Masih Masak Menggunakan Aluminium Foil ?…Oh, Tidak.

Share
Bila memanggang makanan korang pernah guna aluminium foil tak. Alaa kertas aluminium untuk balut daging, ayam, ikan bila masak BBQ tu. Waspada lah ya sebab ia boleh memudaratkan kesihatan.

Ada bahaya di sebalik penggunaan aluminium foil itu.

Mengapa aluminium tu boleh jadi bahaya pulak ?

Tahukah korang aluminium ini adalah logam yang sangat reaktif dan bertindak balas dengan makanan yang dibalutnya. Jadi jika anda terlalu kerap menggunakann semasa memasak terutamanya untuk makanan yang berasid dan pedas. Masakan jenis ini boleh menyerap logam didalam foil bila dipanaskan.

Dos aluminium yang tinggi dipercayai boleh menyumbang kepada penyakit osteoporosis dan Alzheimer. Selain itu ia juga dikaitkan dengan pesakit tulang dan kegagalan buah pinggang Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mendapati bahawa 40mg logam ialah pengambilan harian yang selamat.

Tetapi satu kajian yang dijalankan oleh penyelidik di Universiti Amerika Sharikat menunjukkan bahawa makanan yang dimasak dalam 'foil' tersebut boleh mengandungi lebih dari enam kali dari jumlah itu, dengan satu bahagian daging dimasak mengandungi sehingga 400mg.

Penyelidik tersebut iaitu Dr Fathia Mohammed dan Dr Essam Zubaidy telah memasak pelbagai daging dengan berbagai jenis bahan lain seperti tomato, cuka, garam bersama-sama dengan sayur-sayuran dan air. Mereka juga selaraskan suhu dan tempoh masa.

Kajian ini menunjukkan bahawa makanan yang berasid seperti menggunakan jus lemon atau sos tomato mengandungi aluminium yang tinggi. Tambahan pula, apabila ditambah rempah ratus kepada campuran tadi, ia menjadikan kandungan aluminium tersebut semakin tinggi.

Bagi makanan yang dimasak dengan alkohol dan garam pula, ia tidak menyerap banyak. Walaupun badan manusia sebenarnya boleh menangani jumlah logam yang kecil di dalam badan, tetapi ia akan menjadi bermasalah apabila tubuh kita menerima jumlah yang berlebihan.

Dah tahu kan, jadi carilah alternatif lain untuk membalut makanan untuk dimasak. Orang dulu-dulu guna daun pisang aje bila nak memanggang dan membakar ikan, daging dan makanan laut, Malah ia menyedapkan lagi masakan kerana aroma daun pisang akan menyerap pada makanan.

Memang sukar nak cari daun pisang ni lebih-lebih lagi bagi warga kota yang tinggal di pangsapuri, flat dan kawasan perumahan lain. Tapi cuba lah elakkan menggunakannya terlalu kerap, kesihatan tu lebih penting kan.Kata orang cegah sebelum rawat tu lebih bijak.

Rujukan : iluminasi.com, metro.co.uk, Risk Assessment of Using Aluminium Foil in Food Preparation

Published by
Faridah Talib