Ehh..! Matcha dengan Green Tea mempunyai rasa serta warna hampir sama dan dihasilkan dari tumbuhan yang sama itu pokok Camellia Sinesis. Tetapi kenapa kedua-duanya berbeza? Ia adalah kerana Matcha dan Green Tea dihasilkan melalui proses yang berlainan dan hasil produk yang berbeza. Berikut info yang RASA kongsikan perzaaan yang membezakan dua produk ini:-
Secara Fizikal:
Kedua-duanya dihasilkan dari tumbuhan yang sama, tapi hasil selepas diproses menjadikan Matcha dan Green Tea berbeza. Matcha adalah serbuk halus, untuk membuat Matcha daun teh difermentasi selama 20-30 hari sebelum dikeringkan dalam masa yang singkat supaya warna hijau daun tidak pudar. Kemudian ia dikisar menjadi serbuk halus. Sedangkan Green Tea secara mata kasar masih nampak kepingan halus daun teh yang dikeringkan. Sama seperti serbuk biasa yang ada dijual di pasaran.
Ads
Rasa dan Warna:
Ads
Matcha dan Green Tea, kedua-duanya mempunyai rasa yang tersendiri apabila dibancuh dengan air panas. Namun Matcha cenderung lebih creamy tekstur dan rasanya hampir sama dengan rumpai laut dan boleh dilihat dengan warna hijau segar dan tidak ada aftertaste seperti pahit atau maung selepas meminumnya. Green Te pula, selepas dibancuh, ia lebih jernih sedikit hijau kekuningan . Sebaik menikmatinya, anda akan mendapatkan sensasi rasa segar yang ringan. Dan selepas meminumnya, anda akan merasa aftertaste yang sedikit kelat dan pahit.
Ads
Cara Pengambilan:
Matcha boleh diambil dengan pelbagai cara berbanding Green Tea. Sebagai minuman Matcha boleh dibancuh dengan air panas untuk dijadikan latte atau dicampur bersama susu dan untuk makanan, Matcha boleh dicampur ke dalam adunan kuih, puding dan juga aiskrim. Sedangkan Green Tea hanya sesuai dinikmati sebagai minuman sahaja. Ia mesti dibancuh dengan air panas, kemudian dibiarkan teh larut hingga 3-4 minit sebelum ditapis dan dituang ke dalam cawan. Untuk menikmati rasa secara maksimun, ambilnya tanpa gula, madu atau pemanis lainnya.
Dah tahu perbezaannnya, terpulang pada anda untuk lebih cenderung mengambil Matcha atau Green Tea. Namun kedua-duanya kaya dengan antioksidan yang tinggi.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Orang kata ikan masin, lauk pembuka selera, tetapi bila terlalu masin bahaya juga untuk kesihatan. Bagi mengatasi masalah ini, berikut tip mudah yang boleh bantu kurangkan rasa masin melampau dan anda boleh menikmati ikan masin dengan lebih sihat. Cubalah salah satu dari tiga tip berikut:
Rendam Dengan Air Biasa
Rendam ikan masin dengan air basa selama 12-24 jam, dengan cara ini garam yang sebati dengan isi ikan akan larut dalam air. Syaratnya, sekurang-kurangnya anda kena tukar air rendaman 3-4 kali sepanjang proses rendaman. Lecehnya cara ini ia mengambil masa yang lama tetapi hasilnya berbaloi. Oleh itu sebelum disimpan atau dimasak toskan airnya
Rendam Dengan Air Garam
Rendam ikan masim dalam air garam ( 2 liter air tambah 1 sudu akan garam). Biarkan selama 5-10 minit. Cara ini rasa masin akan kurang dengan lebih cepat kerana masin akan lebih mudah mengalir dalam air masin. Jika masih lagi masih, boleh ulang sekali lagi proses rendaman. Selepas direndam toskan.
Rendam Dengan Air Panas
Cara ini juga mudah dan cepat untuk kurang rasa masin ikan masin. Namun tekstur ikan akan menjadi lembik dan sangat lembut. Jadi jangan rendam lebih dari 10 minit ye! Toskan betul-betul kering sebelum disimpan atau terus dimasak.
Batang keladi buat masak asam pedas, masak lemak cili api dan sebagainya memang sedap. Cuma sebelum masak penting untuk kita gunakan cara yang betul bagi membersihkan sayur ini.
Kalau salah cara tekak boleh jadi gatal-gatal bila dimasak nanti. Petua membersihkan batang keladi ini ada dikongsi oleh Safiyyah Osman. Ujarnya petua ini diturunkan sendiri oleh peniaga yang menjual keladi di pasar. Caranya;
1. Tarik buang kulit hijau yang ada dekat batang keladi walaupun peniaga keladi dah tarik siap-siap sebelum dijual. Selalunya ada yang terlepas pandang jadi tarik kulit ini semasa membasuh batang keladi. Sila pakai sarung tangan supaya tangan tak jadi gatal.
2. Basuh bersih dan toskan. Sental sikit keladi sewaktu basuh.
3. Bila hendak masak batang keladi tadi, letak asam keping 3-4 keping dan bubuh garam kasar sikit. Masak air sampai mendidih.
4. Masuk batang keladi dan masak sampai empuk atau lembut. Semasa merebus balik-balik kan supaya semua bahagian keladi kena air rebusan. Bila dah empuk angkat dan toskan. Buang air rebusan, dah boleh guna batang keladi untuk masak. Confirm tak gatal.
Jika nak masak asam pedas rebus bahan kisar sampai mendidih dan masukkan batang keladi yang siap tos tadi.
Ketika membersihkan ayam, kita sering menghadapi kesukaran untuk membuang lemak dan lendirnya sehingga bersih. Untuk memudahkan kerja anda, selepas membersihkan ayam dengan air bersih, keringkan sedikit menggunakan tisu atau kain. Kemudian lumur ayam dengan sedikit tepung gandum sehingga rata. Tarik lemak dan lendir yang melekat pada tepung hingga bersih. Kemudian bilaslah semula dengan air yang bersih dan lihat hasilnya. Cara ini bukan sahaja menanggalkan lemak tetapi juga membuang rasa hanyir ayam. Cubalah.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.