
Donut gebu buat untuk berbuka memang mengenyangkan. Nak buat donut yang gebu kenalah ikut langkah demi langkah. Dah biasa makan donut perisa biasa apa kata ubah citarasa dengan meletakkan kentang. Hasilnya lebih berganda enak.
MASHED POTATO DOUGHNUT
250gm tepung roti/gandum
40gm butter (sis guna salted butter)
50gm air ais
6gm yis
2 biji merah telur
25gm susu tepung
50gm gula kastor
100gm kentang lenyek (kukus, lenyek & sejukkan terlebih dahulu)
Cara memasak:-
1.Uli semua bahan2 di atas sehingga sebati
2.Air ais hendaklah dimasukkan sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati. Adunan ini akan melekit. Jangan risau.
3.Tutupkan adunan dengan kain lembab. Adunan akan naik sekali ganda.
4.Keluarkan & tumbuk2 adunan untuk keluarkan udara di dalam adunan
5.Selepas itu tutup adunan sekali lagi dengan kain lembab. Adunan akan naik sekali ganda lagi
6.Keluarkan adunan & bolehlah di roll dah terap dengan acuan donut.
7.Setelah habis diterap biarkan adunan naik sekali ganda lagi & goreng dengan minyak panas.
8.Angkat & taburkan dengan gula kastor atau gula aising.
SELAMAT MENCUBA!
Resipi ikhlas daripada Datin Shida Yusoff @missdessertparlour
Nota : adunan ini boleh juga dijadikan soft rolls.
Rendang Limpa Lembu Tak Liat dan Berbau, Juadah Enak Pagi Syawal
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Kimbap Korea. Buat Sendiri Baru Puas Hati.

Bagi para peminat K-pop, boleh pakat cuba resipi Kimbap ni. Nampak sangat sedap dan membuka selera. Maklumlah, jika beli di restoran makanan Korea, segulung Kimbap sudah berapa harganya. Memang mahal. Jadi jom cuba buat secara homemade guna resipi perkongsian saudari Zurina Zulkefli. Makan pula dengan Kimchi. Aduhai. Sedapnya….Pasti puas hati.
CARA BUAT KIMBAP KOREA SECARA HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras sushi
1 sudu teh minyak bijan
Secubit garam halus
Kepingan rumpai laut – boleh beli pasar raya
Tikar penggulung

BAHAN INTI:
1 ikat bayam hijau
1 batang timun
1 batang lobak merah
3 biji telur
Hirisan daging secukupnya
Sos tiram secukupnya
Serbuk lada hitam secukupnya
CARA MEMASAK NASI:
1. Basuh beras dan tanak seperti biasa. Air guna sukatan jari. ( info RASA: Boleh ikut sukatan pada pek beras)
2. Setelah nasi masak, letak dalam mangkuk. Kemudian tambahkan 1 sudu teh minyak bijan dan secubit garam halus. Gaul rata.
INFO: Kalau nak guna beras biasa pun boleh tapi pastikan ditanak lembut dan tidak lembik.
CARA MEMASAK INTI:
1. Petik bahagian bayam hijau yang lembut. Celur 2 minit, angkat dan toskan.
2. Untuk timun, potong memanjang dan buang bahagian empulur yang berjus.
3. Buang kulit lobak merah dan hiris memanjang. Kemudian sangai dalam kuali supaya sedikit lembut. Boleh tambah secubit garam.
4. Dalam bekas berlainan, pecahkan telur dan tambahkan sedcubit garam. Masak seperti menyediakan telur dadar. Bila dah masak, hiris memanjang.
5. Untuk daging pula, perap bersama sos tiram serta serbuk lada hitam dengan secukupnya. Kemudian masak dalam kuali hingga jus daging kering. Boleh juga guna isi ayam, filamen ketam atau sosej.

CARA GULUNG KIMBAP:
1. Tebar tikar penggulung.
2. Alas sekeping rumpai laut.
3. Ratakan nasi ke atas rumpai laut. ( Pastikan ada ruang).

4. Letak inti satu persatu. Jangan kedekut. Lagi banyak inti, lagi sedap.

5. Gulung dan tekap kimbap sepenuhnya agar gulungan kimbap menjadi kemas.

6. Sapu minyak bijan ke atas kimbap kemudian potong satu persatu. ( info RASA: Boleh dilakukan dengan titis minyak bijan pada tangan kemudian gosok pada gulungan Kimbap hingga rata)

7. Untuk menikmatinya, boleh picit mayones jenama Kewpie diatas Kimbap. Memang sedap.

8. Sedia untuk dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Zurina Zulkefli
Tercari-cari ‘RICE COOKER’ yang berkualiti dengan harga yang berpatutan untuk masak Kimbab ni? Boleh dapatkan DISINI.
Nak lebih banyak resipi best? Boleh cuba resipi di bawah ni:
3 Jenis Kuih dan Manisan Berasaskan Keledek Yang Sedap

Keledek ada yang warna kuning, ungu dan putih namun khasiatnya adalah sama. Keledek kaya dengan pelbagai manfaat kesihatan dan dikatakan antara yang terbaik berbanding keluarga ubi yang lain. Kandungan karbohidrat,Vitamin A, B6, C, Kalium, yang ada dalam sebiji keledek dikatakan mampu menghalang penyebaran toksin dan radikal bebas di dalam tubuh.
RASA berikan tiga resipi manisan berasaskan keledek yang boleh anda cuba dan mendapat khasiatnya.
TALAM KELEDEK

BAHAN-BAHAN:
LAPISAN BAWAH:
- 500 gram keledek ungu | kukus
- 2 cawan tepung beras
- 2 sudu makan tepung ubi
- 3/4 cawan gula pasir
- 1 liter santan
- 1 sudu teh garam halus
LAPISAN ATAS:
- 100 gram tepung beras
- 3 sudu makan tepung jagung
- 1 liter santan dari sebiji kelapa
- 2sudu teh garam halus
CARA MEMASAK:
- Untuk lapisan bawah, lenyekkan keledek hingga hancur.
- Kemudian, campurkan semua bahan kemudian kacau rata.
- Tapiskan ke dalam periuk.
- Renehkan atas api perlahan hingga hampir pekat. Tutup api
- Tuangkan dalam managkuk kuih lompang dan kukus selama 15 minit dalam kukusan yang telah sedia dipanaskan.
- Untuk menyediakan lapisan atas, satukan semua bahan gaul kacau sebati.
- Tapiskan, kemudian tuang di atas lapisan bawah yang telah dicucuk dengan garapu.
- Kukus semula lebih kurang 12-15 minit lagi.
- Setelah masak, tutup api dan buka penutup kukus.
- Setelah sejuk keluarkan dari acuan dan sedia dihidangkan.
ONDE-ONDE KELEDEK

BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan keledek yang telah direbus
- 2 cawan tepung pulut
- 1 ketul gula melaka | potong dadu kecil
- 2 mangkuk kelapa parut | putih sahaja
- Secubit garam
CARA MEMASAK:
- Campurkan keledek yang telah dilenyek dengan tepung pulut, gaul rata hingga menjadi doh lembut.
- Tambah sedikit air jika perlu.
- Bulat-bulatkan menjadi bulatan kecil, kemudian masukkan ketulan gula Melaka dan tutup semula.
- Bembali bentukkannya menjadi bulat. Lakukan hingga habis.
- Panaskan air dalam periuk, setelah mendidih masukkan onde-onde.
- Semetara itu, sediakan kelapa parut yang telah digaul dengan secubit garam di dalam loyang.
- Setelah onde-onde timbul angkat menggunakan penapis, toskan dan gaul dalam kelapa parut tadi.
- Onde-onde sedia dihidangkan.
BUBUR KELEDEK PELANGI

BAHAN-BAHAN:
- 1 biji keledek warna unggu | potong dadu kecil
- 1 biji keledek warna kuning | potong dadu kecil
- 2 sudu makan sagu mata ikan warna hijau
- 1/2 cawan gula pasir
- Secubit garam
- 500 ml santan
- 150 ml susu cair
- 1 helai daun pandan
CARA MEMASAK:
- Kukus keledek yang telah didadu separuh masak. Ketepikan.
- Cucu sagu di bawah air mengalir kemudian masukkan dalam air yang telah didihkan dalam periuk.
- Setelah sagu bertukar jernih. Angkat dan lalukan di bawah air mengalir. Masukkan dalam bekas bersama sedikit air.
- Masukkan santan dalam periuk bersama gula, secubit garam dan daun pandan. Renehkan atas api sederhana.
- Setelah mereneh masukkan keledek, seketika kemudian masukkan pula sagu.
- Sebelum angakat masukkan susu cair, gaul rata dan tutup api.
- Bubur sedia dihidangkan.
Selamat mencuba.
Sarapan Puding Roti Gaya Arab. Boleh Makan Masa Moreh.

Masyarakat Arab memang suka makan yang manis-manis. Di samping susu, yogurt mereka suka meletakkan rempah seperti kayu manis,saffron. Dan yang mereka suka adalah meletak kekacang seperi badam, gajus , pistachio dan lain-lain.
Ada juga suka mencampurkan dengan buah-buahan kismis, kurma , prun dan apricot. Ni min kongsikan 2 resipi pudding roti gaya Arab dan Umm Ali. Keduanya adalah pudding roti tetapi sentuhan yang sedikit berbezas
Resipi : dohadimataku.wordpress.com.
- PUDING ROTI GAYA ARAB (dikukus)

BAHAN-BAHAN :
- 4 keping roti
- 3 sudu besar gula pasir
- 2 biji telur
- 2 sudu besar mentega
- 1 tin susu cair ideal- 375ml @ susu segar
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1/2 cawan cornflakesKismis, badam, gajus | ikut suka hati nak letak banyak mana… } bahan kering
- 2 biji aprikot (dihiris), 2 biji kurma (dihiris), 2 biji buah tin (dihiris) } bahan kering
* kalau tak ada buah tin dan kurma takpa, aprikot pun ok.
CARA MEMASAKNYA:
- Sapukan roti dengan mentega, sebelah bahagian roti sahaja.
- Potong roti kepada 2 bahagian dan susun lapisan pertama ke dalam acuan.
- Masukkan conflakes dan sedikit bahan kering.
- Susun baki roti untuk lapisan kedua dan taburkan baki bahan kering di atasnya.
- Di dalam mangkuk lain, pukul telur dengan gula. setelah gula hancur masukkan susu dan esen vanila.
- Kacau sebati dan tuangkan ke dalam acuan berisi roti tadi. biarkan roti kembang sekejap.
- Masukkan adunan ke dalam pengukus. kukus dalam api sederhana selama 20 ke 25 minit, jangan buka pengukus selagi belum 20 minit.
Keistimewaan : Boleh dimakan semasa panas atau sejuk (simpan dalam peti ais). Sedap dihidangkan dengan aiskrim vanilla atau sirap strawberi.
Saiz hidangan : 2 orang
Teknik memasak: kukus
2. UMM ALI (dibakar)

BAHAN-BAHAN :
- 6 keping roti | disiat-siat
- 900 ml susu cair
- Gula secukup rasa
- 2 sudu makan kismis
- 3 sudu mkan hirisan badam
- 1 sudu teh serbuk kayu manis
- 1 /2 batang kulit kayu manis
CARA MEMASAK
1.Siat-siatkan roti tawar, ratkan di pinggan/loyang, taburkan kismis, kekacang, dan serbuk kayu manis.
2. Panaskan susu + gula pasir+ batang kayu manis hingga gula larut, tidak perlu sampai mendidih.
3. Tuang larutan gula susu ke atas roti sampai rata, buang batang kayumanisnya.
4. Bakar dalam oven hingga nampak keperangan.
5. Boleh dinikmati panas atau sejuk..
Perkongsian resipi Umm Ali dari Yaayakitchen dari laman cookpad.com.

