Makanan segera sejuk beku kurang baik untuk kesihatan kerana mengandungi kandungan lemak, garam yang tinggi serta pengawet. Oleh itu, anda boleh cuba hasilkan makanan-makanan secara homemade untuk sajian keluarga. Salah satu yang boleh dicuba ialah meatball homemade, resipi perkongsian saudari Nor Izzatie Mardu. Nampak sedap dan ia juga tidak menggunakan MSG. Jom cuba!

Meatball Homemade Sedap Menyengat

Bahan-Bahan Meatball Homemade:

  • 500gm daging
  • Bawang besar – hiris (anggaran 1 biji)
  • Bawang putih – hiris (anggaran 2-3 ulas)
  • 3-4 sudu makan serbuk roti
  • Serbuk lada hitam secukupnya
  • Serbuk lada putih secukupnya
  • 1 biji telur
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Perasa – jika suka

Cara Memasak Meatball Homemade:

  1. Buang segala lemak pada daging dan hiris kecil. Kisar hingga halus. Nak guna daging kisar readymade pun boleh.Meatball Homemade Sedap Menyengat Tanpa MSG, Sihat & Mudah Dihasilkan
  2. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu dan naik bau. Biarkan sejuk sebelum dimasukkan ke dalam pengisar.Meatball Homemade Sedap Menyengat Tanpa MSG, Sihat & Mudah Dihasilkan
  3. Kisar serbuk roti guna pengisar hingga halus.
  4. Masukkan bawang, serbuk roti, serbuk lada hitam, serbuk lada putih, garam, gula dan telur ke dalam pengisar. Kisar sebati.Meatball Homemade Sedap Menyengat Tanpa MSG, Sihat & Mudah Dihasilkan
  5. Bulat-bulatkan adunan dan goreng menggunakan minyak yang sedikit hingga masak.Meatball Homemade Sedap Menyengat Tanpa MSG, Sihat & Mudah DihasilkanMeatball Homemade Sedap Menyengat Tanpa MSG, Sihat & Mudah Dihasilkan
  6. Angkat dan sedia untuk dinikmati ikut citarasa masing-masing.Meatball Homemade Sedap Menyengat Tanpa MSG, Sihat & Mudah Dihasilkan

Tip Tambahan:

Untuk rasa meatball homemade yang lebih sedap dan lembut, anda boleh tambahkan sedikit susu segar ke dalam adunan. Elakkan penggunaan MSG agar lebih sihat dan sesuai untuk kanak-kanak. Hidangkan bersama sos lada hitam atau sos tomato mengikut cita rasa keluarga anda.

Kredit resipi & foto: Nor Izzatie Mardu

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Power, Masak Asam Pedas Rebus Stail Orang Utara

Resipi Kerabu Telur Masin Mudah & Sedap. 10 Minit Je Dah Siap.

Adunan Tepung Pisang Goreng Sedap, Rangup & Tak Serap Minyak

Ads

Cara Buat Sira Buah Cermai. Resipi Orang Dulu-Dulu Yang Sedap & Wajib Cuba

5 Resipi Sajian Air Asam Pembuka Selera. Memang Sedap!

Sedap…Begini Cara Buat Coleslaw Sebijik Macam KFC

Cara Mudah Buat Tat Telur Portugis Homemade Yang Sedap

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI