Siapa yang tak suka makan lauk-pauk warisan orang lama. Sajian kali ni bukan orang Johor aje suka, semua rakyat Malaysia pun boleh ‘jatuh cinta’ dengan masakan ni.
Ni min kongsikan 4 sajian dari daging, sotong dan tempe. Resipi No 4 jangan lupa semak,Nasi Beringin tapi diolah sikit letak daun pudina dari hotel The Pearl KL. Resipi yang lain tu dari Bunga Lawang Cafe dan Hotel Seri Petaling, KL. Cubalah nanti, sedap teramat tau.
1. DENDENG DAGING
Bahan-bahan :
1 kg daging batang pinang
1/2 kg cili merah/ buang biji dan kisar kasar
1/2 kg bawang besar/dikisar
Sedikit kicap (gabungan kicap manis dan kicap pekat
2/3 sudu makan cuka
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak: 1. Rebus daging hingga lembut. 2. Hiris daging nipis dan ketuk atau tumbuk hingga kembang. Air rebusan daging jangan dibuang. 3. Goreng daging hingga garing. Angkat dan ketepikan. 4. Panaskan minyak, tumis cili merah dan bawang besar yang telah dikisar. 5. Apabila cili sudah masak dan naik minyak, masukkan air rebusan daging, kicap dah cuka. Kacau rata. 6. Apabila sudah pekat, masukkan daging dan gaul sebati. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Saiz hidangan : 6-7 orang Masa memasak : 40 minit Cara memasak : Tumis dan goreng Jenis masakan : Lauk pauk Keistimewaan : Dendeng boleh tahan lama, jika disimpan dalam bekas kedap udara
INFO CHEF: Dendeng sedap dimakan dengan ketupat dan roti selain nasi. Daging diketuk supaya ia jadi lembut dan cepat empuk.
Ads
2. SOTONG MASAK HITAM
Bahan-bahan :
6- 7 ekor sotong saiz sederhana
*3 ulas bawang putih /ditumbuk
*1/2 inci halia /ditumbuk kasar
*1/2 inci kunyit hidup /ditumbuk kasar
*1 sudu teh serbuk jintan manis
*1 sudu teh serbuk jintan putih
*1 sudu teh serbuk lada hitam
1 labu bawang besar /dihiris bulat
2 – 3 batang cili hidup/ padi
1 batang serai /diketuk
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara memasak : 1. Potong sotong bulat2 dan bersihkan macam biasa tapi dakwatnya JANGAN DIBUANG. 2. Kemudian tos dan ketepikan. 3. Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis bahan-bahan bertanda *. 4. Lepas tu, masukkan dakwat sotong dan biarkan sekejap. 5. Kemudian masukkan sotong, dan tunggu sampai sotong keluar air. 6. Kemudian masukkan cili dan bawang besar dan perasakan dengan garam secukup rasa.
Saiz hidangan : 3 orang Masa memasak : 15 minit Cara memasak : Tumis Jenis masakan : Lauk pauk Keistimewaan : Cukup kaya dengan rasa rempah ratus, dakwat hitam memberi aroma yang sedap .
INFO CHEF :Sotong jika dimasak terlalu lama akan menjadi liat, jangan menumis lebih daripada lima minit, cukup sekadar tiga minit sahaja.
Ads
3. HATI AYAM DAN SAYUR GORENG JAWA
BAHAN-BAHAN :
300 gm hati ayam
200 gm kacang panjang
6 keping tauhu | digoreng dan dipotong dadu
4 keping tempe | digoreng dan dipotong dadu
100 gm ikan bilis | digoreng dan dipotong dadu
100 gm fucuk | direndam dahulu
150 gm soo hoon | direndam dahulu
20 ml kicap manis
100 gm pes cili kering
garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan dihiris :
200 gm bawang merah
100 gm bawang putih
CARA MEMASAK : 1. Pijarkan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi. 2. Kemudian masukkan pes cili kering, tumis hingga pecah minyak. 3. Kemudian masukkan kacang panjang, tempe, tahuhu, ikan yang digoreng, soo hoon, fucuk serta hati ayam. 4. Masukkan kicap manis , dan perasakan dengan sedikit garam. 5. Setelah sayur masak, sajian sudah boleh dihidangkan.
Ads
Saiz hidangan : 5 orang makan Waktu memasak : 15 minit Cara memasak : Goreng dan tumis Jenis hidangan : Lauk utama, sayuran Keistimewaan : Sambal goreng jawa lebih enak ditambah hati ayam.
INFO CHEF: Sajian popular di Johor dan sedap diratah juga.
4. NASI BERINGIN DAUN PUDINA
BAHAN-BAHAN :
4 cawan beras basmathi
4 cawan santan /diperah dari sebiji kelapa (pekat dan cair)
2 sudu makan minyak sapi atau majerin
2 batang serai /diketuk
5 ulas bawang putih /dicincang
1 biji bawang besar /dihiris
1.5 sm halia /dihiris
2 helai daun pandan / disiat dan disimpul
1 batang kayu manis
2 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 sudu makan halba
Garam secukup rasa
100 gm daun pudina /dikisar dengan sedikit air
CARA MEMASAK : 1. Basuh berat terlebih dahulu dan toskan. Rendam dahulu sekurang-kurangnya setengah jam. 2. Panaskan minyak sapi di dalam kuali dan tumiskan bawang, bawang putih, serai, halia, bersama rempah empat sekawan (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih) dan halba hingga naik bau. 3. Sediakan periuk nasi dan masukkan beras basmathi yang telah ditoskan bersama bahan tumisan tadi. 4. Kemudian masukkan santan, dan daun pudina yang telah dikisar dan daun pandan. 5. Tambahkan garam secukup rasa. Biarkan mendidih dan apabila kuah pekat dan surut, tutup periuk dan kecilkan api. 6. Biarkan nasi hingga masak, dan kacau sesekali supaya ia berderai. 7. Taburkan daun pudina dan bawang goreng sebelum dihidang
Saiz hidangan : 10 orang Masa memasak : 30 minit Cara memasak : Tumis dan didih Jenis masakan : Nasi Keistimewaan : Seakan rasa nasi lemak, tetapi kurang rasa lemaknya. Ramuan halba dan rempah menjadikan ia lebih berempah dan beraroma.
INFO CHEF : Nasi beringin sangat popular di Muar, Segamat dan Batu Pahat, Johor. Ia adalah masakan tradisi orang Johor lama.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sedapnya kalau dapat makan LepatPisang tradisi ni. Lemak manis cukup rasa. Menerusi hantaran di grup masakan di laman sosial, saudari Shai Anne Ahemedkongsikan resipi Lepat Pisang terbaik yang boleh dicuba. Kuih tradisional ni mudah je nak buat. Sangat berbaloi untuk anda ‘try’. Cara masaknya pun cukup mudah. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI LEPAT PISANG TRADISI YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
3 cawan pisang lemak manis – dilenyek
1 cawan gula – jika tak suka manis, boleh kurangkan ikut selera masing-masing – beli online disini
Petang begini sedap pula kalau dapat jamah pulut panggang. Tak perlu nak bakar memadai dengan panaskan di atas kuali leper. Pulut panggang @pulut lepo inti ikan menu minum petang sekeluarga hari ni. Kesedapan pulut panggang adalah terletak pada inti yang digunakan. Boleh guna inti udang mahupun inti ikan.
PULUT PANGGANG INTI SAMBAL IKAN
BAHAN-BAHAN: (untuk 20 biji)
INTI SAMBAL IKAN: 4 ekor ikan selayang @ sardin (direbus dgn asam keping & garam) 8 biji cili kering( dibuang biji)*-BELI ONLINE DI SINI 5 ulas bawang merah* 1 ulas bawang putih* 1/2 inci halia* 5 sudu besar gula pasir 1+1/2 sudu kecil garam halus 4 sudu besar santan pekat(KARA)-BELI ONLINE DI SINI Sedikit minyak untuk menumis
** Dikisar halus
CARA-CARA: 1) Tumbuk isi ikan rebus,ketepikan 2) Tumis bahan kisar dengan sedikit minyak, masukkan santan pekat 3) Bahan tumisan dah nampak nak kering airnya,masukkan isi ikan yang ditumbuk tadi 4) Perasakan dengan gula dan garam. 5) Masak api perlahan,sentiasa kacau sampai sambal kering & berderai 6) Sejukkan 7) Inti sambal ikan ni ada lebih,boleh buat untuk sukatan 4 cawan pulut.
** Sambal wajib rasa manis-manis sikit baru sedap
BAHAN-BAHAN PULUT: 2 cawan beras pulut (basuh & rendam 2 jam) 1/2 cawan santan pekat(KARA) 2 sudu besar minyak masak
4~5 sudu besar gula pasir 1+1/2 sudu kecil garam halus Daun pisang secukupnya (dilayur sekejap & lap bersih)
** Kalau guna santan fresh tak perlu letak minyak
CARA-CARANYA: 1) Kukus pulut selama 30 minit 2) Satukan santan pekat,minyak,gula & garam 3) Kacau smpai gula & garam hancur, kemudian kukus lagi 20 minit,siap
CARA PENYEDIAAN: a) Sudukan 1 sudu besar pulut di atas daun pisang b) Tekan guna daun pisang bagi rata c) Letak 2 sudu kecil inti d) Kemudian gulung kemas, cucuk lidi. (Kalau xde lidi, stapler je) e) Lumur sedikit minyak di daun pisang sebelum panggang
SELAMAT MENCUBA!!
Kredit : Amiera Arissa
INGIN MENCARI HOME APPLIANCES, BOLEH LIHAT DI SINI.
Ini 4 Menu Berasaskan Mangga Perkongsian Dari Chef Megat
Mangga bukan hanya enak dimakan mentah dijadikan jus ataupun jeruk, tetapi mangga juga enak diolah sebagai makanan. Malah rasanya juga tidak mengecewakan, enak dengan rasa masam manis. Tak percaya, ini ada empat menu yang mempunyai campuran mangga dikongsikan oleh chef Megat untuk anda semua cuba.
AYAM MANGGA
BAHAN-BAHAN:
½ ekor ayam | potong kecil
120-150gm tepung jagung
1 biji telur
2 sudu teh garam
1 sudu teh lada hitam
Minyak untuk menggoreng secukupnya
BAHAN SOS:
5 sudu makan sos plum
½ sudu jus lemon
2 batang cili merah | buang biji dan cincang
1 biji bawang merah | cincang
2 ulas bawang putih |c cincang
¼ sudu teh bijan
50ml air
Garam cukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng secukupnya
BAHAN SALAD MANGGA:
1 biji mangga muda saiz sederhana | hiris halus
2 batang cili merah | buang biji dan hiris
1 biji bawang besar | hiris halus
CARA MEMASAK:
Untuk membuat ayam goreng; Satukan tepung jagung, garam, dan lada hitam, gaul sebati.
Pecahkan telur. Gaul ketulan ayam dengan telur hingga sebati.
Panaskan minyak di dalam kuali. Celup ketulan daging ayam ke dalam adunan tepung dan goreng hingga garing.
Angkat, tos dan ketepikan untuk membuat sos.
Untuk membuat sos; Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, bawang merah, cili merah.
Masukkan sos plum, jus lemon, air dan gaul sebati hingga mendidih. Dan masukkan bijan.
Kacau seketika dan perasakan dengan garam. Tutup api.
Untuk membuat salad mangga; Satukan mangga, cili dan bawang besar. Susun salad di atas pinggan.
Kemudian letakkan ketulan ayam yang sudah digoreng di atas salad mangga. Akhir sekali, tuangkan sos di atas ayam dan salad mangga. Sedia untuk dihidangkan.
UPSIDE DOWN MANGO CAKE
BAHAN-BAHAN:
340ml mentega
80gm gula perang
30gm dessicated coconut / isi kelapa kering
1 biji mangga masak | potong dadu
230gm tepung kek
4 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh garam
290gm gula kastor
3 biji telur
1 sudu teh esen vanila
260ml susu segar
CARA MEMASAK:
Pukul mentega, gula perang dan gula kastor hingga kembang. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan masukkan esen vanila. Gaul sebati. Ketepikan.
Satukan tepung kek, serbuk penaik dan garam. Setelah itu, masukkan adunan tepung kek secara berselang seli dengan susu segar ke dalam adunan berisi mentega dan telur tadi.
Gaul sebati dan kemudian masukkan isi kelapa kering. Gaul hingga sebati.
Sapukan sedikit mentega pada loyang kek saiz 9 atau 10 inci.
Taburkan potongan mangga di dasar loyang.
Tuangkan adunan kek.
Bakar pada suhu 180 ˚C selama lebih kurang 50-60 minit hingga keperangan.
Sejukkan dahulu sebelum mengeluarkan kek dari loyang.
Terbalikkan kek, bahagian potongan mangga ke atas. Potong dan hidang.
VANILLA MANGO CUP CAKE
BAHAN-BAHAN:
154gm tepung kek
11/4gm serbuk penaik
½ sudu teh garam
2 biji telur
143gm gula kastor
11/2 sudu teh esen vanila
85gm minyak jagung
85gm susu segar
Acuan kek cawan secukupnya
BAHAN MANGO CURD:
400gm isi mangga
100gm gula kastor
3 sudu makan jus lemon
1/8 sudu teh garam
4 biji kuning telur
30gm mentega
CARA MEMASAK:
Mula,-mula, sediakan mango curd dahulu. Isi mangga dikisar hingga halus.
Masukkan jus lemon, gula, garam dan kuning telur gaul sebati.
Gunakan kaedah ‘double boiler’ untuk memasak adunan.
Masak lebih kurang 15-20 minit hingga adunan memekat.
Alihkan dari api dan masukkan mentega. Gaul sebati. Simpan di dalam bekas dan sejukkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman. Keluarkan bila hendak digunakan.
Untuk menyediakan kek cawan, Panaskan oven 180 ˚ C.
Satukan tepung, serbuk penaik dan garam. Ketepikan.
Dalam bekas berasingan, pukul telur sedikit dan masukkan gula. Pukul lagi hingga kembang.
Masukkan esen vanila dan minyak jagung ke dalam adunan dan pukul sebati.
Masukkan campuran tepung tadi dan selang-selikan dengan susu segar.
Gaul sebati dan masukkan ke dalam bekas acuan kek cawan 2/3 penuh.
Bakar lebih kurang 15-20 minit hingga perang keemasan.
Sejukkan seketika. Buat lubang pada bahagian tengah kek cawan. Picitkan mango curd yang telah disediakan lebih awal Sedia untuk dihidangkan.
MANGO TART WITH MANGO WHIPPED CREAM
BAHAN KULIT TART:
280gm tepung serba guna
12gm kelapa kering
½ sudu teh garam
3 sudu makan gula
225gm mentega
3 biji telur kuning
BAHAN: KRIM MANGGA:
250gm fresh cream/krim putar
50gm mango curd / sri kaya mangga
CARA MEMASAK:
Untuk membuat kulit tart; Satukan tepung serba guna, kelapa, gula, garam dan mentega hingga menjadi seperti serbuk roti.
Masukkan telur kuning dan uli hingga menjadi doh.
Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam.
Keluarkan dan bahagikan doh kepada bahagian kecil dengan berat antara 12-15 gram.
Tekan pada acuan tart atau muffin. Bentukkan kulit tart. Bakar pada suhu 170˚C selama lebih kurang 15-20 minit hingga perang keemasan. Keluarkan dan biarkan sejuk seketika
Untuk membuat inti mangga, Pukul krim hingga kembang. Masukkan mango curd dan kaup balik hingga sebati. Picitkan krim mangga ke dalam kulit tart.
Hias dengan potongan mangga. Sedia untuk dihidangkan.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!