Perkara macam ni selalu terjadi pada geng mak-mak. Maklumlah tengah kelam kabut nak masak, anak sorang duk menangis, sorang lagi duk terjerit-jerit marahkan adik. Hai..macam-macam. Tengah kelam-kabut tu, tidak mustahil kalau anda ‘terletak’ lebih garam dalam masakan. Akibatnya, masakan yang dimasak akan menjadi masin dan tidak sedap. Di sini, ada beberapa petua yang boleh digunakan untuk mengurangkan rasa masin dalam masakan.
CARA KURANGKAN RASA MASIN DALAM MASAKAN TANPA GUNA AIR
Petua 1:
- Dapatkan sejemput kelapa parut dan dijadikan bunjut dengan membungkusnya menggunakan kain jarang. Masukkan ke dalam masakan yang terlebih masin itu selama 15 hingga 20 minit. Kemudian bolehlah keluarkan bunjut tersebut.
Petua 2:
- Cari pelepah pisang sepanjang 4 cm dan bersihkan. Kemudian, masukkan ke dalam masakan sehingga mendidih. Setelah mendidih, keluarkan pelepah dari masakan.
Petua 3:
- Masukkan kentang yang dibelah dadu ke dalam masakan yang terlebih masin untuk menyerap rasa masin. Jika tiada kentang, gantikan dengan timun yang dipotong memanjang.
Petua 4:
- Tutup masakan yang masin itu menggunakan tudung periuk. Biarkan ia mendidih dan matikan api. Biarkan tudung periuk selama beberapa minit. Kemudian, angkat tudung periuk tersebut dan cuci dengan air bersih. Tanpa mengeringkan tudung periuk tersebut, tutup kembali masakan yang terlebih masin tersebut dan biarkan. Buka hanya apabila ingin menghidangkannya.
Empat petua ini pastinya boleh membantu anda di dapur. Cubalah, anda pasti akan berpuas hati dengan hasilnya.
Kredit petua sepenuhnya: Miya Aira via MAHN
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI