Sajian asam rebus menjadi kegilaan ramai. Manakan tidak, mendengar namanya sahaja sudah mampu mengecurkan air liur. Titisan kuah beraroma, pedas dan masam ini menjadikan sajian dinikmati penuh berselera hingga ke akhir suapan.

Nak cuba? Jom lihat menu-menu yang boleh anda sediakan tengah hari ni.

1.  KELADI MASAK ASAM

Masam, Pedas & Beraroma! Aneka Pilihan Lauk Masak Asam Pilihan Ramai.

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm batang keladi
  • 10 tangkai cili kering
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 keping asam gelugur
  • Sedikit hirisan lengkuas dan halia | dimayang halus
  • Sedikit ibu kunyit
  • 2 tangkai daun kesum
  • Sedikit belacan
  • 800ml air

CARA MEMASAK:

  1. Batang keladi dibersihkan lalu dipotong kecil. Basuh dan toskan airnya. Celur seketika.
  2. Tumbuk belacan, cili kering, bawang merah, bawang putih dan ibu kunyit sehingga lumat.
  3. Masukkan bahan tumbuk, daun kesum, asam gelugur dan air ke dalam periuk. Biarkan mendidih.
  4. Kemudian masukkan batang keladi. Kacau rata.
  5. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya.
  6. Apabila batang keladi kelihatan lembut, angkat dan nikmati bersama nasi putih.

2.  LALA MASAK ASAM REBUS PEDAS

Masam, Pedas & Beraroma! Aneka Pilihan Lauk Masak Asam Pilihan Ramai.

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 500gm lala | dibersihkan
  • 2 biji bawang merah | dihiris nipis
  • 2 biji cili merah | dihiris nipis
  • 4 biji cili padi | dihiris nipis
  • 1 batang serai | dihiris nipis
  • 2cm lengkuas
  • 2cm halia
  • 1 tangkai daun kesum
  • 1 kuntum bunga kantan | dibelah dua
  • 1 cawan air asam jawa
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 2cm kunyit
  • 4 biji cili padi
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan

CARA MEMASAK:

  1. Didihkan air dan masukkan bahan hiris dan juga bahan yang dikisar. Gaul rata.
  2. Kemudian masukkan air asam jawa, daun kesum, bunga kantan dan lala. Biar sehingga lala masak.
  3. Setelah mendidih, perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya.
  4. Angkat dan hidangkan.

 3.  ASAM REBUS IKAN

Masam, Pedas & Beraroma! Aneka Pilihan Lauk Masak Asam Pilihan Ramai.

BAHAN-BAHAN:

  • 2 ekor ikan kembung
  • 4 keping asam gelugur
  • 3 tangkai daun kesum
  • 1/4 biji nanas | dipotong kecil
  • Sedikit kunyit hidup | ditumbuk
  • 1 kuntum bunga kantan | dibelah dua
  • 4 biji cili merah | ditumbuk halus
  • Sedikit belacan | ditumbuk halus
  • 2 biji bawang merah | ditumbuk halus
  • 1 ulas bawang putih | ditumbuk halus
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Bersihkan ikan. Jika guna ikan bersaiz besar, potong kecil.
  2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak sehingga air mendidih.
  3. Apabila ikan kelihatan masak, perasakan dengan garam serta gula dengan secukup rasa.
  4. Siap untuk dihidangkan. 

4.  ASAM PEDAS DAGING

Masam, Pedas & Beraroma! Aneka Pilihan Lauk Masak Asam Pilihan Ramai.

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging | dihiris nipis
  • 4 keping asam gelugur
  • 2 ulas bawang putih
  • 5cm lengkuas
  • 3cm kunyit
  • 15 biji cili padi merah dan hijau
  • 1 sudu makan biji ketumbar
  • 1/2 sudu teh jintan manis
  • Garam secukup rasa
  • Air  secukupnya | untuk merebus

CARA MEMASAK:

  1. Tumbuk biji ketumbar dan jintan manis. Jangan terlalu halus.
  2. Masukkan kesemua bahan (kecuali cili padi ) ke dalam periuk. Masukkan air dan masak sehingga daging empuk.
  3. Kemudian masukkan garam dan cili padi. Imbangkan rasa masin mengikut cita rasa anda.
  4. Angkat dan siap untuk dihidangkan.

Info chef: Sebaiknya guna daging batang pinang kerana ia mudah empuk.

 

IKLAN

 

 

 

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI