Menu hari ni mewah dengan cheese. Kalau yang suka makan cheese menu ni pasti tidak menghampakan. Walaupun nampak simple tapi sungguh mengenyangkan. Meatball sos pasta cheese meleleh lengkap dengan rasa masam manisnya. Bau aromanya memang menyelerakan.
Meatball Sos Pasta Cheese Meleleh
27 biji / 560gm meatball daging 2 biji bawang merah (dicincang halus) 3 ulas bawang putih (dicincang halus) 1 sudu besar sos cili 600gm / 2 tin kecil sos pasta tomato (Prego traditional) 90gm lada benggala (dipotong dadu) 3/4 sudu besar garam 1 sudu kecil serbuk lada putih 100ml @ 1/2 cawan air 1 sudu besar oregano 1 sudu kecil parsley 150gm mozzarella cheese 5 kepingan cheddar cheese 30ml minyak masak
Cara memasak: 1. Mula-mula bakar meatball hingga masak.
2. Bila dah masak bolehlah angkat.
Ads
3. Dalam kuali lain panaskan minyak dan masukkan bawang merah dan bawang putih. Tumis sampai layu.
4. Kemudian masukkan lada benggala. Kacau hingga sebati.
5.Apabila sebati masukkan pula sos cili dan kacau sebati
6.Masukkan pula sos pasta tomato. Kacau hingga sebati.
7.Masukkan garam dan serbuk lada putih. Kalau risau masin, boleh letak garam sikit dulu. Kacau hingga sebati
8.Masukkan juga air. Untuk bau aroma meatball ni bertambah sedap, masukkan oregano. Kacau hingga sebati dan mendidih.
9.Bila mendidih masukkan meatball yang dibakar tadi.
10.Kacau hingga meatball sebati dengan sos dan hingga mendidih.
11.Kemudian taburkan mozzarella cheese. Nak letak banyak pun boleh, lagi sedap.
12.Letak juga kepingan cheddar cheese.
Ads
13.Bila cheddar cheese dah nampak cair, taburkan dengan parsley.
14.Cheese dah cair dan masak bolehlah angkat.
15.Makan panas-panas lagi sedap. P/S – Jika nak buat dalam bekas kecil, lepas meatball dah gaul sebati dengan sos, susun meatball dalam bekas dan barulah taburkan mozarella cheese dan letak cheddar cheese. Kemudian letak dalam microwave @ oven dalam 10 minit bagi cheese cair. Akhir sekali tabur parsley.
Pepes Daging. Sajian tradisional yang menjadi hidangan orang dulu-dulu. Ia merupakan daging yang dimasak dengan pelbagai rempah ratus yang wangi, menjadi hidangan ini begitu enak sekali. Cubalah. Anda pasti suka.
PEPES DAGING
BAHAN-BAHAN:
400gm daging | rebus ¾ masak
Daun pisang secukupnya
BAHAN KISAR:
2 inci lengkuas
1 inci halia
2 batang serai
5 biji cili besar merah
1 inci kunyit hidup
Gula dan garam secukupnya
CARA MEMASAK:
Kisar kesemua bahan dan gaul bersama daging yang telah direbus tadi.
Kemudian balut dengan daun pisang.
Bakar selama 8-10 minit.
Sedia dinikmati.
Info chef: Daun pisang tambah aroma wangi pada masakan.
Menu pencuci mulut berasaskan santan kali ni memang gerenti sedap. Dahlah ringkas bahannya, mudah pula membuatnya.Esok hujung minggu beli santan lebih sedikit. Boleh buat 5 ‘dessert’ Melayu tradisional yang menceriakan hari minggu anda sekeluarga. Jom ‘try’ ya…
1. ASAM GUMPAL
BAHAN-BAHAN :
200 gm sagu biji
100 gm kacang hijau
Garam dan gula nisan secukupnya *Gula nisan dibuat dari mayang kelapa dan dijual dalam pembalut berwarna warni
Bahan kuah :
2 cawan santan
2.5 sm halia /dimayang halus
Satu sudu teh halba
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Kacang hijau seeloknya direndam dahulu, baru direbus sampai empuk. 2. Masukkan garam dan gula nisan secukup rasa. 3. Masak sampai kering dan kemudian bulatkan kecil-kecil 4. Sagu biji yang ditoskan tadi, siramkan air panas. Jangan banyak sangat nanti lembik sagunya. 5. Gunakan plastik, ambil sagu itu kemudian kepalkan. 6. Selepas itu leperkan sedikan dan isi dengan inti kacang tadi. 7. Kepalkan dan bulatkan balik, jika tidak menggunakan plastik sagu akan melekat di tangan. 8. Susun dalam loyang dan kukus dalam 15 hingga 20 minit atau sehingga sagu masak.
Cara buah kuah : 1. Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk,nyalakan api dan kacau jangan biar santan berketul. 2. Kemudian bila sudah mendidih masukkan sagu yang dikukus tadi 3. Boleh dimakan panas-panas atau sejuk
INFO CHEF : Inti asam gumpal biar dibuat manis sedikit baru lebih sedap.
Saiz hidangan : 20 biji Masa memasak : 30 minit Cara memasak : Kukus Jenis masakan : Kuih-muih Keistimewaan : Pencuci mulut lazat dimakan semasa kuih inisejuk atau panas.
2. BUBUR KACANG HIJAU DURIAN
BAHAN-BAHAN:
2 cawan kacang hijau/ rendam dahulu sejam
Air secukupnya untuk merebus kacang hijau
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
1 ketul gula Melaka
½ cawan gula pasir
1 sudu makan minyak masak
2 helai daun pandan /belah dan simpul
1 sudu teh garam
Isi durian secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Rebus kacang hijau bersama air, garam dan masukkan 1 sudu makan minyak masak (untuk cepat empuk). 2. Bila kacang telah empuk dan kembang, masukkan gula pasir 3. Masukkan gula Melaka yang diracik, kacau hingga gula larut dan sebati. 4. Masukkan isi durian, masukkan pula santan cair ke dalam periuk bersama daun pandan. 5. Masukkan santan pekat dan gaul sebati. Biarkan mendidih sebentar dan tutup api. 6. Setelah siap bolehlah dihidangkan
Saiz hidangan : 10 orang Masa memasak : 15 minit Cara memasak : Didih Jenis masakan : Pencuci mulut Keistimewaan : Bubur kacang hijau jadi makanan lepas buka istimewa terutamanya waktu moreh
INFO CHEF : Tambahan durian mengenakkan bubur kacang hijau. Mudah dan ringkas disediakan.
3. AGAR-AGAR SANTAN
BAHAN-BAHAN ;
10-12 gram agar-agar
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 biji telur
3 1/2 cawan air
1 1/4 cawan gula (kurangkan sedikit jika tak suka manis)
1/2 sudu kecil garam
2-3 helai daun pandan
CARA MEMASAK: 1. Basuh agar-agar dan masukkan ke dalam periuk bersama air. Jika gunakan agar-agar serbuk, terus tuangkan sahaja. 2. Masak sehingga mendidih dan agar-agar larut. Masukkan gula, daun pandan, perasa pandan, garam dan santan cair. Masak sehingga sebati. 3. Pukul sedikit telur bersama santan. Tapiskan supaya tiada ketulan apabila masak nanti. 4. Tuang bancuhan santan dan telur ke dalam agar-agar dan kacau sehingga mendidih selama beberapa minit. 5. Tuang ke dalam acuan kecil dan sejukkan.
Saiz hidangan : 6 orang Masa memasak : 10 minit Cara memasak : Didih dan didinginkan dalam peti sejuk Jenis masakan : Pencuci mulut Keistimewaan : Rasa santan berlemak dan daun pandan beraroma wangi
INFO CHEF : Sedap dimakan sejuk. Jika mahukan warna, boleh sahaja meletakkkan pewarna hijau atau gunakan gula Melaka untuk warna perang untuk agar-agar santan gula Melaka
4. PENGAT DELIMA DENGAN BUAH-BUAHAN SUNNAH
BAHAN-BAHAN:
1 biji delima /diambil isinya
1 biji santan kelapa
15 biji kurma /dibuang biji
10 biji buah tin kering /dipotong
20 biji gajus goreng @ bakar
2 helai daun pandan/ disimpul dan diikat
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
1. Ambil periuk dan masak buah-buahan bersama santan, gula, daun pandan dan tambahkan garam dan gula secukup rasa. 2. Masak dengan api yang sederhana. 3. Apabila mendidih tutup api dan pengat sedia dihidangkan.
Saiz hidangan : 6 orang Masa memasak : 15 minit Cara memasak : Reneh. Jenis masakan : Pencuci mulut Keistimewaan : Ramuan makanan sunnah yang manis berlemak
INFO CHEF : Bahan ramuan buah delima, kurma, buah tin adalah amalan pemakanan sunnah yang lazat lagi menyihatkan. Inspirasi menu hebat yang direka chef hotel The Pearl.
5. PUDING SAGU GULA MELAKA
BAHAN-BAHAN :
1 cawan sagu /dibilas air dan tos
3 cawan air
Sedikit garam
Bahan gula Melaka:
250 gm gula Melaka/ketulan besar (diracik halus)
1 cawan air
1 helai daun pandan /disimpul
1 tin susu cair
Secubit garam (jika suka)
CARA MEMASAK : Cara masak sagu : 1. Masak dalam api perlahan dan sentiasa kacau hingga sagu kembang. 2. Toskan dan bilas untuk buang kanji dan kemudian sejukkan. Cara masak gula Melaka : 1. Masak semua bahan dalam api perlahan sehingga gula melaka cair . 2. Reneh hingga pekat, sejukkan. Cara penyediaan : 1. Sudukan sedikit sagu dalam mangkuk atau gelas. 2. Tuangkan susu perlahan-lahan 3. Tuangkan sedikit sirap gula Melaka sedikit atau ikut kemanisan yang anda suka.
Saiz hidangan : 4 mangkuk kecil Masa memasak : 15 minit Cara memasak : Reneh Jenis masakan : Pencuci mulut Keistimewaan : Sedap dimakan dingin, lemak manis.
INFO CHEF : Boleh gunakan santan gantikan susu. Masakkan santan sekejap dengan daun pandan dan sedikit garam.
Sedapnya ayam BBQ. Ni ada cara mudah untuk buat perapan ayam BBQ yang sedap dan sesuai untuk sajian keluarga, berkelah atau majlis hari jadi. Bahan yang digunakan sangat mudah dan mudah didapati. Lagi lama perap, lagi sedap rasanya. Jom cuba resipi perkongsian saudari Amira Hasan ni. Pasti puas hati.
RESIPI CHICKEN WINGS SWEET SPICY
BAHAN-BAHAN:
1kg kepak ayam – bersihkan
Kicap manis secukupnya
1-2 sudu makan sos tiram
2-3 sudu makan madu
2-3 sudu makan sos cili pedas
Serbuk sweet paprika atau serbuk cili secukupnya
1 sudu makan serbuk lada hitam
10 ulas bawang putih – tumbuk lumat
2 inci halia – tumbuk lumat
Sedikit kunyit hidup – tumbuk lumat
Perencah cukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ayam dan toskan airnya.
2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk berisi ayam.
3. Gaul rata dan perap ayam selama 1 jam atau lebih. lebih lama perap lagi sedap rasanya.
4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Masak ayam menggunakan api perlahan hingga masak sepenuhnya. Disarankan menggunakan kuali non-stick. Boleh juga dibakar menggunakan arang atau ketuhar.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...