Kerangupan kacang dhal yang menjadi bahan utama Masala Vadey ni memang jadi kegemaran rakyat Malaysia. Tak sampai 10 minit dihidang dah licin pinggan, cerita pemilik resipi ini Kathy Kay.
Sedapnya melangkaui selera rakyat Malaysia tanpa mengenal kaum. Siapa tak suka bunyi krap krup saat mengunyah vadey masala. Jom semak resipi dari Kathy Kay- JOM Jenguk Dapur KK.
MASALA VADEY
BAHAN-BAHAN :
1 kg kacang dal tanpa kulit
* kalau dapat yang dal Australia lebih bagus kurang bau, lebih besar dan sedikit leper .
* rendam sekurangnya 3- 4 jam. Kecuali ada pengisar kuasa tinggi.
Ads
4 biji bawang besar | dihiris kecil
2 inci halia. | diparut halus
2 sdb jintan manis
2 sdb jintan putih
8-10 tangkai cili kering digunting kecil
2 biji cili hijau| digunting kecil
2 tangkai daun kari | digunting kecil
2 sdt garam masala
Garam secukup rasa
*beberapa tangkai daun kari. Goreng garing dan tabur. * Goreng sedikit setiap kali selepas gorengan kuih, untuk kuih yang lebih wangi.
CARA MEMASAK :
Cuci dan tos kacang dal
Kisar menggunakan sedikit air sekadar boleh kisar.
3. Tinggalkan sedikit yang tidak kisar. Dalam 2 genggam. 4. Campurkan yang kisar dan yang kasar. Gaulkan
Ads
5.
Masukkan senua bahan lain dan gaul rata.
6.
5. Masa ni tengok adunan. Jika basah berair. Curah adunan dalam penapis halus. Dan biar sejat. Jika terlalu basah. Semasa goreng kuih akan pecah. 6. Panaskan minyak. Biar betul panas. 7. Goreng setangkai daun kari. Keluarkan. 8. Ambil sekepal adunan dengan tangan basah. Kepalkan sedikit dan bentuk atas tapak tangan agar cantik terbentuk
Ads
9. Masukkan cara perlahan dalam minyak yang panas tadi. Dan biar hingga kekuningan. Baru boleh diterbalikkan. Adunan tidak ada tepung. Jika usik terlalu awal akan pecah. 10. Setiap gorengan jangan terlalu banyak kerana suhu minyak akan menurun. Tidak cukup panas kuih akan berderai hancur
**media[19530]*
11. Goreng hingga kuning keemasan atau ikut selera masing-masomg. Ada yang suka hingga betul-betul garing. 12. Toskan. Hidangkan dengan taburan daun kari. Enak dimakan panas. Bersama gigitan cili hijau.SELAMAT MENCUBA.
INFO DAN TEKNIK :
Banyak cili ikut kepedasan masing2. Boleh juga tambah cili padi jika suka.
Minyak pastikan betul2 panas pada setiap gorengan.
Jika adunan terlebih air. Toskan guna penapis yg halus dan biar sejat sebentar.
Adunan yang baik. Adalah yang boleh dikepal dan dibentuk. Tidak pecah bila dialih perlahan.
Fb : Kathy Kay- JOM Jengah Dapur KK
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bila sebut sate, sate ayam dan daging antara yang paling digemari ramai. Malah hidangan ini juga sangat sinonim dengan raya. Bagi anda yang rasa nak makan sate yang sedap dan mudah, resipi yang RASA kongsi ni boleh dicuba. Boleh buat awal dan sangat jimat berbanding yang dibeli. Jom cuba!
1. SATE AYAM
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | dibersihkan
5 sudu makan madu
BAHAN KISAR:
15 ulas bawang merah
8 ulas bawang putih
2cm halia
10 tangkai cili kering – ikut kepedasan sendiri
7 batang serai
2cm kunyit hidup
1 sudu teh garam
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
150gm gula
Lidi sate secukupnya
CARA MEMASAK:
Ayam dibersihkan dan diambil isinya. Potong dadu dan masukkan ke dalam bekas besar.
Kemudian tuang bahan kisar. Gaul rata.
Tuangkan madu. Gaul lagi hingga semua bahan sebati. Perap selama 2 jam.
Cucu isi ayam pada lidi dan bakar hingga masak.
Sedia untuk dinikmati.
2. SATE DAGING
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | dihiris nipis
30 ulas bawang merah | dikisar
15 ulas bawang putih | dikisar
20 tangkai cili kering | dikisar halus
5cm kunyit hidup | dikisar halus
3 batang serai | dikisar halus
3cm lengkuas | dikisar halus
3cm halia | dikisar halus
3 sudu teh jintan manis | dikisar halus
3 sudu teh jintan putih | dikisar halus
3 sudu makan gula
Garam secukup rasa
Sedikit minyak sapi | dicairkan
1 batang serai | dititik
Lidi sate secukupnya
CARA MEMASAK:
Bersihkan daging dan perapkan bersama bahan yang telah dikisar halus. Tambahkan garam serta gula secukupnya. Perap semalaman.
Cucuk daging pada lidi sate dengan kemas. Jangan susun terlalu rapat kerana akan menyebabkan sate masak tidak sekata.
Bakar sate sehingga masak. Ambil serai dan celup pada cairan minyak sapi dan sapu pada daging supaya tidak kering semasa dibakar .
Ubi kayu boleh diolah menjadi banyak hidangan, dari rebus, buat pengat atau bubur mahupun dijadikan bingka.
Paling ringkas buat ubi kayu goreng, menu ini kalau dimakan panas-panas memang sedap sangat. Tapi nak lagi sedap ubi kayu goreng ini jangan goreng begitu saja.
Tambah sikit bahan ini supaya jadi lebih sedap dan ada rasa pedas-pedas sikit. Inilah yang buat makin enak tak boleh berhenti makan. Ini cara orang kampung buat ubi kayu goreng.
Cara buat ubi kayu goreng yang sedap
1 kg ubi kayu dipotong dan direbus separuh empuk. Waktu rebus masukkan sekali bawang putih tumbuk, serbuk kunyit dan garam sekali.
2. Bila sudah separuh empuk, tos airnya tapi tinggalkan sedikit supaya ubi lembap-lembap panas.
3. Gaulkan ubi kayu tadi dengan serbuk cili, bawang merah yang ditumbuk dan putih telur yang dipukul dengan garpu. Gaul sebati.
4. Kemudian tambah sedikit tepung gandum. Gaul rata.
5. Selepas gaul ubi dengan tepung terus goreng waktu ubi masih hangat.
6. Hasilnya ubi kayu goreng akan jadi lebih garing dan sedap. Makan begitu saja pun dah sedap tak perlu cicah gula atau sambal.
Peria Crispy memang sedap! Nampak macam biasa je tapi sayur ni mempunyai nilai khasiat yang luar biasa. Ia dikatakan mampu mengatasi masalah tekanan darah tinggi.
Walaupun begitu, masih ramai yang kurang menggemari sayur ini dek kerana rasanya yang pahit. Selain dijadikan ulam, dimasukkan ke dalam masakan, salah satu masakan sedap yang anda boleh hasilkan ialah Peria Goreng Crispy.
Lebih istimewa, resipi perkongsian saudari Noorfaizah Aziz ni hanya guna 2 bahan. Memang mudah. Jom lihat cara-caranya.
foto: http://healthyliving.natureloc.com
CARA MASAK PERIA GORENG CRISPY GUNA 2 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
Peria katak
Tepung goreng serbaguna
Air garam
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan peria dan potong nipis-nipis dan pastikan ketebalannya sama.
2. Rendam dalam air garam seketika anggaran 30 minit. Kemudian toskan dan lap sedikit peria menggunakan tisu supaya tidak terlalu basah.
3. Gaul hirisan peria tadi bersama tepung goreng serbaguna hingga bersalut sepenuhnya.
4. Panaskan minyak yang banyak dan goreng peria hingga garing.
5. Angkat dan toskan minyaknya. Bila dah sejuk, boleh simpan dalam bekas kedap udara supaya kekal rangup dan tahan lama.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.