Mee kari simple tapi gerenti sedap. Ada orang bila berbuka puasa, terus makan nasi. Tapi ada juga yang sekadar makan kuih-muih atau makanan berat selain nasi seperti mee.
Mee kari juga sedap kalau dinikmati saat berbuka atau sahur. Ia mengenyangkan kerana bahan di dalamnya sudah lengkap. Ada mee, ada sayur, ada protein haiwan.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan ini di FB Bunga Jua. Gerenti makan bertambah nanti!
Ayam @ daging
Tauhu pelampung (goreng sekejap)
1batang serai (ketuk)
4 sudu besar serbuk kari (campur sedikit air)
2 sudu besar serbuk cili (pilihan)
1kotak kecik santan
1cawan air
1ketul kiub pati ayam – boleh beli online di sini
Minyak masak – boleh beli online di sini
Garam – boleh beli online di sini
Gula – boleh beli online di sini
Serbuk perasa (pilihan)
2 labu bawang merah besar
3 ulas bawang putih – boleh beli online di sini
2 sudu besar udang kering
10 tangkai cili kering – boleh beli online di sini
Mee kuning
Fish ball (goreng dan hiris)
Fish cake (goreng dan hiris)
Tauge
Sawi – (potong dan celur sekejap)
Daun sup (hiris)
Lada merah/hijau (hiris)
Sedikit bawang goreng
Limau kasturi ( belah dua) – boleh beli online di sini
Telur rebus – (belah dua)
**Nak tambah kerang/udang pun boleh
Terlebih dahulu, celur mee kuning. Tos dan ketepikan.
Panaskan minyak. Masukkan serai ketuk dan bahan-bahan kisar. Tumis hingga terbit wangi.
Masukkan pes serbuk kari dan serbuk cili. Gaul sekats dan terus tumis sampai pecah minyak. Setelah itu masuk hirisan ayam@daging. Biar ia masak sekejap.
Lepas itu baru masuk santan, air serta kiub pati ayam. Kepekatan kuah bergantung pada diri masing-masing ye. Jangan cair atau pekat sangat. Perasakan garam, gula dan serbuk perasa. Biar mendidih. Kemudian barulah masukkan tauhu tadi. Siap.
Untuk menghidang, masukkan mee yang telah dicelur. Tuangkan kuah. Bubuh bahan lain di atasnya. Sedia untuk dimakan!
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official