Masak nasi petang untuk makan malam, masak lebih untuk buat nasi goreng pagi esoknya. Tapi jadi frust bila bukak tudung periuk, nasi dah basi. Lagi geram kejadian ini berlaku berulang kali.

Bagi mengelakkan nasi basi hingga menyebabkan pembaziran boleh ikut petua dikongsi oleh Ida Shahida ini.

Punca nasi kerap basi

Tapi sebelum itu kena tahu, punca nasi basi ini adalah akibat periuk nasi tak dibersihkan dengan betul.Periuk nasi dibasuh tapi masih ada baki kotoran tertinggal, contohnya nasi melekat yang tak dibersihkan dengan betul.

Keadaan ini menyebabkan berlaku pembiakan bakteria dalam periuk yang jadi punca nasi kita cepat basi.  Bagi memastikan ia tak berlaku lagi basuh periuk ikut petua ini.

Ads

Masalah Nasi Selalu Basi, Basuh Periuk Dengan 2 Bahan Ini Supaya Tak Berulang

Kena basuh periuk ikut cara ini

Cara kena basuh periuk nasi ini sebersih-bersihkan terutama jika nasi pernah basi di dalamnya dan dibiarkan lama. Caranya seperti berikut

1. Ambil periuk nasi bersama dengan tudung sekalu. Basih bersih-bersih guna sabun. Pastikan tiada baki nasi melekat tertinggal.

2. Kemudian sediakan garam kasar 3 genggam penuh campurkan asam gelugur atau asam keping dalam 10 keping.

3. Masukkan dalam periuk tambah sedikit saja air supaya air garam dan asam dapat bersatu. Bersihkan periuk dengan tangan guna air garam dan asam keping selama 3-4 minit. Kemudian biar selama 15 minit.

Masalah Nasi Selalu Basi, Basuh Periuk Dengan 2 Bahan Ini Supaya Tak Berulang

Ads

4. Ulang 3-4 kali, buat pada tudung periuk sekali. Kemudian basuh periuk dan tudung dengan sabun dan bilas bersih.

5. Akhir sekali didihkan air dalam periuk tersebut selama 15 minit. Selepas itu buang air dan keringkan periuk.

Sekarang periuk nasi dah bersih dan kalau masak nasi insya-Allah tak basi walau lebih 24 jam. Jika berlaku lagi kejadian nasi basi, ulang langkah di atas supaya periuk kembali bersih.

Ads

Semoga bermanfaat.

Sumber: Ida Shahida

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI