Nampak seperti mi goreng biasa tapi cukup rasa dan mi yang lembab.
MI GORENG BASAH
BAHAN-BAHAN:
- 1 pack mi kuning
- Isi ayam potong kecil (ambil bhagian kepak,peha n campur sikit dada)
- Daun kucai
- 1 biji buah tomato – potong kasar
- 8-9 ulas bawang putih – ditumbuk
- Segenggam cili kering (potong, rendam, kisar -masa kisar letak air sikit)
- Kicap manis
- 1 sudu besar garam
- 5 sudu besar gula
- 5 sudu besar minyak masak
CARA MEMASAK:
- Tumis bawang putih yang ditumbuk sehingga wangi.
- Masukkan ayam, goreng sekejap bagi isi ayam nampak putih.
- Selepas itu boleh masukkan cili kering yang dikisar tadi,
- Kemudian boleh terus masukkan gula, garam, dan kicap. Untuk bagi warna cantik lebihkan kicap.
- Tunggu sampai mendidih dan nampak macam pekat. Rasa sikit kalau ok boleh masukkan mi dan gaul sebati.
- Janagan tinggalkan mi, gaul sampai agak-agak bersalut dan kuah agak-agak nak pekat sedikit.
- Akhir sekali masukkan tomato dan daun kucai yang suda di potong. Gaul dalam 2 minit dan boleh tutup api.
INFO:Untuk dapat mi yang lembab jangan masak mi sampai terlalu kering. Kalau suka boleh tambahkan udang, fishcake dan bebola ikan.
KREDIT RESEPI & GAMBAR: Cik Puan Hajar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Masak Bihun Soto Yang Sedap, Siap Sambal Kicap Sekali.
Dalam mood raya ni, kalau korang nak makan menu yang berkuah, soto antara menu yang sesuai anda sediakan. Isian mi nya anda boleh pelbagaikan ikut cita rasa mahu bihun, kuetiau atau pun mi. Rahsia soto yang sedap terletak pada kuah sup dan sambal kicapnya. Macam mana nak buat, ikut je resipi yang dikongsikan di bawah ini.
BIHUN SOTO & SAMBAL KICAP
BAHAN-BAHAN:
I ekor ayam | potong 4
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk lada putih
Cengkih, bunga lawang, kayu manis, pelaga
1 cawan santan pekat
Garam
Serbuk perasa
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 batang serai – ketuk
BAHAN SAMBAL KICAP:
1 genggam cili padi
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Kicap cair
Gula
BAHAN-BAHAN LAIN:
Taugeh | goreng tanpa minyak
Daun sup | hiris
Daun bawang | hiris
Bawang goreng
Soon goreng | jangan cuci, terus goreng
Begedil
Mee hoon | celur
Nasi Impit | potong kecil
CARA MEMASAK:
- Tumis bahan rempah penumis, bahan serbuk dan bahan kisar sehingga wangi.
- Masukkan air dan masak sehingga mendidih. Masukkan serai dan lada putih.
- Masukkan ayam dan bila masak, keluarkan ayam dan goreng sehingga kekuningan. Bila sejuk, bolehlah dicarik halus.
- Masukkan santan dalam kuah mendidih, serbuk perasa dan garam.
- Tutup api dan ketepikan
- Sediakan pula sambal kicap: Blend semua bahan sambal kicap, kemudian tambah sedikit air dan masak sekejap. Tambah kicap dan gula jika perlu.
- Untuk menghidangkan, masukkan bihun dan nasi impit dalam mangkuk, tuangkan kuah sup dan hias atasnya dengan bahan lain seperti tauge, hirisan daun bawang dan sup, bawang goreng, suhun goreng, bergedel dan sambal kicap
- Bihun soto sedia dihidangkan. Jika suka boleh tukar bihum kepada mi.
Kredit: Azie Kitchen
Koleksi Menu Tradisi Peranakan Baba Nyonya Yang Membuka Selera
Buat anda suka menu tradisi Peranakan Baba Nyonya, boleh cuba memasaknya sendiri. Menu Nyonya ini cukup dengan rasa manis, masam dan pedasnya. Memang puas hati menikmatinya.
Anda boleh mengunjungi Santa Grand Signature Kuala Lumpur untuk merasai resipi asli Nyonya yang dibawakan oleh Chef Tengku Abdul Hakim (Senior Sous Chef), Chef Nabilah Hanum (Chef De Partie) dan Chef Syafik (Demi Chef)
Buat anda yang ingin mencuba masak sendiri, dikongsikan resipi membuatnya.
Peranakan Laksa Santa Grand
Bahan-bahan untuk kuah:
5 ulas bawang merah-dikisar
1 inci halia-dikisar
5 ulas bawang putih-dikisar
5 batang serai dihiris dan-dikisar
1 inci lengkuas dihiris dan-dikisar
50 gm udang kering-dikisar
½ inci kunyit hidup-dikisar
8 biji cili padi hijau-dikisar
10 biji buah keras-dikisar
3 batang bunga kantan
100 gram daun kesom
1kg santan pekat
Gula
Garam
Serbuk perasa
Bahan ulam:
Terung dipotong panjang dan digoreng
Kacang panjang -dipotong 2 inci panjang dan digoreng@dicelur
Telur rebus
Bebola ikan
Kek ikan-dihiris dan digoreng (fish cake)
Udang-direbus
Hirisan daun ketumbar
Hirisan cili padi dan cili merah
Bahan-bahan sambal:
2 ulas bawang merah besar-dikisar
1 ulas bawng merah kecil-dihiris
1 ulas bawang putih
Cili kering kisar
2 batang serai diketuk
Gula
Garam
Secukup rasa
Air asam jawa
Cara membuat kuah:
1.Panaskan minyak terlebih dahulu dan tumiskan bahan yang telah dikisar tadi sehingga garing.
2.Masukkan santan pekat dan sedikit air rebusan ayam. Biarkan sehingga mendidih dan masukkan hirisan bunga kantan dan daun kesom. Reneh, masukkan gula,garam dan serbuk perasa.
Cara membuat sambal:
1.Tumis bawang merah kecil yang dihiris halus sehingga garing. 2.Masukkan bahan yang telah dikisar tadi beserta serai ketuk dan tumis sehingga garing.
3.Masukkan sedikit air asam jawa dan masukkan serbuk perasa. Rasa secukupnya dan boleh dihidangkan setelah sambal tersebut pekat.
Cara menghidang:
1.Setelah siap kuah dan sambal, boleh celurkan mi kuning atau mihun atau kway teow mengikut kesukaan anda, selepas boleh masukkan bahan-bahan ulaman tadi dan tuangkan kuah di atas dan sedia untuk dihidang.
Nyonya Asam Laksa Santa Grand
Bahan-bahan kuah:
3kg ikan kembong
1 tin ikan sardine
Bawang Merah-dikisar
Bawang putih
Halia-dikisar halus
Lengkuas -diracik dan dikisar halus
5 batang serai -diracik dan dikisar halus
Cili kering-dikisar halus
8 keping asam keping
3 batang bunga kantan -dihiris
Daun kesom (dipetik daun sahaja)
Belacan sebesar ibu jari
Gula
Garam
Serbuk Perasa
Bahan-bahan ulam:
Nenas-dihiris
Timun-dihiris
Bawang merah-dihiris
Daun Salad-dihiris
Cili merah/ cili padi
Limau kasturi
Petis udang
Telur rebus
Cara memasak:
1.Rebus ikan kembung bersama asam keping sehingga masak. Pisahkan isi dengan tulang ikan dan air rebusan ikan tadi ditapis untuk asingkan sisa baki tulang ikan yang tertinggal.
2.Selepas itu, ambil 1/3 dari isi ikan kembung tadi dikisar halus bersama ikan sardin dan masukkan ke dalam air rebusan ikan tadi.
3.Masukkan sekali bawang merah, bawang putih, halia, cili kering, lengkuas, serai,belacan dan asam keping. Panaskan di dalam periuk sehingga mendidih dengan api yang sederhana.
4.Setelah mendidih, masukkan bunga kantan dan daun kesom. Ambil 1/3 dari bahan ini, dikisar untuk menambah perasa didalam kuah asam laksa ini. Biarkan ia mendidih selama 15 minit lagi dan masukkan garam, gula, sedikit petis udang dan serbuk perasa secukupnya.
5.Biarkan ia mendidih seketika dan siap sedia dihidangkan.
6.Untuk hidangan, sekiranya menggunakan laksa basah seharusnya direbus terlebih dahulu laksa dan ditoskan airnya. 7.Setelah ditoskan, ambil laksa tersebut dan masukkan ke dalam mangkuk berserta ulam-ulaman tadi diletakkan di atas dengan kuah dituangkan. Sedia dihidang.
Nyonya Curry Mee
Bahan kuah:
500 gm bawang merah besar-dikisar
2 ulas bawang merah kecil-dihiris halus
3 ulas bawang putih -dikisar
1 inci halia- dikisar
2 inci lengkuas -dikisar
3 batang serai-diketuk
2 batang serai-dikisar
2 batang bunga kantan- dihiris halus
30 gm udang kering-dikisar
50 gm cili kering -dikisar
100 gm serbuk kari daging
5 helai daun limau purut
60ml susu cair
500ml stock ayam
Bahan rencah:
Mi kuning dicelur
Terung panjang
Kacang panjang
Fish ball
Fish cake
Telur rebus
Tauhu pok
Cili merah
Udang
Cara memasak:
1.Tumiskan semua bahan-bahan yang dikisar hingga berbau wangi
2.Kemudian masukkan serbuk kari daging serta daun limau purut.
3.Seterusnya masukkan stock ayam dan susu cair
4.Masukan sedikit garam dan gula. Biarkan ia mendidih seketika dan sedia dihidangkan.
5.Untuk hidangan, sekiranya menggunakan mi kuning yang direbus terlebih dahulu dan ditoskan airnya. Setelah ditoskan, ambil mi tersebut dan masukkan ke dalam mangkuk berserta bahan rencah tadi diletakkan di atas dengan kuah dituangkan. Sedia dimakan.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Gulai Pede Cara Mak, Resipi Lauk Kampung Istimewa Orang Pahang
Resipi Kuih Gunting Mudah & Dijamin Menjadi. Sedap Buat Macam Ni!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Cara Buat Kuetiau Homemade. Memang Mudah & Lebih Jimat.
Suka makan kuetiau? Jom belajar buat kuetiau homemade ni. Lepas ni kalau dah pandai buat sendiri, tiba-tiba terasa nak makan kuetiau goreng tapi kurang rajin nak pi beli dekat kedai, bolehlah buat sendiri. Malah bila buat sendiri ni tentunya lebih bersih, lebih jimat dan dijamin halal. Jom lihat resipi perkongsian saudari Kak Yong Ima Shida ni. Memang mudah, lebih bersih serta jimat!
CARA BUAT KUETIAU HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 2 3/4 cawan tepung gandum (340gm)
- 1 cawan tepung pulut (125gm)
- 1/2 cawan tepung beras (60gm)
- 1 biji putih telur
- 1 cawan air (250ml) Tambah 1-2 sudu besar jika perlu
- 1 sudu teh garam
- 1/2 cawan tepung ubi – untuk ditabur semasa proses mencanai agar tidak melekat
CARA MEMBUAT:
1. Satukan ketiga-tiga jenis tepung di dalam bekas.
2. Masukkan garam, putih telur dan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Jika doh terlalu keras, tambah 1-2 sudu makan air. Uli sehingga doh tidak melekat di tangan.
3. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian. Canai dan nipiskan doh menggunakan mesin mi atau pasta. Semasa menggelek, pastikan tepung sentiasa ditabur bagi mengelakkan doh melekat antara satu sama lain.
4. Canai doh hingga nipis sebanyak 2 kali. ( empunya resipi canai guna mata no 5 sebanyak 2 kali, mata no 4 sekali.)
5. Setelah doh nipis, potong doh menggunakan pemotong pasta ( fetuccine) atau kueyteow.
6. Didihkan air dan masukkan 1 sudu makan minyak. Kemudian rebus kueyteow seketika. Jangan terlalu lama.
7. Setelah kueyteow timbul, itu menandakan ia telah masak. Segera angkat dan lalukan di bawah air mengalir bagi membuang lebihan kanji.
8. Toskan kueyteow hingga kering dan gaul bersama minyak masak sebelum disimpan atau dimasak.
Selamat mencuba!
Kredit resipi & foto: Kak Yong Ima Shida