Mee Kari Putih ini mungkin ramai tak pernah merasainya tapi rasanya sangat enak. Kuahnya dimasak tanpa cili dan rempah tak seperti mi kari .
Sambalnya dihidangkan berasingan dan boleh dimasukkan ikut citarasa. Jika ingin rasa lebih pedas dan pekat kuahnya boleh letak lebih banyak sambal. Sekiranya mahukan rasa kuah yang lebih ringan boleh kurangkan sambal.
Apapun kena cuba masak dan rasa sendiri baru tahu level kesedapannya.
Resipi Mee Kari Putih
Bahan-bahan
2 bungkus mee kuning -dicelur dan ditos
Bahan-bahan sambal cili
4 sudu besar rempah kari daging
5 sudu besar cili kisar (pedas ikut citarasa)
2 ulas bawang besar – kisar
5 ulas bawang putih – kisar
1 inci halia – kisar
Gula dan garam secukupnya.
1 sudu besar udang kering tanpa kulit – dikisar
1 batang serai – diketuk
1/2 cawan minyak
Bahan kuah putih
Stok udang atau air rebusan kepala dan kulit udang yang ditapis – isi diasingkan untuk digunakan kemudian
2 batang serai diketuk
2 inci lengkuas diketuk
3 batang daun bawang
Fishball, fishcake dan juga tauhu kembung
1 kotak santan – nak pekat boleh tambah
Garam, gula sedikit serbuk perasa
Ads
Bahan sampingan
Tauge
Isi ketam beku
Kacang panjang -dipotong
Daun bawang -dipotong
Cara penyediaan
1. Buat sambal cili terlebih dahulu. Caranya panaskan minyak, tumis serai diketuk, masuk bahan kisar, rempah dan cili.
2. Masuk garam, gula secukup rasa manis pedas. Masak sampai cili garing, pecah minyak dan pekat. Tutup api, ketepikan.
Ads
3. Seterusnya boleh buat kuah putih, didihkan stok udang, tambah air dan masukkan serai, lengkuas dan batang daun bawang. Renih lama sehingga 30 minit.
4. Selepas mendidih masukkan santan. Kacau rata. Kemudian masukkan fishcake, fish ball dan tauhu kembong. Tabur daun bawang akhir sekali.
Ads
5. Celur bahan sampingan iaitu tauge, isi udang, isi ketam beku, kacang panjang.
6. Masukkan mee dalam mangkuk bersama bahan sampingan dicelur, tuang kuah dan tabur daun bawang. Hidangkan bersama sambal yang diletak berasingan.
Lapar tapi tak mau makan nasi, apa kata korang tukar dengan masak Char Kuetiau goreng bujang je. Nampak simple tapi sedap dan mengenyangkan, sesuai untuk makan malam. Sesiapa yang suka makan Char Kuetiau boleh cuba idea ni sebab menu ni tak sampai 15 minit dah masak dan boleh makan terus. Tak payah berkincah di dapur.
CHAR KUETIAU
BAHAN-BAHAN:
250gm kuetiau | cuci dan tos
4-6 ekor udang | bersih dan tos
1 ekor sotong | hiris bulat, bersih dan tos
Sedikit hirisan isi ayam
1 biji telur
Sedikit hirisan daun kucai
Sedikit tauge
2 ulas bawang putih-titik
2 ulas bawang merah-cincang
1 sudu besar pes cili
3 tangkai cili padi | titik
½ sudu besar sos tiram
½ sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap pekat
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak secukupnya
CARA MEMASAK:
Langkah 1: Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan merah kemudian masukkan pes cili. Kacau hingga pecah minyak.
Langkah 2: Masukkan hirisan ayam, sotong dan udang. Kacau lagi hingga layu.
Langkah 3: Masukkan sedikit air, sos cili, tiram, garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
Langkah 4: Seketika kemudian masukkan kuetiau.
Langkah 5: Setelah kuah pekat, masukkan telur.
Langkah 6: Masukkan kicap pekat.
Langkah 7: Akhir sekali masukkan tauge dan daun kucai. Gaul rata dan tutup api. Kauy teow sedia dihidangkan.
Tahukah anda, rupanya ada Laksam Kedah yang memang berbeza dengan laksam lain. Selain namanya laksam Kedah dan rupanya yang berwarna bendera negeri Utara sana, kaedah masakan juga berbeza.
Menurut wanita yang berkongsi resipi, Novelis Afieyza Isahak, beza kuah laksam Kedah, dia guna rempah dan cili kisar. Namun hasil kajian beberapa resipi yang dilakukan, kebanyakannya tak sama.
Ada yang masukkan bahan ni, ada yang tak masukkan. Jadi dia mengambil pendekatan untuk gabungkan semua. Senang cerita.
BAHAN LAKSA :
2 cawan tepung beras* 1 cawan tepung gandum* 1/2 cawan tepung jagung* 2 cawan air panas suam 4 cawan air sejuk Secubit garam
CARA-CARA:
Ayak bahan bertanda ( *), kemudian satukan dengan bahan-bahan lain. Kacau sebati. Kukus sehingga adunan tepung menggelembung dan boleh diangkat dan gulung.
BAHAN KUAH :
½ kg ikan sardin – rebus bersama asam keping dan sedikit garam. Isi tu, saya sarankan untuk tumbuk agar lebih rasa ikan. Kisar tulang ikan bersama air rebusan tadi. ½ kg santan – beli online di sini 1 paket kecil rempah kari ikan *5 biji bawang besar *1 inci lengkuas – beli online di sini *4 batang serai *Serbuk lada hitam – beli online di sini *Sedikit daun kesum – beli online di sini *1/2 bunga kantan 3 senduk cili kisar Asam keping – beli online di sini Garam & gula 1 sudu besar kerisik – beli online di sini Air kosong
CARA-CARA:
1.Kisar bahan bertanda ( * ). Tumis cili kisar dan rempah kari ikan bersama sedikit air kosong sehingga pecah minyak. 2. Kemudian masukkan bahan kisar dan biarkan mendidih. Masukkan isi ikan, santan, asam keping, kerisik, garam dan gula. Tambah air jika kuah terlalu pekat. Kacau.
3.Tambah daun kesum dan bunga kantan. Biarkan mereneh dengan api perlahan. Tambah apa yang kurang mengikut selera masing-masing. Siap.
Mi sanggul atau ada yang panggil mi siput cukup terkenal di belah utara semenanjung. Ia adalah mi yang dikeringkan, berbentuk leper di gulung seakan-akan sanggul dan perlu direndam terlebih dahulu untuk melembutkannya.
MI SANGGUL GORENG
BAHAN-BAHAN:
Mi Sanggul
1 biji besar bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sendul cili kisar
sos cili
sos tomato
pati ayam
kicap manis
kicap masin
kicap pedas
sos tiram
Daging (dihiris nipis)
Udang kering
Udang
Kucai
Sawi
Taugeh
CARA MEMASAK:
Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak. Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga garing.
Masukkan satu senduk cili kisar dan masak hingga pecah minyak.
Selepas itu masukkan sos cili, sos tomato, pati ayam, kicap manis, kicap masin, kicap pedas, dan sos tiram. Kacau hinnga sebati.
Masukkan daging yang sudah dihiri nipis dan udang kering.
Kemudian masukkan batang sawi, udang dan kucai
Akhir sekali masukkan mi sanggul, sawi dan taugeh. Siap untuk dihidangkan.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.