Masakan Thai Mudah Buat & Terlajak Sedap

Share

Rata-rata menyukai masakan Thai dan sesuai dengan tekak orang Malaysia. Gabungan rasa masam, masin dan pedas sentiasa menjadi pilihan ramai penduduk Malaysia. Kalau dah suka sangat dengan menu Thai, boleh cuba resipi mudah buat dan gerenti sedap.


GULAI AYAM SIAM

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 ekor ayam | potong 6-8 ketul
  • 250ml santan pekat
  • 250ml air
  • 6 biji terung kampung | belah dua
  • 1 biji bawang besar | kisar
  • 4 biji bawang putih | kisar
  • 3cm lengkuas | hiris dan kisar
  • 3cm kunyit | hiris dan kisar
  • 6 tangkai cili padi hijau | kisar
  • 2 batang serai | hiris halus dan kisar
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam-BELI ONLINE DI SINI
  • 2 helai daun limau purut | carik
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Tumis semua bahan iaitu bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit, cili padi hijau, serai, daun limau purut, serbuk jintan manis dan serbuk lada hitam hingga wangi dan pecah minyak.
  2. Kemudian masukkan ayam dan air secukupnya.
  3. Kacau sebentar dan biarkan sehingga kuah mereneh dan ayam agak empuk dan masak.
  4. Setelah ayam agak empuk,masukkan terung kampung dan akhir sekali santan pekat.
  5. Masaklah sehingga kuah agak memekat kemudian tutupkan api.
  6. Siap untuk dihidangkan.


SALAD AYAM THAI

BAHAN-BAHAN:

  • 2 ketul isi dada ayam
  • 1 sudu teh sos ikan
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 2 sudu teh sos Thai
  • 300gm daun kubis | hiris halus
  • 2 batang lobak merah | hiris halus
  • 1 batang timun | hiris halus
  • 3 batang daun bawang | potong 3cm panjang
  • 250gm kacang tanah goreng
  • 1 biji cili merah | potong halus
  • 4 biji cili padi |potong halus
  • 1 biji cili Benggala hijau |hiris memanjang
  • 1 biji cili Benggala merah |hiris memanjang
  • 2 tangkai daun pudina
  • 2 pokok daun ketumbar |potong kasar
  • Minyak masak secukupnya

BAHAN UNTUK SOS SALAD:

  • 2 sudu teh minyak bijan
  • 1 sudu makan mentega kacang
  • 3 sudu teh sos ikan atau secukup rasa
  • 1 biji limau nipis | ambil jusnya
  • 3 sudu teh cuka
  • 4 sudu teh gula pasir
  • 4 biji bawang putih | cincang
  • 2 sudu makan air masak

CARA MEMASAK:

  1. Di dalam mangkuk, satukan dada ayam bersama sos ikan, serbuk lada hitam dan sos Thai. Perap selama 30 minit.
  2. Setelah itu goreng dada ayam di dalam kuali angkat dan hiris agak nipis. Ketepikan.
  3. Di dalam mangkuk salad ,satukan semua bahan yang telah dihiris dan dipotong halus tadi.
  4. Masukkan ayam dan gaul sebati.
  5. Untuk membuatkan sosnya; masukkan kesemua bahan sos ke dalam bekas plastik kedap udara dan goncang sehingga kesemua bahan sebati.
  6. Apabila saat untuk menghidang, tuangkan sos ke dalam salad tadi dan gaul sebati.
  7. Siap untuk dihidangkan.


AYAM HALIA THAI

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 ekor ayam | potong 6 – 8 ketul
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 5cm halia |hiris halus dan memanjang
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 4 biji bawang putih | hiris
  • 4 biji cili padi | hiris
  • 1 tangkai cili merah | hiris
  • 1/2 batang lobak merah | hiris halus dan memanjang
  • 4 tangkai kacang panjang | potong 3cm panjang
  • 2 sudu teh sos ikan atau secukup rasa -BELI ONLINE DI SINI
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam
  • 1 sudu teh gula atau secukup rasa
  • 2 sudu teh cuka atau secukup rasa
  • 60ml air
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Di dalam mangkuk, gaulkan ayam bersama serbuk kunyit, garam dan serbuk lada hitam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak lebih kurang enam sudu makan di dalam kuali dan goreng sebentar ayam selama lebih kurang 5 minit, angkat dan ketepikan.
  3. Di dalam kuali yang sama, tumiskan halia, hirisan bawang besar, bawang putih, cili padi dan cili merah sehingga wangi.
  4. Kemudian masukkan lobak merah, kacang panjang, sos ikan, serbuk pati ayam, gula, cuka dan air.
  5. Masaklah sehingga kuah mendidih akhir sekali masukkan kembali ayam dan kacau sebentar.
  6. Tutupkan api. Siap untuk dihidangkan.

ADA YANG INGIN MEMBELI HAND BLENDER @ FOOD PROCESSOR, BOLEH BELI DI SINI

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Putri Adila Saari