#MasakMasakMudah Bersama Adibah Noor Menghidupkan Tradisi Memasak Menu Tradisional Melayu

Share

 

Kelas memasak  sempena musim perayaan #MasakMasakMudah anjuran Mudah.my berlangsung dengan jaya dan meriah baru-baru ini. Ia adalah usaha Mudah.my untuk menyokong usahawan tempatan dalam perniagaan masakan. Suasana tambah meriah dengan kehadiran  selebriti dikagumi Adibah Noor yang berjaya menghangatkan acara.

Kelas memasak ini dijalankan dengan kerjasama dua vendor tempatan Maria Sanusi dan Dr Noriza Ishak yang juga pengguna tetap platform Mudah.my. Acara ini adalah sebahagian daripada siri kerjasama berterusan Mudah.my dengan masyarakat setempat dalam menggalakkan penyertaan awam dan memberi nafas baru kepada tradisi masakan tradisional yang kian ditelah zaman.

Dr Noriza Ishak pengguna tetap Mudah.my menunjukkan demo membungkus daun palas.

Dalam sesi memasak ini, usahawan Mudah.my yang juga selaku guru memasak mendedahkan rahsia di sebalik dua masakan tradisional iaitu Nona Manis dan Ketupat Palas. Kuih Nona Manis berperisa pandan dengan inti pekat santan pekat diperkenalkan untuk menghidupkan semula popularitinya.

Sementara bagi Ketupat Palas pula kaedah membungkus nasi pulut dengan daun palas ditunjukkan untuk menggalakkan orang ramai mencuba kebolehan mereka dalam penyediaan ketupat yang berbeza daripada ketupat nasi ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Mudah.my, Gaurav Bhasub mencuba bakat membungkus ketupat palas

Kelas memasak ini bertujuan menghidupkan semula semangat dan minat menyediakan makanan Melayu tradisional di rumah pada musim perayaan. Adibah Noor yang juga terkenal dengan minat memasaknya turut berkongsi beberapa petua memasak dan tip semasa proses memasak.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Mudah.my, Gaurav Bhasin, kelas Masak-MasakMudah pada hari bukan sahaja dianjurkan sebagai satu perayaan sempena Hari Raya tetapi juga sebagai pesta memperlihatkan sokongan kami kepada penjual tempatan dan untuk menggalakkan semangat keusahanwanan.

Gaurav Bhasin (kanan) beramah mesra bersama salah satu peserta dan pengguna Mudah.my
Di anbtara Blogger, Media dan Pengguna Mudah.my yang memeriahkan acara

“Kami amat bangga dengan vendor di laman web kami dan menerusi acara seperti ini kami berharap untuk menggalakkan lebih ramai penjual tempatan menggunakan platform kami untuk menambah bilangan pelanggan mereka,” ujarnya lagi.

Untuk menyokong usahawan tempat dan perniagaan dalam talian mereka, pengguna boleh melihat iklan Mudah.my menerusi pautan Nona Manis dan Ketupat Palas. Kini lebih daripada 8 juta pelawat unik melayari Mudah.my untuk menjual dan membeli segala barangan, pekerjaan, perkhidmatan dan pelbagai lagi

 

 

 

Published by
Faridah Talib