Kerang yang dimasak sambal sesuai makan dengan nasi lemak, lempeng atau jemput-jemput. Kerang boleh dimasak dengan cengkerang atau isi kerang sahaja.
SAMBAL KERANG
BAHAN-BAHAN: ( untuk 2 orang makan )
- 1/2kg kerang
- 10 tangkai cili kering (rendam kasi lembut)
- 5 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1/2 inci belacan
- Sedikit air asam
- Minyak masak
CARA MEMASAK:
- Rebus kerang. Kalau kulit dah nampak macam terbuka tuu maknanya dah masak lah tuu
- Kisar cili kering,bawang merah, bawang putih dan belacan
- Panaskan minyak masak, tumis lada yang telah di kisar tadi sampai pecah minyak
- Masukkan sedikit air asam, garam dan gula tunggu sampai sambal jadi garing.
- Akhir sekali masukkan kerang yang telah dikopek (kalau tak nak kopek pun boleh)
- Gaul rata dan siap.
Kredit: Azliza Azman