Masam Manis Jus Kedondong Asam Boi, Minuman Penyejuk Tekak Paling Ummpp

Share

Jus Kedondong Asam Boi ini antara minuman yang turut diminati setiap kali bulan Ramadan. Minuman penyejuk tekak yang cukup popular bukan sahaja di bazar Ramadan tetapi juga di pasar-pasar malam. Bila dapat minum waktu cuaca panas, lagilah nikmat. Marilah kita cuba buat sendiri Jus Kedondong Asam Boi ‘mengikut’ resipi yang dikongsikan oleh Yuslan Ibrahim

ini.

RESEPI JUS KEDONDONG ASAM BOI

BAHAN-BAHAN:

12 biji buah kedondong
10 biji asam boi –BELI ONLINE
4 biji limau kasturi, perah jusnya –BELI ONLINE
3 liter air kurang lebih
Gula secukup rasa –BELI ONLINE
Ais kiub secukupnya

CARA MEMBUAT:

1. Rendam 5 biji asam boi dengan 1 liter air dan 2 camca besar gula pasir hingga gula larut.

2. Sejukkan. Sementara itu cuci buah kedondong hingga bersih (sental kulit buah dengan berus hingga kelihatan hijau) atau boleh juga kikis dengan pisau.

3. Potong kecil isi buah dan buang bijinya. Ketepikan.

4. Kikis isi asam boi yang telah direndam tadi, buang bijinya.

5. Air asam boi digunakan untuk mengisar buah kedondong dan tapis dalam jug.

6. Tambah baki air tadi, kacau supaya sebati. Rasa manis boleh agak-agak.

7. Masukkan jus limau kasturi dan baki 5 biji asam boi.

8. Kacau dan biarkan sekejap.

9. Tambah ais kiub secukupnya dan boleh hidangkan.

Sumber kredit: Yuslan Ibrahim

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Published by
Has