Meatball Homemade, Rasa Setanding Di Restoran Mahal

Share

Nak beratur panjang di IKEA semata-mata untuk menikmati sepinggan meatball memang tidaklah. Tapi kalau dah teringin sangat nak makan, boleh je buat sendiri di rumah. Mudah sahaja kalau ikut resipi yang dikongsi oleh Zan Zafirah Zainal. Jom kita cuba hujung minggu ini.

RESIPI MEATBALL ALA IKEA

 

BAHAN UNTUK MEATBALL:

  • 750g daging cincang
  • 100g serbuk roti
  • 1 biji bawang besar – cincang halus
  • 1 ulas bawang putih – cincang halus
  • 1 biji telur
  • 5 sudu besar susu full cream
  • Garam dan lada hitam

 

CARA PENYEDIAAN:

1. Campur semua bahan di atas sampai sebati. Bulatkan jadi bentuk bebola daging.

2. Simpan dalam peti beku 20 minit sebelum masak.

 

3. Goreng sebentar atas kuali sampai sedikit perang.

4. Masukkan dalam oven selama 30 minit, suhu 180 darjah celcius (oven biasa) atau 160 darjah celcius (fan force oven)

 

BAHAN UNTUK SOS:

  • 40g mentega
  • 40g tepung gandum
  • 2 kiub pati daging
  • 300ml air
  • 2 sudu kecil kicap lemak manis
  • 1 sudu kecil Dijon mustard
  • 150ml krim masakan/dairy whipping cream

 

CARA PENYEDIAAN:

1. Cairkan mentega. Masukkan tepung dan kacau untuk 2 minit.

 

2. Masukkan kiub pati daging, hancurkan.

 

3. Masukkan air sambil kacau perlahan untuk elakkan berketul.

 

4. Masukkan kicap, dijon mustard dan krim.

 

5. Kacau sampai pekat dan tidak berketul.

Jika anda sedang mencari HAND MIXER, boleh klik DISINI.

KREDIT RESIPI & FOTO: ZAN ZAFIRAH ZAINAL

ANDA JUGA BOLEH CUBA RESIPI INI:

Published by
Naqiyatul Uzma