Sajian laut Baba Nyonya atau Cina Peranakan memang serasi dengan tekak orang Melayu. Pengaruh sajian Melayu terutama bahan ramuannya banyak yang menyamai ramuan sajian Melayu.
Ni dua sajian ikan resipi Cina Peranakan yang dikongsi oleh Kolej Yayasan Felda Pahang. Berbaloi-baloi untuk dicuba …
IKAN GERANG ASAM BAHAN-BAHAN :
1 keping kepala ikan merah
1 kuntum bunga kantan
2 sudu makan asam jawa
2 helai daun limau purut
1 tangkai daun kesum
2 biji bendi
1 biji tomato
1/2 kiub ikan bilis
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
3-5 sudu makan cili kisar
Bahan kisar halus :
5-7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
50gm kunyit hidup
50gm lengkuas
30gm serai | dihiris
1 biji buah keras | dihiris
15gm belacan
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga naik bau. 2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak, guna api kecil dan kacau selalu. 3. Masukkan air asam jawa, kacau rata dan tuang air secukupnya (anggaran 3 cawan), biarkan ia mendidih. 4. Masukkan ikan, kiub ikan bilis dan masak seketika. Tambah bendi, daun kesum dan daun limau purut. 5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa 6. Akhir sekali masukkan tomato yang telah dibela empat, masak sebentar dan rasa. 7. Tutup api dan hidang panas bersama nasi.
Ads
Saiz hidangan : 1 orang Waktu memasak : 1 jam 15 minit Cara memasak : Tumis dan reneh Jenis masakan : Sajian Baba Nyonya Keistimewaan : Resipi ni seakan asam pedas, tapi ada rasa uniknya tersendiri Anggaran kos : RM 20
INFO CHEF : Usah biarkan ikan masak terlalu lama untuk mengelakkan ikan hancur
IKAN TENGGIRI CHUAN-CHUAN
.BAHAN-BAHAN :
3 keping ikan tenggiri
50gm kunyit serbuk
10gm garam
Minyak masak secukupnya
Bahan tumis :
2 biji bawang besar | dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris atau tumbuk
2 biji cili merah | dihiris
3 sudu makan taucu
100ml air asam jawa
Bahan hiasan : 10gm bawang goreng 10gm daun bawang
CARA MEMASAK : 1. Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit, garam dan goreng ikan tenggiri sehingga garing, dan ketepikan. 2. Ambil sedikit minyak gorengan ikan tadi dan tumis bahan tumis seperti bawang besar, bawang putih, dan hirisan cili merah sehingga naik bau. 3. Kemudian masukkan taucu dan air asam jawa. 4. Biarkan kuahnya pekat sedikit, apabila pekat masukkan sedikit gula dan sedikit garam secukup rasa. 5. Setelah masak tuangkan kuah di atas ikan tenggiri yang telah digoreng tadi. 6. Akhir sekali taburkan bawang goreng dan hirisan daun bawang sebagai hiasan.
Ads
Saiz hidangan : 2 orang Waktu memasak : 30 minit Cara memasak : goreng Jenis masakan : Sajian Baba Nyonya Keistimewaan : Ramuan taucu memberikan rasa lemak masin yang lazat. Anggaran kos : RM 20
INFO CHEF : Gunakan non stick pan ketika menggoreng ikan bagi mengelakkan isi ikan melekat pada kuali.
RESIPI :MOHAMAD RIZAM HUSSIN, MUHAMMAD AMIRUDDIN ABU BAKAR
TERIMA KASIH :Kolej Yayasan Felda Pahang,
Feldajaya Timur Mempaga,Karak, Pahang.http://www.yayasanfelda.org
Kuih Tako Sengkungni memang jadi kegemaran ramai. Teksturnya yang lembut, manis dan ada rasa rangup sengkuang menjadikan ia antara kuih yang mendapat permintaan ramai. Nak cuba buat sendiri Kuih Tako Sengkuang ni? Jom cuba resipi perkongsian saudari Iza Fenny ni. Pasti menjadi dan puas hati.
Sajian pengat memang sedap lebih-lebih lagi jika menggunakan santan segar. Pekat, manis dan berlemak. Hmm…memang tak puas rasanya. Lebih istimewa lagi jika disediakan menggunakan resipi tradisional. Malah bahan yang digunakan pun mudah diperolehi. Asasnya hanyalah santan, gula melaka, sagu dan daun pandan yang dimasak bersama ubi kayu, labu, keladi dan nangka. Memang sedap! Jom cuba.
Hari Deepavali dah lama berakhir tetapi maruku memang sentiasa ada sepanjang masa. Kudapan kesukaan rakyat Malaysia ni . Buat Dr Pushpa Rao resipi Maruku warisan ibu dan olahannya sendiri sentiasa menjadi piihan.
Meh cuba resipi yang dikongsikan Pushpa ni memang berbaloi dicuba, memang rangup.
1/2 sudu kecil bijian omam ( kalau tak dapat tak apa)
Garam secukupnya
1 sudu besar gula
1 sudu besar planta
Secubit serbuk hing (asafoetida) – beli online DI SINI
Santan dari 1/2 kelapa
CARA MEMASAK : 1.Kacau semua bahan2 diatas sampai jadi macam dough chappati 2. Guna acuan muruku untuk hasilkan muruku yang bulat-bulat begini dan goreng sehingga kuning keemasan
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.