Mee kari simple tapi gerenti sedap. Ada orang bila berbuka puasa, terus makan nasi. Tapi ada juga yang sekadar makan kuih-muih atau makanan berat selain nasi seperti mee.
Mee kari juga sedap kalau dinikmati saat berbuka atau sahur. Ia mengenyangkan kerana bahan di dalamnya sudah lengkap. Ada mee, ada sayur, ada protein haiwan.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan ini di FB Bunga Jua. Gerenti makan bertambah nanti!
Terlebih dahulu, celur mee kuning. Tos dan ketepikan.
Panaskan minyak. Masukkan serai ketuk dan bahan-bahan kisar. Tumis hingga terbit wangi.
Masukkan pes serbuk kari dan serbuk cili. Gaul sekats dan terus tumis sampai pecah minyak. Setelah itu masuk hirisan ayam@daging. Biar ia masak sekejap.
Lepas itu baru masuk santan, air serta kiub pati ayam. Kepekatan kuah bergantung pada diri masing-masing ye. Jangan cair atau pekat sangat. Perasakan garam, gula dan serbuk perasa. Biar mendidih. Kemudian barulah masukkan tauhu tadi. Siap.
Ads
Untuk menghidang, masukkan mee yang telah dicelur. Tuangkan kuah. Bubuh bahan lain di atasnya. Sedia untuk dimakan!
Rasa kuah dari rebusan daging yang sedap dengan rasa lemak dari keledek yang dikisar halus.
MI KUAH TULANG
BAHAN KUAH:
1kg tulang lembu | rebus empuk
1 liter air rebusan tulang atau daging
1 sudu makan sos tomato
1 labu bawang besar | kisar
4 ulas bawang merah | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
2 sm halia | kisar
3 sudu makan cili kisar
2 biji ubi keledek saiz sederhana | rebus dan kisar halus
Garam secukupnya
Gula perang secukupnya
Minyak masak secukupnya
BAHAN PERENCAH:
1 paket mi kuning | celur
200gm tauge | celur separuh masak
2 batang sawi | potong pendek dan celur
1 biji tomato | hiris nipis
2 biji limau kasturi | belah dua (untuk diperah)
Daun bawang secukupnya.
Bawang goreng secukupnya.
CARA MEMASAK:
Untuk membuat kuah, panaskan dua sudu makan minyak masak di dalam periuk. Tumiskan bahan-bahan kisar hingga wangi.
Masukkan cili dan tumis hingga cili masak. Kemudian masukkan tulang lembu bersama sos tomato dan air rebusan daging atau tulang lalu didihkan hingga semua bahan sebati.
Masukkan ubi keledek dan didihkan hingga kuah pekat.
Tambahkan garam dan gula perang secukup rasa.
Untuk menghidang, letakkan sedikit bahan-bahan perencah sebelum menuang kuah dan tulang ke dalam mangkuk. Hidangkan panas-panas.
Mi kari sejam siap! Memang sesuai sangat untuk tetamu yang tiba-tiba kata nak datang berkunjung di rumah.
Sebab itu sebaiknya bahan-bahan buat mi kari ini kita sediakan siap-siap, kerana situasi ini memang selalu berlaku di bulan Syawal.
Walau pun sekejap saja menyediakannya tapi yang pasti mi kari perkongsian Khairul Abdullah sedap.
Cara buat mi kari sejam siap!
Bahan-bahan
1 paket mee kuning – boleh ganti dengan spaghetti.
400 gram kerang siap kupas
1 ketul isi ayam
8 ekor udang saiz sederhana
1 ikat kacang panjang
1 genggam taugeh (jika suka)
1 ikat sawi
1 pek fishball
1 pek fishcake
1 pek tofu goreng
1 ketul kiub pati ayam
2 ranting daun kari – atau lebih
1 pek kecil serbuk kari daging Cap O
1 pek kecil serbuk kari ikan Cap O
1 kotak santan
1 sudu kecil pes asam jawa
5 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 inci halia
1 kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Cara membuat:
1. Kisar bawang putih, bawang merah dan halia. Panaskan minyak dalam 5 sudu dalam periuk besar dan tumis bahan kisar bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan daun kari sampai naik bau.
2. Campur rempah kari ikan dan daging dalam satu bekas, tambah air dan jadikan pes kemudian masukkan dalam periuk tumis tadi. Tumis sampai bau sedap dan pecah minyak. Kemudian masukkan sedikit air, kacau sebati dan masukkan asam jawa. Kacau sebati biar didih.
3. Apabila mendidih masukkan fishball, fishcake, tofu goreng, udang, ayam dan kerang dan kacau sebati. Kemudian masukkan santan dan biar didih.
4. Bila mendidih sekali lagi masukkan kiub pati ayam dan 1 sudu kecil garam. Kacau dan tambah air ikut kuantiti kuah yang dikehendaki. Kemudian boleh perasakan ikut cita rasa. rasa. Siap kuah.
Sebut nak masak spaghetti, pasti anak-anak suka. Asyik makan rendang aje bosan jugak budak -budak yang datang. Ni bolehlah dihidang Raya kedua atau ketiga nanti.
Istimewa spaghetti kali ini , dah diberi sentuhan tempatan. Spaghetti ayam percik pun ada , diolah semula dengan rempah ratus. Tak lah asyik bolognese, carbonara dan aglio olio biasa aje kan. Cuba menu baru yang min kongsikan ni.
1. SALTED EGG & SOFT SHELL CRAB
BAHAN-BAHAN :
10 gm bawang bawang kecil (yang kuning)
14 helai daun kari
3 sudu kecil cili padi/dipotong kecil
2 sudu makan lada benggala/didadu kecil
3 sudu makan mentega
4 sudu makan telur masin/sudah dihancurkan
400 gm spaghetti
4 sudu makan minyak masak @minyak zaitun
Secubit garam
Serbuk lada hitam secukup rasa
2 ekor ketam lembut /saiz sederhana
Bahan untuk salutan tepung :
8 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan serbuk paprika
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
Cara masak pasta :
Rebus pasta ‘ala dente’, masukkan sedikit minyak zaitun agar tidak bergentel. Tos dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana.
Tumiskan bawang dan masukkan daun kari.
Masukkan cili padi dan lada benggala dan selepas 5-10 saat, kecilkan api dan masukkan mentega.
Apabila mentega cair masukkan telur masin. Teruskan memasak hingga keluar buih
Masukkan spaghetti di dalam kuali dan masukkan garam dan lada hitam. Masukkan garam secukup rasa.
Cara masak ketam lembut:
Gaulkan garam dan lada hitam secukup rasa.
Salutkan ketam di dalam campuran tepung
Panaskan minyak dalam kuali, dan goreng ketam dalam minyak penuh sehingga perang keemasan dan garing.
Saiz hidangan : 2 orang makan
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Pasta
Keistimewaan : Pasta ini berasa lemak masin dengan rasa pedas cili yang enak
INFO CHEF: Sajian pasta fusion dengan penggunaaan telur asin dan cili padi, menu inovatif tepati selera tempatan.
2. STIR FRIED BEEF
BAHAN-BAHAN :
200 gm pasta
3 biji bawang kuning (kecil)
60 gm daging cincang
1/4 sudu teh cili padi/dicincang
2 sudu besar lada benggala/ didadu kecil
1 senduk air
2 sudu makan daun ketumbar/dicincang halus
1/2 sudu teh lada hitam
3 1/2 makan minyak masak
CARA MEMASAK :
Rebus spaghetti ala dente, letak sedikit minyak zaitun agar tidak melekat, toskan.
Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana dan tumis bawang hingga garing.
Besarkan api dan dan masukkan daging cincang, kacau rata.
Apabila daging sudah kering airnya, masukkan cili padi dan lada benggala.
Kemudian masukkan pasta dan gaul rata
Masukkan lada hitam dan padamkan api
Hiaskan dengan daun ketumbar
Saiz hidangan : 1 orang
Waktu memasak : 10 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Pasta bersama kuah daging bercili, pedas menepati rasa.
Keistimewaan : Cili pada sebagai rencah daging, menjadikan pasta ini bercitarasa Asia
INFO CHEF: Anda boleh menambahkan kuantiti cili padi atau cili hidup jika mahu lebih pedas
3. AGLIO OLIO AYAM PERCIK
BAHAN-BAHAN :
4 1/2 sudu makan minyak masak
400 gm spaghetti
2 sudu makan bawang putih cincang
2 sudu makan lada benggala cincang
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh garam
4 sudu makan daun ketumbar cincang
12 potongan baji tomato ceri
1/2 kiub stok ayam
Bahan ayam percik :
2 keping peha ayam (chicken chop)
5 biji bawang kuning kecil /dikisar
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sm lengkuas/ dikisar
2 sm halia /dikisar
40 ml santan
Garam secukup rasa
1 sudu makan pes cili kering
1 batang serai /dikisar
Minyak masak secukupnya untuk menumis
Pewarna kuning
CARA MEMASAK :
Cara masak aglio olio pasta :
Rebus pasta ala dente dan toskan, letakkan sedikit minyak zaitun selapas tos supaya tidak melekat.
Panaskan minyak dalam kuali, kepanasan sederhana. Masukkan bawang putih, tumis hingga perang dan masukkan tomato ceri.
Selepas 5 saat, masukkan pasta ke dalam kuali, dan masukkan garam, serbuk lada hitam dan serbuk stok ayam (jika suka)
Siap untuk dihidang bersama kuah percik.
Cara masak ayam percik :
Nyalakan api dalam kuali, dan masukkan bahan kisar.
Tumis hingga naik bau
Masukkan pes cili dan perisakan dengan garam, dan sedikit gula (jika suka). Masukkan ayam.
Masukkan santan dan kacau perlahan, masukkan pewarna
Ayam percik sedia dihidang bersama pasta.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 10 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Pasta fusion
Keistimewaan : Kuah ayam percik, rasa lazat citarasa Melayu
INFO CHEF : Ayam boleh juga digoreng asing atau dipanggang. Tuangkan kuah ayam percik di atasnya.
4. SEAFOOD PESTO WITH BASIL
BAHAN-BAHAN:
320 gm spaghetti
220 gm kacang hijau
Minyak zaitun dalam bekas semburan (olive oil spray)
250 gm udang saiz sederhana (kelar dan buang urat di belakang )
250 gm filet ikan (putih) potong jadi kepingan 2 sm
Daun selasih segar untuk hiasan
2-3 biji buah zaitun
BAHAN PES (PESTO);
1 cawan daun selasih
1/3 daun parsli segar
20 gm keju parmesan (diparut halus)
2 sudu makan kacang pine (dibakar sebentar dalam oven)
1 sudu teh (parutan halus kulit lemon)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 sudu makan minyak zaitun
2 sudu makan air panas
CARA MEMASAK :
Untuk membuat pesto masukkan daun selasih, parsli, keju parmesan, kacang pine, parutan kulit lemon dan bawang putih dalam pemproses makanan (food processor).
Biarkan hingga dikisar halus, masukkan minyak zaitun dan air dan proses hingga sebati. Perasakan dengan garam dan lada hitam.
Rebus spaghetti dalam periuk (saucepan) dalam air mendidih dan masukkan sedikit garam. Biarkan sehingga masak al dente. Masukkan pula kacang hijau semasa 2-3 min terakhir masakan.
Tapiskan dan tinggalkan dalam 60 ml air dalamnya.
Sementara itu panaskan kuali leper dalam suhu tinggi. Semburkan sedikit dengan minyak zaitun (olive oil spray) dan masukkan udang dan filet ikan dan kacau sekali sekala selama 3-4 minit hingga masak.
Masukkan spaghetti , kacang dan adunan pesto tadi ke dalam kuali tadi. Tutup api dan gaul rata.
Siap untuk hidangan.
INFO CHEF : Kacang pine boleh didapati di pasaraya besar. Anda juga boleh menggantikannya dengan badam atau kacang walnut.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu Memasak : 15-20 minit
Cara Memasak : Rebus dan tumis
Jenis masakan : Barat
Keistimewaan : Kacang pine menjadikan pasta lebih berperisa.
Terima kasih :TRUST ISSUE KL, 102, Jalan Dwitasik, Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, Wilayah Persekutuan KL
Crystal Crown Hotel Petaling Jaya, 12 Lorong Utara A, off Jalan Utara, Petaling Jaya, Selangor
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!