungi garam, jika ditambahkan garam yang cukup banyak, makanan akan menjadi terlalu masin.
2. Rendam
Beberapa bahan masakan seperti ikan masin memiliki rasa yang sangat masin, walaupun belum diolah. Untuk mengurangkan rasa yang terlalu masin,rendam di dalam air
selama beberapa jam. Kelebihan garam dalam bahan makanan akan larut di dalam air.
3. Tambahkan Cairan
Cara cepat untuk mengurangkan rasa masakan adalah dengan menambahkan cairan. Cara ini digunakan untuk masakan berkuah, seperti sup atau soto. Cukup tuangkan
sedikit air dan biarkan hingga mendidih. Apabila air ditambahkan, tambahkan pula perencah dan rempah lain dalam masakan sesuai resipinya agar tambahan air tidak merubah rasa masakan.
4. Tambahkan Asam
Air perahan lemon, cuka atau asam jawa boleh anda gunakan.Gunakan beberapa titis air perahan lemon, cuka atau asam jawa untuk menutupi rasa masin yang berlebihan. Jangan terlalu banyak memasukkan asam kerana rasa asam yang berlebihan akan merosakkan rasa masakan.
5. Tambahkan Pati
Menambahkan bahan yang mengandung pati, seperti kentang juga boleh menjadi alternatif. Cara ini boleh digunakan untuk makan berkuah.Kentang mentah tidak perlu dikupas,
cukup dicuci hingga betul-betul bersih dari tanah. Pati dalam kentang akan menyerap garam dalam masakan.
Jadi bila anda berhadapan dengan situasi terlebih garam dalam masakan, jangan pula panik. Atasinya dengan cara di atas.
Sumber gambar: 123 royalty free
INGIN MENCARI PERKAKAS DAPUR & RUMAH YANG MEMUDAHKAN KERJA RUMAH ANDA, JOM LAYARI DI SINI.