Peti ais fungsinya adalah menyejukkan bahan makanan yang disimpan di dalamnya bagi memastikan ia tahan lama.
Tapi jadi masalah bila peti sejuk yang sepatutnya sejuk tapi tak berfungsi sedemikian termasuklah bahagian freezer. Ia boleh menyebabkan makanan yang disimpan jadi rosak atau busuk.
Supaya hal ini tak terjadi, selain membersihkan dalam peti bahagian belakang juga harus bebas dari kotoran dan habuk kerana inilah punca masalah peti ais tidak sejuk.
Menurut video perkongsian Hairul V Cool, salah satu punca peti ais tidak sejuk adalah keadaan belakang alat ini iaitu condenser sudah berhabuk dan kotor. Condenser ini perlu dibersihkan supaya tidak menjejaskan fungsi peti sejuk.
“Salah satu punca peti sejuk tak kurang sejuk terutama yang ada condenser di belakangnya adalah kerana keadaannya yang kotor atau berhabuk.
“Jadi kita boleh buka sendiri dan periksa. Jika condenser kotor, berhabuk lama kelamaan condenser akan jadi panas. Sekali gus menyebabkan peti sejuk kurang sejuk dan lambat beku. Jika dibiarkan ia juga boleh menjejaskan compressor.
” Cara untuk bersihkan tak susah, jika ada blower boleh gunakan. Jika tiada boleh guna berus atau kain saja untuk lap bahagian ini.
” Bagi peti sejuk yang ada condenser memang kita kena servis sendiri,” pesannya.
INFO: Sebelum membersihkan condenser peti sejuk ini pastikan suis ditutup terlebih dahulu.
@hairulvcoolNi lah punca peti sejuk kurang sejuk! Buat sendiri “ZERO” kos.♬ bunyi asal – Hairul Vcool
Kredit: Hairul V Cool
Baca: Deep Clean Peti Sejuk Yang Lama Tak Dibersihkan. Ini Cara Mudah Hilangkan Kotoran Yang Melekat